Luka Kencing Manis ..Harapan pesakit dan realiti.

Luka kencing manis adalah satu keadaan sukar yang terpaksa di lalui oleh pesakit pesakit kencing manis. Walaupun bukan semua tetapi hampir agak selalu juga kita mendengar pesakit pesakit kencing manis terpaksa menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman terutamanya pada bahagian kaki . Pembedahan adalah bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kepada bahagian bahagian tubuh yang lain .

Seringkali apabila pesakit menyedari bahawa mereka di jangkiti kuman , selalunya pesakit akan menjadi panik , tidak lalu makan dan selalunya berada dalam keadaan murung . Ada yang berani dan bertekad serta terus mendapatkan rawatan dari pihak hospital  tetapi ada juga pesakit yang takut dan berfikiran negatif , sentiasa menganggap jika pergi ke hospital alamat nya kena potong kaki .. Di sini lah titik perbincangan yang ingin saya ketengahkan . Adakah mungkin jari yang mati , atau kaki yang sudah membusuk boleh sembuh semula . Dengan beribu ribu testimoni yang boleh kita temui hari ni tentu kita akan terfikir …adakah benar ianya boleh sembuh ?  Dari pengalaman saya bertugas di jabatan orthopedik di hospital kerajaan , ingin saya kongsikan pendapat saya realiti penyembuhan luka kencing manis.

Dalam hidup kita ada dua unsur emosi yang sentiasa mengawasi kita iaitu percaya dan harapan . Jangkitan kuman pada kaki memberikan kita satu keadaan bahawa sesuatu yang buruk sedang menanti kita , kita percaya bahawa sekiranya tidak di lakukan sesuatu maka bala yang besar seperti pemotongan kaki dan jari kaki mungkin akan melanda .Tetapi dari segi harapan pula , apabila kita mendengar nasihat , kisah cerita dari kawan- kawan , saudara mara  apatah lagi di tambah dengan berbagai testimoni yang di hidangkan di dunia web akan mempengaruhi tindakan kita yang selanjut nya .Harapan penyembuhan berdasarkan kisah atau cerita akan menangani tindakan kita dalam menghadapi serangan luka kencing manis . Sebagai satu pedoman , kita mesti faham musuh yang kita hadapi ini . Anggaplah jangkitan kuman kencing manis ini sebagai satu musuh yang bukan ada tolok bandingnya , malah memerlukan strategy yang tepat untuk mengalahkannya. Musuh ini bukan calang calang musuh , malah sudah bertapak di dunia ini sudah berkurun kurun lama nya , sekiranya benar dunia sains telah menemui penawar bagi jangkitan kencing manis , kenapa sampai hari ini masih ada malah masih banyak pesakit kencing manis  yang perlu menjalani pembedahan pemotongan kaki atau jari jemari kaki . Wad wad orthopedik di diami oleh kes kes jangkitan luka kencing sehingga tiada tanda kekurangan bakal pesakit yang akan kunjung tiba .

Untuk mudah kita fahami serangan pada pesakit kencing manis ini berlaku pada beberapa peringkat tanpa tidak kita sedari , kandungan gula yang tidak stabil di dalam saluran darah di tambah dengan berbagai lagi tamu yang tidak di undang di dalam saluran darah seperti cholestrol , uri acid  dan banyak lagi yang turut mendiami saluran darah kita akan menyebabkan gangguan kepada peredaran darah , satu phenomena awal pembentukan komplikasi kencing manis yang di namakan ” peripheral arterial desease ”  di mana kelajuan darah kepada bahagian bahagian organ yang jauh dari kaki menjadi sangat perlahan . Keadaan ini dapat di lihat pada kewujudan perbezaan warna kulit yang berbeza pada kaki pesakit biasanya menyebabkan kaki menjadi lebih gelap pada bahagian hujung . Kadang kadang kita terfikir .. ada orang yang terkena kencing manis tetapi kaki nya menjadi lebih besar daripada biasa tetapi ada juga pesakit kencing manis yang kakinya menjadi lebih kecil ..ini adalah jenis jenis komplikasi penyakit pada tubuh pesakit . Komplikasi kencing manis yang menyerang saraf di namakan di namakan neuropathic foot yang mana ia menyebabkan kaki menjadi lebih besar dan bengkak daripada biasa manakala komplikasi saluran darah di kenali sebagai peripheral vasculopathy di mana kaki kelihatan lebih kecil dan biasanya mempunyai nadi yang lemah . Apabila berlaku jangkitan kuman , reaksi yang yang berbeza berlaku pada jenis kaki yang berbeza , ini menyebabkan pesakit terpengaruh atau terpukau pada gambar gambar testimoni yang terdapat di pasaran . Kepercayaan kepada gambar gambar testimoni ini menyebabkan pesakit menaruh harapan untuk menangguhkan rawatan yang sepatutnya, sedangkan jangkitan luka kencing manis adalah berkadar terus dengan masa , lagi lambat tindakan di maka lagi cepatlah pergerakan kuman  di dalam badan. Mengenai gambar testimoni selalunya di datangi dengan perkataan ” kaki hampir di potong ” kemudian di sertai gambar sebelum dan selepas . Sebagai pemerhati yang bijak  apa yang patut kita perhatikan ? …..Ya apa yang kita patut kita perhatikan ialah keadaan hujung jari semasa sebelum rawatan ,…keadaan hujung jari yang merah menunjukkan peredaran darah masih baik walaupun kaki sudah terkena jangkitan kuman  dan jangkitan jenis ini insyallah boleh sembuh dengan rawatan yang betul . Tetapi jika gambar yang di paparkan kaki sudah hitam kering (dry gangrene ) kemudian merah kembali ,  itu adalah Mustahil sama sekali . Sekiranya warna agak pudar lesu kemudian menjadi merah agak boleh di terima tetapi adalah mustahil bila bahagian organ yang sudah hitam kering seperti mummy kemudian menjadi merah kembali  tidak lah pernah saya melihat dalam pengalaman saya bertugas di jabatan orthopedik hospital kerajaan di mana hampir setiap hari kami melakukan pembedahan sama ada melakukan pemotongan jari atau kaki  . Ini bermakna apabila seseorang pesakit kencing manis itu sedar sesuatu yang luar biasa berlaku pada jari kaki atau mana mana bahagian kaki beliau , maka cepat cepatlah mendapatkan pengesahan jenis ancaman yang di hadapi iaitu sama ada beliau menghadapi jangkitan kuman sahaja ataupun gangguan peredaran darah pada kaki ( peripheral arterial disease ) kerana jika beliau terkena jangkitan kuman , tetapi peredaran darah masih baik ,..kaki masih  boleh di selamatkan dan setiap detik masa ti dak boleh di bazirkan kerana strategy dalam keadaan ini adalah untuk menyekat merebaknya kuman pada kaki atau pun dalam darah ke seluruh badan ( septicaemia ). Tetapi jika beliau terkena gangguan peredaran darah pada kaki , strategy yang perlu di lakukan adalah untuk melancarkan peredaran darah secepat yang mungkin kerana bahagian badan yang tidak mendapat bekalan darah lebih daripada 6 jam ( ischaemia ) akan mati selama lama nya .

Balik kepada tajuk ini ..adakah ada ruang untuk penyembuhan ? Jawapannya  Ya ada insyallah ..kuncinya adalah memahami ancaman yang kita hadapi supaya kita kenal dengan tanda tanda awal yang membawa kepada kerosakan . Ilmu ini akan mengawal kita dari melakukan tindakan yang tidak sewajarnya dengan berharap dengan harapan yang palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *