Sepanjang kita di hantui krisis covid 19 ini kita dapati golongan yang agak banyak mengalami serangan hingga menyebabkan kematian adalah dari golongan pesakit pesakit Diabetes .
Apakah yang menyebabkan keadaan yang sukar ini ? Covid 19 adalah contoh serangan virus di mana para pesakit kencing manis pula berada dalam keadaan yang pertahanan badan adalah rendah jadi amat sukar untuk badan mereka untuk melawan serangan virus , ini menyebabkan masa untuk penyembuhan menjadi sangat panjang .
virus ini boleh hidup di dalam tubuh badan seseorang yang mempunyai paras gula yang tidak stabil . Adalah penting untuk pesakit pesakit kencing manis untuk memakai topeng muka kerana covid 19 merebak melalui titisan air liur yang merebak melalui batuk, bersin and masa bercakap dengan seseorang .Air liur yang membunuh ini boleh berada di dalam udara atau lekat di permukaan yang bersentuhan dengan air dari mulut tadi. Ia boleh hidup di luar badan manusia dari beberapa jam hinggalah ke beberapa hari berdasarkan keadaan alam sekitar .
Cuaca sejuk dengan kelembapan udara yang tinggi jugak membantu peredaran virus didalam udara ,ini dapat kita lihat seperti apa yang terjadi di negara negara barat seperti itali ,amerika syarikat dan lain lain lagi . Langkah berjaga jaga untuk seorang pesakit kencing manis adalah sangat penting seperti topeng muka , mencuci tangan apabila bersentuhan di luar rumah atau tempat orang ramai seperti tombol pintu, mesin atm atau pam minyak . Yang eloknya setiap pesakit kencing manis sentiasa membawa hand sanitiser kemana saja ia pergi .
Soscial distancing adalah baik cuma kadang kadang susah untuk di praktik kan kerana ada tempat tempat yang terlalu sesak menyebabkan orang ramai tidak mengendahkan suruhan ini.Pakailah topeng muka walaupun anda tidak mengalami apa apa tanda serangan virus iaitu demam, batuk atau selsema .Juga elakkan berada di tempat awam yang kurang mempunyai peredaran udara seperti lif .
Sekiranya mempunyai luka kencing manis bolehlah mempelajari teknik mencuci luka di rumah ,ini mengelakkan anda terpaksa mengharungi keadaan yang sesak di hosptal.Untuk mendapatkan paras gula yang stabil saya menasihatkan agar pesakit pesakit kencing manis membuat jadual pemakanan serta membiasakan penggunaan glucometer.