Sabar dan yakin sembuh salah satu faktor penting yang membantu penyembuhan luka

.Dari pengalaman saya dalam bidang ini selalunya apabila pesakit mula mengidap penyakit kencing manis , 3 kerosakan utama boleh berlaku pada badan.Fahami dengan cara yang mudah supaya anda boleh mengambil pengiktibaran bukannya dengan bahasa doktor yang susah di fahami.

3 kerosakan yang biasa berlaku pada  pesakit kencing manis iaitu:

  • KEROSAKAN MATA
  • KEROSAKAN  BUAH PINGGANG.
  • KEROSAKAN KAKI .

Dalam kes ini (seperti di dalam gambar ) sudah tentu kita berfikir tidak ada cara bagaimana untuk luka ini sembuh. Isi kaki menjadi seperti buah yang sangat masak .Kebanyakan pesakit pada ketika ini mengalami tahap tekanan yang sangat tinggi. Pesakit biasa takut untuk melihat kaki sendiri pada ketika ini .Tetapi tahukah anda pada tahap inilah kita berada di persimpangan jalan sama ada terus berusaha atau berputus asa .Sekiranya kita berputus asa maka kesannya seperti yang kita sedia maklum, iaitu jangkitan kuman boleh merebak yang membawa pesakit kepada  pemotongan bahagian yang berkenaan. Kepada yang membaca kes kes yang saya paparkan adalah kes yang sebenar yang mendapat perawatan dari kami .Pesakit boleh di hubungi dan sedia membantu sekiranya sebarang khidmat nasihat di perlukan , sesuai dengan prinsip perkhidmatan kami di mana pesakit di rawat kemudian belajar merawat luka sendiri dan akhirnya mengajar dan memberi nasihat kepada pesakit pesakit baru yang lain terutama dalam perawatan luka.


Gambar yang kedua menunjukkan keadaan kaki pesakit selepas rawatan selama enam minggu .Pada waktu ini pesakit mula yakin yang kakinya boleh sembuh.Ya di sini lah peranan mental yang sihat amat di perlukan , penyakit sebenarnya mempunyai sifat sifat tertentu yang boleh di tangani .Cuma kadang kadang kita sahaja yang mengalami masalah seperti ini dan kita mula mencuba berbagai bagai kaedah yang tidak sepatutnya.Sebagai contoh di sini sekiranya pada masa awal rawatan pesakit tidak yakin yang kakinya boleh sembuh , keadaan luka seperti gambar yang kedua di dapat di capai.

Gambar yang terakhir menunjukkan pesakit pulih sepenuhnya dan boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa .Ini adalah matlamat dalam perubatan dan pada tahap ini pesakit sangat yakin bahawa pesakit lain juga boleh sembuh sekiranya mengikuti langkah langkah yang sama. Akhir sekali sukalah saya mengingatkan bahawa sekiranya anda diuji dengan ujian yang sebegini rupa dapatkan khidmat nasihat perawatan luka yang betul .Adalah kami sedia membantu dengan ilmu yang ada untuk menangani masalah ini.

rawatan luka kencing manis


LAWATI FB PAGE KAMI

fb page : Rawatan Luka Kencing Manis Di Klinik Putra Penaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *