Madu sebagai perawat luka semulajadi.

Sebelum penemuan  antibiotik berlaku, lazimnya madu digunakan sebagai ubat untuk merawat luka dan untuk mencegah jangkitan. Selain sebagai agen penyembuh, keberkesanan madu dikaji semula untuk rawatan luka, luka terbakar, gigitan serangga, ekzema, psoriasis, , kurap dan lain lain . Madu telah diketahui menyembuhkan luka walaupun luka paling dijangkiti tanpa kesan sampingan negatif. Kewujudan hidrogen peroksida dalam madu membasmi kuman dan menyembuhkan luka disebabkan sifat-sifat antibakteria, antimikrob dan antiseptiknya. Bakteria tidak dapat bertahan dengan kehadiran oksigen atau hidrogen peroksida. Hidrogen peroksida mengawal jumlah oksigen ke sel dan meningkatkan pengoksidaan tisu kulit. Madu juga mewujudkan satu keadaan penyembuhan lembap yang menghalang luka daripada melekat pada pembalut, oleh itu menghalang kerosakan tisu kulit baru. Parut juga dikurangkan apabila menggunakan madu sebagai pencuci luka kerana sel-sel kulit tumbuh tanpa membentuk keruping yang tebal. Di samping itu, madu menghasilkan halangan pelindung di sekitar luka, mencegah jangkitan kuman pada luka yang terdedah. Nutrien yang terdapat dalam madu membantu pertumbuhan semula tisu yang sihat dan menggalakkan pertumbuhan semula kapilari darah baru. Ia juga mengandungi asid amino, vitamin,  dan gula yang membantu dalam proses penyembuhan. Kandungan Vitamin C dalam madu memainkan peranan dalam sintesis kolagen yang membantu dalam penyembuhan. Madu juga sangat berasid yang membantu dalam proses penyembuhan kerana bakteria tidak dapat bertahan hidup dalam persekitaran asid. Kandungan gula dalam madu yang tinggi mempunyai kesan osmosis pada luka dengan menarik cecair limfa keluar dan menyerap kelembapan. Akibatnya, kotoran dan isi isi mati  di keluarkan dari  luka yang menyebabkan penyebaran tisu nekrotik. Ia juga diketahui mempunyai tindakan anti-radang yang mengurangkan bengkak dan kesakitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *