Tidak ada jalan singkat dalam proses penyembuhan luka kencing manis

Apabila mendapat serangan kuman pada jari atau kaki seorang pesakit kencing manis akan berada dalam satu keadaan yang penuh dilema . Ada pesakit yang terkena panic attack sehingga sanggup membelanjakan apa saja atau mencuba apa saja asalkan kaki dapat di selamatkan . Tetapi tidak kurang juga pesakit yang lebih risau atas kos rawatan sehingga ada tawar menawar dalam rawatan akibatnya terdapat banyak short cut di dalam rawatan  sehingga menyebabkan penyakit tidak sembuh dan merebak  sehingga meyebabkan pemotongan.

Dari pemerhatian saya ada pihak yang mengenakan bayaran yang sangat tinggi untuk rawatan luka kencing manis sehinggakan pesakit pesakit hanya mampu mengikut rawatan separuh jalan , manakala ada juga pihak yang mengiklankan jalan pintas dengan testimoni tesimoni yang kononnya terdapat ubat ajaib yang boleh mengelakkan pemotongan kaki .

Penting untuk saya tekankan di sini bahawa setiap serangan adalah tidak sama untuk semua pesakit jadi sekiranya seseorang pesakit sembuh dengan sesuatu ubat atau kaedah tidak semestinya akan berjaya pada pesakit pesakit lain. Sebenarnya untuk penyembuhan luka kencing manis prinsip pertama yang mesti di lalui adalah  ” Eradication of Infection ” di mana punca atau sumber jangkitan itu mesti di hilangkan dari badan . Ini di lakukan dengan membuang isi isi mati atau membuka poket poket takungan nanah ..pembuangan ini mesti habis tanpa meninggalkan sedikit pun kesan nanah atau isi mati , inilah satu prinsip yang di sebut wound debridement , wound debridement and wound debridement to treat diabetic foot . Pembuangan punca kuman adalah teras utama dalam penyembuhan luka kencing , isi yang tidak elok mesti di buang sehinggalah terdapat isi yang merah dan berdarah . Penggunaan antibiotik secara terus ke saluran darah (iv infusion ) ataupun secara pemakanan adalah sebagai tambahan kepada proses pembuangan isi mati untuk mengelakkan kuman dari merebak .

Fasa kedua adalah fasa di mana proses penyembuhan sudah bermula dan serangan kuman sudah berjaya di kawal . Proses penyembuhan boleh di kenali dengan wujudnya isi isi baru yang tumbuh berwarna merah terang dan di namakan granulation tissue . Pesakit yang menunjukkan kehadiran granulation tissue pada lukanya sebenarnya sudah menunjukkan tanda tanda yang ianya insyaallah satu hari nanti akan sembuh . Ini kerana bahagian badan yang lemah akan terus di asak oleh bakteria menyebabkan sel sel tissue menjadi rosak. Manakala granulating wound (luka dengan granulating tissue ) adalah bebas dari kuman .

Dalam masa luka menjadi semakin merah dengan tisu tisu baru di kenali dengan granulating tissue , terdapat pula cabaran baru yang menghalang kesembuhan luka . Ini adalah kerana kehadiran bacteria yang biasanya datang apabila luka dalam proses pertumbuhan isi , bacteria ini di namakan pseudomonas aeroginosa , Bacteria ini biasanya membentuk colony yang menyebabkan luka menjadi seakan akan kehijauan , tidak berbau busuk malah agak wangi seperti bau buahan .pseudomonas biasanya hinggap di alat alat yang tidak di sterilekan dengan betul , malah kehadiran bacteria ini dalam udara seperti di dalam bilik dressing atau bilik rawatan luka memang menyukarkan untuk kita menghindarinya.

Sekiranya banyak , pseudomonas akan melekat dan membiak pada permukaan luka dan menghalang pembentukan isi isi baru . Ini akan mengganggu proses penyembuhan luka , malah sekiranya skin graft di lakukan, iaitu pemindahan kulit ke atas luka , ianya tidak akan berjaya . Pseudomonas ini boleh di bunuh dengan menggunakan acetic acid atau nama lainya cuka rumah tetapi penyediaan untuk di gunakan ke atas luka mesti lah melalui proses sterilisasi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *