case study berkaitan kaki untuk pesakit kencing manis
salam . kali ini kita membincangkan satu kes study . Seorang pesakit kencing manis berusia 50an bekerja sebagai cleaner di sebuah syarikat swasta .Masalah bermula dengan pesakit merasakan sejuk yang berlebihan sejak 2-3 hari yang lalu . Pada masa yang sama beliau merasakan bengkak pada kaki kanan beliau daripada lutut ke buku lali .
Apa yang pelik beliau merasakan bahagian kaki kanan beliau panas berbanding dengan kaki yang satu lagi. Terdapat perubahan warna yang ketara sehingga menjadikan kaki beliau sangat merah menyala . Kemudian di dapat bahagian kulit mula mengelembung dan pecah serta mengeluarkan cecair jernih .Pesakit mula menjadi panik dan terus mendapatkan rawatan dari klinik putra penaga .Pesakit takut untuk pergi ke hospital katanya takut kaki di potong .
Ok .Untuk perkongsian kita , tidak semua atau semua kes yang di rawat di hospital yang melibatkan luka kencing manis mesti di potong .
Kes yang kita lihat hari ini atau case study ini di namakan cellulitis .
Kes ini kerap berlaku pada pesakit kencing manis . Ia memang akan menyebabkan kaki menjadi bengkak ,merah dan panas ..Ianya tidak menyebabkan kaki kita dipotong tetapi perlu untuk mendapatkan rawatan yang segera .
kes ini berlaku kerana jangkitan kuman pada lapisan lemak di kaki .
Rawatan adalah dengan menggunakan antibiotik yang bersesuaian ,
Selalunya rawatan di mulakan dengan antibiotik secara makan atau pil tetapi jika tiada perubahan antibiotik perlu di masukkan melalui salur darah . Rawatan antibiotik melalui salur darah ini biasanya memerlukan pesakit untuk di rawat di wad selama 5 – 7 hari .
Peluang sembuh?
Peluang untuk sembuh untuk masalah ini adalah sangat baik cuma pesakit perlu mendapatkan rawatan awal .
Apa perlu buat dengan bahagian kulit yang berair tu?
ok. perlu dressing hari hari untuk bahagian ini .
Nak dressing dgn apa ?
Untuk dressing macam biasa kami menggunakan set dressing yang merupakan kombinasi perubatan moden dan klasik
PERBINCANGAN TAMBAHAN
Siapa yang selalu kena serangan ni DR?
Jangkitan biasanya berlaku pada bahagian kaki tidak pada bahagian bahagian yang lain .selalunya berlaku pada pesakit yang sudah mempunyai kaki yang mempunyai perubahan warna . Biasanya pada pesakit pesakit yang sudah mengidap kencing manis berpuluh puluh tahun . Perubahan warna ini agak ketara pada bahagian hujung kaki dimana kaki kelihatan lebih gelap berbanding dengan betis .
Ada tanda lain tak?
Ya ada , biasanya pesakit sering mengalami bengkak yang tenggelam apabila di tekan dengan jari (pedal oedema) .Biasanya semasa follow up , pesakit pesakit ini di bekalkan dengan furesemide atau di kenali dengan ubat kencing .
Pesakit biasanya tak suka dengan ubat ini kerana ia menyebabkan mereka kerap buang air kecil dan mengganggu urusan harian mereka .Dan seringkali juga meninggalkan daripada makan
Apakah ada hubungan dengan meninggalkan ubat kencing dengan cellulitis ?
Ok kalau kita lihat sepintas lalu cellulitis adalah jangkitan kuman pada lemak yang berada di bawah permukaan kulit .
Apa yang berlaku bila pesakit meninggalkan ubat ini .ia menyebabkan gangguan peredaran darah kerana tugas jantung menjadi berat kerana lebih nya air yang berkumpul di dalam badan . Ini menyebabkan darah berkumpul di bahagian kaki . Ini yang menyebabkan bengkak yang tenggelam apabila di tekan dengan jari .
Seterusnya kaki yang bengkak menyebabkan kulit meregang dan menyebabkan kuman masuk melalui kulit , itu yang menyebabkan cellulitis.
Adakah masalah ini boleh berulang ?
Ya, sangat boleh berulang .
apa yang penting pesakit perlu memakan ubat yang betul untuk mengelakkan perkara ini berlaku .Adalah sangat penting untuk pesakit untuk menjalankan saringan darah setiap 6 bulan sekali .Jika perlu , elok juga di jalankan ujian saringan jantung .
Berapa lama masa yang di ambil untuk sembuh seperti kes study ini ?
Keseluruhan mengambil masa sekitar 4 hingga 6 minggu .
Pertanyaan dan appt 01164376339 (w up saja )
Kenapa ada case study ni Dr ?
sebab saya tengok selalu pesakit suka menangguhkan rawatan apabila berada di dalam keadaan seperti ini .Selalunya pesakit akan survey di internet dahulu , saya berharap kalau mereka terjumpa website ni dan lihat gambar tersebut dan kalau sama seperti yang mereka alami , dapatkanlah rawatan secepat yang mungkin sebab masalah cellulitis ini boleh sembuh .insy.