Anatomi lutut
Tulang
Lutut adalah sendi yang paling besar dan kompleks di dalam badan manusia. Sendi lutut terdiri daripada 4 tulang yang disambungkan oleh otot, ligamen dan tendon. Femur merupakan tulang peha yang paling besar manakala tulang keting paling besar adalah tibia yang bersebelahan dengan fibula iaitu tulang keting paling kecil. Tempurung lutut yang dikenali sebagai patella adalah tulang kecil yang berada di depan lutut. Ianya boleh menurun dan menaik apabila ketika lutut dibengkokkan dan diluruskan.
Cartilage
Satu lapisan yang berada di antara tulang peha (femur) dan tulang keting (tibia) dipanggil meniscus atau menisci (banyak). Ianya berfungsi sebagai penyerap gegaran atau pelindung dan juga memberikan keseimbangan kepada lutut. Terdapat dua jenis meniscus iaitu medial meniscus dan lateral meniscus. Kebiasaannya apabila lapisan meniscus koyak ianya dipanggil torn cartilage. Jenis cartilage lain yang berada di sendi lutut adalah articular cartilage yang meliputi pada tulang. Sifat articular cartilage adalah lembut dan berkilat. Ianya boleh didapati di mana-mana bahagian sendi pada badan manusia. Bagi kawasan lutut, articular cartilage ini meliputi hujung tulang peha (femur), femoral groove, atas tulang keting (tibia) dan bawah tempurung lutut. Tujuan utamanya adalah bagi membolehkan tulang lutut untuk bergerak dengan lebih muda ketika membengkok dan meluruskan.
Ligamen
Ligamen adalah ibarat tali yang kuat membantu menyambungkan tulang dan mengimbangkan sendi lutut. Di dalam sendi lutut terdapat empat jenis ligamen utama. Bagi bahagian dalam lutut ianya adalah medial collateral ligament (MCL) dan bahagian luar pula adalah lateral collateral ligament (LCL). Dua ligamen yang lain terdapat di bahagian tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL). Ianya dinamakan cruciate ligaments kerana ACL menyilang di hadapan PCL. Ligamen-ligamen yang kecil pula membantu memegang tempurung lutut (patella) di tengah-tengah femoral groove.
Otot dan tendon
Tendon menyambungkan otot pada tulang. Otot yang kuat di atas peha iaitu quadriceps menyambung pada atas tempurung lutut (patella) melalui quadriceps tendon. Tendon ini pula meliputi tempurung lutut dan kemudiannya turun ke bawah membentuk suatu tali dinamakan patella tendon. Patella tendon pula bersambung pada hadapan tulang keting (tibia). Otot hamstring pada bahagian belakang peha pula bersambung pada tulang keting (tibia) pada belakang lutut. Otot quadriceps adalah otot yang bertanggungjawab meluruskan lutut. Otot hamstring pula merupakan otot utama yang membengkokkan lutut.
Bursa
Akhir sekali di dalam sendi lutut terdapat cecair kecil yang melindungi pergeseran di antara dua tisu. Cecair ini dinamakan bursa. Ianya juga melindungi struktur tulang. Terdapat banyak jenis bursa sekitar lutut tetapi masalah sakit lutut yang normal adalah melibatkan bursa di hadapan tempurung lutut (patella) atau prepatellar bursa. Kebiasaannya, bursa mempunyai cecair yang sedikit tetapi jika berlaku sebarang peradangan maka ianya akan dipenuhi dengan bendalir dan menjadi lebih besar.
artikel ni saya copy dari internet untuk kita kongsi ilmu sama sama.