UNTUK PESAKIT DIABETES SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT – BAGAIMANA KENCING MANIS MEMBAWA KEPADA PEMOTONGAN KAKI

Pesakit pesakit kencing manis yang mengalami masalah kandungan gula yang tinggi di dalam darah , adalah sangat cenderung kepada komplikasi penyakit pada kaki.

Kencing manis adalah satu keadaan dimana badan seseorang tidak menghasilkan insulin atau insulin ini tidak berfungsi dalam keadaan yang optimum .Insulin ini adalah sejenis hormon yang bertanggung jawab membantu sel sel badan untuk menggunakan gula sebagai tenaga.

Dua masalah utama yang kesan kencing manis kepada kaki iaitu :

  1. DIABETIC NEUROPATHY ( Gangguan Kerosakan saraf kaki ).
  2. PERIPHERAL VASCULAR disease. ( Gangguan Peredaran Darah pada saluran darah kaki.

DIABETIC NEUROPATHY

Kandungan gula yang tinggi dan berterusan di dalam darah untuk jangka masa yang panjang akan merosakkan saraf  saraf yang hujung terutamanya di bahagian kaki  , ini menyebabkan  kurangnya nya deria rasa pada bahagian tersebut  . Kekurangan deria  rasa  akan menyebabkan bahagian ini mudah tercedera tanpa di sedari oleh pesakit  seperti terpijak paku atau sebagainya . Kebiasaan mengurut kaki menggunakan tunku atau besi pada juga mudah menyebabkan kerosakan pada kaki .  Kecederaan yang kecil pada kulit kaki walaupun sedikit  adalah pintu masuk kuman kedalam badan yang boleh membawa berbagai bagai kemungkinan yang tidak baik kepada badan.

PERIPHERAL VASCULAR DISEASE

Penyakit kencing manis secara langsungnya memberi kesan kepada saluran darah ,  dimana  terdapat kesan kesan deposit lemak dalam salur darah ( fatty deposit ) yang menyebabkan salur darah menjadi sempit dan memperlahankan kelajuan darah . Kekurangan kelajuan darah ini boleh menyebabkan kepada mudah rasa sakit pada kaki , mudah terkena jangkitan kuman dan memperlahankan proses penyembuhan luka sekiranya berlaku kecederaan  .Inilah punca utama yang membawa kepada pemotongan kaki  . Tetapi janganlah berputus asa kerana sebelum berlakunya keperluan untuk pemotongan kaki  , terdapat tanda tanda awal yang membolehkan kita bersedia untuk menghindarinya .

TANDA TANDA AWAL PENYAKIT KENCING MANIS MULA MEMBERI KESAN KEPADA KAKI

  1. RASA KEBAS DARI HUJUNG JARI HINGGA ATAS BUKU LALI
  2. RASA SEPERTI MENYUCUK TIKAMAN TIKAMAN KECIL SEPERTI JARUM JUGA PADA BAHAGIAN YANG SAMA.
  3. TERDAPATNYA LUKA TANPA KITA SEDARI DAN TIDAK ADA RASA SAKIT PADA BAHAGIAN LUKA.
  4. TERDAPAT KULIT MENGGELEMBUNG PADA KAKI.
  5. PERUBAHAN WARNA PADA KAKI BAHAGIAN HUJUNG KELIHATAN LEBIH GELAP.
  6. PERUBAHAN SUHU DI MANA BAHAGIAN HUJUNG KAKI LEBIH SEJUK BERBANDING BAHAGIAN LAIN.
  7. PERUBAHAN PADA JARI JARI KAKI DI MANA IA KELIHATAN LEBIH SENGET ATAU TIDAK NORMAL.

Sekiranya terdapat tanda tanda tersebut , adalah kita patut mula risau dan berhati hati kerana  kegagalan mengawal penyakit pada tahap ini akan menyebabkan kita terpaksa menjalani hidup yang berbeza dari sebelum ini. Hingga hari ni kadar pemotongan kaki masih lagi tinggi dimana hampir setiap hari terdapat pesakit pesakit yang terpaksa menjalani pemotongan kaki . Dan perkara ini adalah dapat di elakkankan.

Sekiranya terdapat tanda tanda di atas pada anda atau orang orang yang tersayang ;

1.DAPAT KAN ALAT MENGUKUR GULA  (RBS  GLUCOMETER ) DAN BELAJAR BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI CARA UNTUK MENGETAHUI PARAS GULA  .

2.JANGAN TERTINGGAL MAKAN UBAT UBAT KENCING MANIS SEKIRANYA  SUDAH ADA DI PEROLEHI .

3.JANGAN LUPA UNTUK MENJALANKAN SARINGAN DARAH SEKURANG KURANG NYA SETAHUN SEKALI.

4. DAPATKAN KASUT YANG BAIK YANG MENGAMBIL KIRA BENTUK SEMULAJADI KAKI DAN MEMPUNYAI LAPIK YANG LEMBUT SERTA RUANG  PENGUDARAAN YANG CUKUP.

5.BELAJAR BERJALAN SEKURANG KURANGNYA 45 MINIT SEHARI UNTUK BERPELUH DAN MELANCARKAN PEMBAKARAN GULA.

6.KURANGKAN MAKAN YANG BERAT SEBELUM TIDUR.

7. SELALU MEMERIKSA KAKI DAN RUANG RUANG ANTARA JARI KAKI DAN MELIHAT SEKIRANYA ADA SEBARANG PERUBAHAN YANG TIDAK ADA SEBELUM INI.

 sebarang pertanyaan boleh hantar gambar luka secara whats up di 0194718455

 

 

www.klinikputrapenaga.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *