Putus kemaluan masa bersunat.. apa yang ibubapa boleh lakukan untuk elak trajedi berulang.

Berita tentang  kejadian ngeri tahun lepas mengenai beberapa orang kanak kanak yang putus kemaluan semasa bersunat amat lah mengerikan malah amat menyentuh perasaan setiap ibu bapa yang mempunyai kanak kanak yang berada di dalam lingkungan umur yang perlu berkhatan .

Acara tahunan yang biasanya menjadi pesta yang yang di tunggu tunggu  kini bertukar menjadi satu jambatan hidup yang sukar dan amat mendebarkan kepada setiap ibu bapa. Percaya lah saya sendiri amat terharu apabila mengenangkan nasib yang perlu di lalui oleh kanak kanak demikian , innalillah..

Kepada ibu bapa sekalian sukalah saya mengingatkan bahawa tidak ada kemestian untuk menyunatkan kanak kanak pada umur yang sangat kecil. Sekiranya mahu mensunatkan anak anak yang agak kecil ,elok lah kita mengikut adat orang orang arab yang menyunatkan kanak kanak mereka semasa lahir tetapi malangnya adat itu tidak di amal kan di malaysia .

Umur kadang kadang bukan satu ukuran asas untuk bersunat , yang penting nya kanak kanak itu tidak terlalu kecil kerana mereka yang kecil ini amat sukar di kawal semasa proses bersunat ini ,.kemaluan yang masih kecil menyebab kan satu keadaan di mana kepala zakar masih melekat pada kulit kemalauan , keadaan ini kalau di sebelah utara di sebut sebagai “buta” atau “tak lepas “… situasi seperti ini memerlukan keadaan kulit di pisahkan dari kepala zakar …ini akan menambahkan proses masa bersunat seterusnya sekira nya kanak kanak itu masih kecil ..maka amatlah sukar untuk mengawal keadaan kerana selalunya kanak kanak akan berasa sakit sedikit walaupun sudah di beri ubat kebas.

Persoalanya di sini kita sebagai ibu bapa  yang menyerahkan anak kita untuk bersunat  ,apakah kita hanya patut duduk dan berdoa , atau masih ada ruang untuk kita memantau seterusnya mengelakkan keadaan yang tidak di ingini.

Jawapannya Ya ada kenapa pula tidak ..kita sebenarnya boleh memantau keadaan sehingga proses bersunat ini berakhir .Saya  berharap perkongsian saya ini dapat menyelamatkan kemaluan anak anak dari terputus.

Di malaysia pada ketika ini terdapat dua jenis cara bersunat yang di praktikkan  secara meluas  satu secara clamp  dan satu secara Laser . Dua dua teknik ini ada kebaikan dan keburukannya ,tapi pada ketika ini mari kita fahami apa benda yang di katakan Laser ini.

Mesin memotong ini sebenarnya adalah wayar besi yang di sambung kan dengan tenaga elektrik ..tenaga elektrik akan memanaskan suhu wayar sehingga ianya dapat memotong kulit seterusnya pada masa yang sama ,akan menghentikan pendarahan dari pembuluh pembuluh darah yang kecil di kulit .Nama lain alat ini di kenali sebagai diathermy , microdiatermy amat popular kerana proses pemotongan berlaku sangat lancar dan tanpa berdarah…Ha itu yang menyebabkan ia mendapat gelaran LASER walaupun tiada apa apa kuasa laser di sini.

Ya balik kepada ibu bapa tadi , pada masa bersunat …ingat mesti sentiasa berada di sebelah kanak kanak dari awal sehingga lah proses bersunat berakhir .Proses bersunat adalah simple sahaja.:

  1. Proses membersihkan kemaluan dengan cecair pembunuh kuman .(alcohol atau ubat kuning -povidone)
  2. Proses menyucuk ubat kebas
  3. Proses memisahkan antara kepala zakar dan kulit luar (Loceh).
  4. CLAMPING.——IAITU PROSES MEMISAHKAN KULIT YANG HENDAK DI POTONG DARI KEPALA ZAKAR -INI LAH PROSES YANG PALING PENTING .
  5. Pemotongan .
  6. Penjahitan

Proses melegakan lekatan kulit pada kepala zakar.

Proses pemotongan ,ini lah proses yang paling penting sekali , pastikan orang yang melakukan sunat menggunakan 3 benda ini .2 pemegang di atas untuk memegang kulit manakala satu yang di bawah memisahkan antara kulit yang hendak di potong dengan kepala zakar .Amat penting dan mesti berhati hati di mana di letak kan penyepit ketiga ini kerana ada kemungkinan kita telah menyepit kepala zakar sekali.jika kita telah menyepit kepala zakar bermakna kita akan memotong kulit dan kepala zakar sekali nanti. Boleh kah kalau tidak memakai sepit yang ketiga ini …hanya memakai 2 sepit yang meregangkan kulit di atas ? JAWAPAN NYA TIDAK BOLEH ,KANAK KANAK BIASANYA AKAN MERONTA DAN BOLEH MENGANGKAT BADAN WALAUPUN DI PEGANG – MASA ITU LAH KEMALANGAN AKAN BERLAKU.

Sekiranya anda menemani anak yang bersunat , bolehlah bersuara kepada Dr  atau orang yang melakukan sunat  seperti ini “dr… kepala  duduk di bawah kan….”.

Jika langkah keselamatan di atas tidak di lakukan , anda berhak memberhentikan procedur walaupun pada mana mana peringkat selagi proses pemotongan belum di lakukan. Jangan risau , tidak ada kemestian kalau sudah cucuk ubat kebas mesti kena sunat jugak jugak.

Itu saja perkongsian saya pada kali ini saya berharap dapat membantu sedikit sebanyak agar trajedi yang tak di ingini boleh di elakkan. fahami proses bersunat ini kerana mungkin ketika itu hanya anda yang boleh menyelamatkan anak anak anda.Tidak salah menyemaikan sedikit rasa kecurigaan demi kebaikan semua. Fahamilah ,kesilapan boleh berlaku pada sesiapa atau apa apa keadaan tetapi yang penting sejauh mana kita membuat persediaan untuk mengelakkan malapetaka ini.Kadang kadang kita masih mementingkan harga dari risiko yang perlu di lalui oleh anak anak kita.

www.klinikputrapenaga.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *