sakit lutut merupakan satu perkataan yang sering sangat kita dengari tetapi jarang kita memandang serious tentang perkara ini .Tetapi apa kah yang menarik tentang sakit lutut atau apakah fakta yang perlu kita tahu tentang sakit lutut ataupun adakah sakit lutut ini dapat di elak. Ketahuilah sendi lutut merupakan antara sendi yang terpenting dalam tubuh badan kita. Berbagai punca boleh menyebabkan sakit lutut di antaranya mari sama sama kita lihat .
1.Cara kita berdiri atau berjalan (posture) – Kaedah berjalan yang tidak sihat atau cara jalan kaki yang tidak betul akan meyebabkan kita sakit sendi lutut pada masa hadapan. Cara berjalan (gait) adalah sesuatu yang di pelajari atau di adaptasi oleh manusia ,cara berjalan ini adalah sama untuk semua kanak kanak tetapi berubah dengan umur di mana pengaruh keadaan sekeliling akan membentuk cara berjalan seseorang itu.Tidak kurang juga pengaruh selebriti dan fesyen semasa akan mempengaruhi cara manusia berjalan. Contohnya seperti menggunakan kasut tumit tinggi untuk masa yang lama akan memberikan tekanan pada sendi lulut yang sepatutnya tiada pada kasut biasa.
2. Sports injury atau kecederaan akibat sukan , kecederaan buleh berlaku pada mana mana bahagian sendi .Apa yang penting apabila berlaku nya kesakitan dalam sendi lutut , aktiviti sukan mesti di berhentikan secara serta merta kerana meneruskan permainan akan menambahkan kerosakan pada sendi .Dalam masa 24jam kecederaan adalah di nasihatkan untuk menggunakan ais yang di tekan pada tempat yang sakit .Elak kan dari menggunakan bahan yang panas seperti minyak angin atau mengurut kerana banyak bahagian dalam sendi yang masih dalam keadaan bengkak di mana apabila di urut pada ketika ini hanya akan menambah kesakitan pada sendi lutut. Mengurut hanya di cadangkan selepas 24jam kecederaan dan ianya mesti di lakukan dengan cara ringan dan ringkas hanya untuk melancarkan perjalanan darah. Penggunaan brace atau guard amat di sarankan pada ahli ahli sukan yang pernah mengalami kecederaan lutut.
3. Osteoarthritis atau OA , ini adalah sakit sendi yang di sebabkan oleh perubahan umur , ianya sangat popular di kalangan wanita yang biasanya berbadan gempal.Biasanya pesakit akan berjalan seolah olah berjongkang jungkit seperti penguin .Kesakitan adalah amat ketara pada waktu pagi sesudah bangun dari tidur . Pesakit terpaksa bersembahyang di atas kerusi kerana tidak lagi dapat bertahhiyat .Lebih menyedihkan lagi pesakit hanya boleh menggunakan tandas moden , mereka tidak lagi dapat menggunakan tandas cangkung. Perubahan struktur kaki akan menjadi ketara dengan masa dimana kaki lama kelamaan menjadi seperti busar panah( bowing).