Sawan Demam Panas

Sawan adalah satu keadaan yang sering berlaku pada kanak kanak pada ketika mereka demam .Walaupun perkara ini sering kita dengar , tetapi kebanyakan ibubapa tidak pernah melalui pengalaman ini sehinggalah kejadian ini berlaku pada anak anak mereka sendiri . Sawan demam panas biasanya berlaku pada kanak kanak dalam lingkungan 6 bulan hingga 5 tahun. Sawan berlaku dengan adanya kekejangan secara tiba tiba pada muka ,badan, kaki dan tangan .Kekejangan ini boleh berlaku dari beberapa saat kepada beberapa minit . Sekiranya berlaku pada kanak kanak  yang berdiri ,ianya boleh jatuh secara tiba tiba . Kanak kanak boleh juga terkencing secara tiba tiba , muntah atau tergigit lidah sendiri . Ada sesetengah keadaan bayi kelihatan biru dan nampak seperti tidak bernafas dan tidak respond kepada panggilan ibu bapa . Keadaan kekejangan ini biasanya berulang ulang antara fasa kejang dan fasa rehat seperti satu irama. Ini lah satu pengalaman yang sangat menakut kan bagi sesetengah ibu bapa .  Kebanyakan ibu bapa , dalam keadaan ini memikirkan bahawa anak anak mereka sama ada akan mati atau akan mengalami kerosakan otak. Alhamdulillah , pada ketika ini dari kajian yang di lakukan  ,sawan deman panas tidak  meninggalkan kesan yang serious pada kanak kanak. Sawan demam panas berlaku akibat stimulasi secara mendadak pada sel otak di sebabkan perubahan suhu badan. Dua keadaan yang  berkaitan dengan suhu  yang menyebabkan sawan ,  yang pertama adalah perubahan suhu yang mendadak pada badan kanak kanak dan yang kedua adalah keadaan suhu yang berterusan dalam keadaan tinggi . Sekiranya sawan berlaku dari beberapa saat  ke 10 min ini termasuk dalam kategori sawan demam panas yang biasa tetapi sekiranya berterusan lebih dari 15min ianya mungkin satu petanda awal untuk penyakit yang  lebih serious. Semasa berlakunya  sawan  pastikan kanak kanak jauh dari tempat tempat yang merbahaya , seeloknya kanak kanak di letakkan di atas lantai ,di lapik kan sedikit sekiranya lantai terlalu keras , keadaan ini adalah untuk mengelakkan kanak kanak dari jatuh katil semasa sawan .  Sekiranya memakai pakaian yang ketat , seeloknya di longgarkan, lebih lebih lagi pada bahagian leher . Sekiranya boleh bahagian pusat ke atas tidak di tutup dan di biarkan terdedah . Kanak kanak mestilah di letakkan dalam keadaan mengiring supaya cecair air liur dan muntah tidak masuk ke dalam paru paru. Jangan cuba menahan kekejangan semasa berlakunya sawan atau cuba  meletakkan sesuatu   di mulut pada ketika ini  ,   Sekiranya  bibir kanak kanak kelihatan biru  , kanak kanak perlu di bawa ke hospital terdekat secepat mungkin  .  Ketika sawan berlaku , tumpukan perhatian untuk  merendahkan suhu badan .Gunakan ubat punggung (supp ) sekiranya ada dan ianya sangat sangat membantu dalam merendahkan suhu. Mulakan menjelum dengan menggunakan air biasa atau air pain sahaja , jangan gunakan ais .Air di jelum di kepala ,leher dan ke seluruh badan .Bukakan kipas sekiranya ada biarkan air meruwap dan mengeluarkan suhu yang panas dari badan .Jangan tinggalkan tuala di kepala kerana ianya mengelakkan keluarnya suhu dari badan. Cara yang terbaik adalah menenangkan kanak kanak semasa kejadian , jangan wujudkan suasana yang tegang seperti menjerit  dan banyakkan berselawat dalam situasi ini . Insyaallah dalam serangan sawan yang biasa , kanak kanak akan mula sedar dalam beberapa minit tetapi selalunya tidak melebihi 10 min .Walaubagaimana singkat pun anak anda sawan ianya mesti di bawa ke hospital walaupun dia sudah sedar seperti biasa.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *