Rawatan Batuk Berkahak

Selsema adalah phenomena biasa dalam kehidupan kanak kanak .selsema selalunya disebabkan oleh jangkitan virus, alahan ataupun di sebabkan faktor cuaca ataupun dari punca yang kita tidak sangka contohnya jarangnya kita service aircond akan menyebabkan pengumpulan habuk yang boleh menyebabkan selsema . Selsema ini lah yang membentuk satu pattern penyakit yang berulang ulang sekiranya tidak di ubati.

Sekiranya kanak-kanak terkena selsema ,biasanya turutan kemelaratannya ada seperti ini. SELSEMA  kemudian BATUK KAHAK kemudian BATUK PENAT kemudian PARU PARU BERAIR

Saya ulangani    Selsema > Batuk kahak > Batuk Penat >  Paru Paru Berair .

Setiap hari saya melihat kes kes seperti ini di klinik saya , bukan bermaksud saya tidak suka ada pesakit tapi saya ingin menekankan di sini bahawa keadaan ini boleh di elakkan.Kita perlu memahami sesuatu tentang penyakit selsema ini  iaitu ia akan melalui fasa fasa tertentu.

Sekiranya kita gagal menyembuhkan penyakit selsema  pada fasa yang awal , ianya akan naik ke fasa yang berikutnya dan hendaklah kita tahu bahawa semakin tingginya fasa itu maka semakin susahlah untuk penyakit itu untuk di ubati.

Secara ringkas selsema akan membawa kepada batu kahak .kanak kanak kecil sangat sukar untuk membuang hingus sendiri .Untuk perbandingan pula kanak kanak perempuan lebih suka menyimpan/menghisap hingus kalau di bandingkan kan dengan kanak kanak lelaki yang tidak kisah membiarkan hingus meleleh Hingus meleleh ada kebaikannya kerana ia mengurangkan himpunan kahak di paru paru.

Fasa batuk kahak akan lebih ketara dengan symptomps lewat malam , biasanya terdapat gangguan tidur di sebabkan batuk .Batuk selalunya akan lebih ketara pada pukul 2 - 3 pagi ke atas .Ini lah kunci perbezaan antara batuk gatai dan batuk kahak ,,,untuk batuk kahak symtompsnya ketara bila lewat malam , manakala jika batuk gatai , kanak kanak akan batuk di sepanjang hari . Pentingnya untuk kita mengenalpasti antara batuk gatai atau batuk kahak kerana kita mungkin boleh menyebabkan kemudharatan yang lebih teruk jika terus menggunakan ubatan di rumah tanpa usul periksa.

Sebagai contohnya penggunaan vicks , ianya di cipta untuk memecahkan hidung tersumbat,  dimana ianya di design untuk menambahkan  kahak ,sangat sesuai di gunakan pada kanak kanak yang mengalami batuk kering .Tetapi apabila di gunakan pada kanak kanak yang batuk  kahak  ianya akan menyebabkan terjadinya lebih banyak kahak dan boleh menyebabkan penat.

Penat adalah symptomps apabila kahak sudah terlalu banyak dalam saluran pernafasan ,di dalam perubatan di namakan bronchiolitis ..bila sampai ke fasa ini ibu bapa akan perasaan yang kanak kanak mula bernafas menggunakan perut dan ianya nampak beralun .Lebih teruk lagi terdapat bunyi seperti wisel (wheezing) pada setiap detik pernafasan.Jika anak anda sampai ke fasa ini , jangan buang masa lagi ..anak anda sudah memerlukan gas atau nebuliser atau kadang kadang orang panggilkan sebagai sedut.Tahap ini anak anak sudah cukup syarat untuk memulakan ubat ubatan penat dan mungkin juga memerlukan antibiotik.

Fasa terakhir adalah fasa yang paling di takuti iaitu peringkat di mana cairan kahak sudah meresapi paru paru di mana ianya di kenali sebagai pneumonia .Pneumonia membawa anak anak di suatu keadaan di mana mereka akan mempunyai demam dan kesukaran untuk bernafas .Besar kemungkinan pada tahap ini kanak kanak sudah perlu untuk di masukkan ke hospital.Di hospital proses nebuliser akan di beri berulang ulang kali sehingga symtomps pernafasan berkurangan.Antibiotics akan di mulakan secara suntikan dan kanak kanak mungkin perlu berada di wad 5 atau 6 hari berdasarkan respond pada ubat ubatan.Kemudahan X ray di hospital memudahkan lagi keadaan untuk memantau keadaan penyakit.

Sekian sahaja sedikit sebanyak perkongsian saya mengenai selsema yang boleh mengganggu keharmonian rumahtangga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *