serangga masuk telinga

23

semalam semasa di klinik kami di kejutkan dgn seorang pesakit yg menjerit jerit kesakitan kerana kemasukan serangga di dalam telinganya.
Apabila saya berjumpa dengan pesakit ini saya kedua dua bahagian telinganya penuh dengan kapur putih seperti ada orang mengecat telinganya.makcik tu kata ‘ada lagi dr , menatang tu dok gerak gerak dengan dok gigit sekali ‘. Saya pun mengambil mini scope saya dan dan cuba melihat apa yang berlaku .Allahu akbar telinga makcik ni penuh dengan darah ,rupanya makcik telah cuba korek telinga untuk cuba keluarkan serangga.saya teliti scope saya ke bahagian gegendang telinga ,alhamdulillah nampaknya gegendang telinga masih elok dan tidak cedera cuma di atas gegendang telinga itu ada kelihatan seekor semut besar sedang bermain-main di sana.saya pun mengambil sejenis minyak titik telinga dan menitik di atas semut itu ,alhamdulillah dalam beberapa saat semut itu pun mati dan pada masa yg sama makcik tadi bagi tahu ‘ ha dia tak gerak dah ‘.lepas itu saya gunakan picagari untuk flush minyak dan serangga dengan menggunakan normal saline. Dengan mudah serangga yg mati itu keluar mengikut aliran air yg kami tadahkan menggunakan kidney dish.habis tu saya pun memberi makcik semut tersebut kerana makcik nak bawa balik ,nak tunjuk kepada anak cucu katanya.
Apabila saya amati semula lubang telinga beliau ,alahai memang banyak luka dalam saluran telinga ,semua ni terjadi masa makcik panik sangat.ok kami pun cuci semua luka luka tu ,bagi painkiller sikit dan antibiotik untuk bekalan pulang.
Ok habis dah bab makcik tu ,di sini ingin saya kongsi sekiranya kita berada di situasi yg sama iaitu bila ada kemasukan serangga kedalam lubang telinga buleh lah menangani masalah ini dengan menggunakan minyak.semasa kecemasan ambil sedikit minyak yg selalu ada dirumah seperti minyak masak atau minyak zaitun ,masukkan terus kedalam lubang telinga dan biarkan selama 10 ke 15 saat.Ini akan membunuh serangga tersebut dengan cepat kerana minyak akan menutup rongga penafasan serangga dan membunuhnya. Kita tahu bila serangga sudah mati apabila pesakit tidak lagi merasa sebarang pergerakan didalam ruang telinga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *