Rawatan luka kencing manis – Satu liku perjalanan hidup

 

Luka kencing manis – serangan mental

Apabila terkena luka kencing manis ,serangan pertama adalah dari segi mental.Pesakit biasanya akan di hantui rasa takut dan mula memikirkan apa yang akan berlaku selanjutnya.Terdapat dua jenis sikap pesakit dalam keadaan ini , yang pertama hanya akan membiarkan saja dan jenis kedua akan mula keluh resah dan cuba mencari jalan penyelesaian sendiri.

Pesakit yang agak muda biasanya akan mula menggoogle di internet untuk mencari cari penyelesaian, biasanya mereka ini akan terjumpa produk produk yang menjanjikan kesembuhan yang tiba tiba dengan gambar gambar testimoni yang meyakinkan .

Tidak kurang akan mencari kawan kawan atau saudara yang pernah mengalami masalah yang sama.Yang ini sebenarnya lagi kuat kesannya , apabila kita di beritahu oleh kawan ,kita lebih mudah untuk terpengaruh untuk mencuba rawatan di tempat yang sama.

Rawatan di hospital biasanya menjadi pilihan terakhir walaupun kadang kadang itu lah rawatan terbaik sebenarnya untuk pesakit pesakit diabetes.Selalunya pesakit di hantui pemikiran yang kalau pergi hospital ,mesti kena potong kaki maka menjadikan hospital sebagai pilihan terakhir untuk pesakit luka kencing manis.

Antara serangan awal luka kencing manis adalah terjadinya luka kecil biasanya di hujung hujung jari kaki atau di bahagia tapak kaki.Kadang kadang puncanya amat mudah seperti terjadi geseran pada tapak kasut yang keras atau pemakaian kasut yang agak ketat .

Serangan peringkat awal biasanya di mulai dengan luka yang kecil tetapi pesakit biasanya tidak perasan bahawa biasanya luka ini amat lambat sembuh.

Kepekatan gula yang tidak stabil dalam darah pesakit kencing manis biasanya akan mengoptimumkan peredaran kuman.pesakit akan mula perasan terdapat kesan kemerahan di sekeliling luka yang bermaksud kuman itu sudan mula merebak atau berjalan.

Serangan mental bermaksud pesakit kadang kadang tidak dapat menerima haikat bahawa mereka sebenarnya sedang di serang dengan luka kencing manis.Banyak pesakit pesakit saya yang datang ke klinik ,tidak mahu langsung melihat apa yang terjadi pada luka mereka .Keadaan ini amat menyedihkan kerana tanpa fokus yang betul ,kita tidak dapat menangani luka kencing manis dengan betul.

Sokongan mental dari keluarga ,kawan kawan, anak anak amat diperlukan ketika ini kerana mental pesakit pada ketika ini adalah di bawah tekanan atau depressi. Ini di buktikan dengan kurang nya selera makan dan kurangnya tidur pada pesakit yang menghadapi masalah ini.

Sikap cuba cuba rawatan yang tidak jelas keberkesanannya sebenarnya amat merbahaya kerana kita sebenarnya berlawan dengan masa.Jangkitan luka kencing manis sebenarnya bergerak amat pantas pada masa kira kira 4mm dalam masa sejam.Jangkitan kuman juga akan mula bergerak dengan pesakit akan mula mengalami demam panas dan kadang kadang merasakan sakit yang kuat dan berdenyut pada tempat luka.Keadaan yang tidak terkawal akan menyebablkan pesakit mula menggigil ,ini di sebabkan peredaran kuman ke seluruh badan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai luka kencing manis boleh hantar gambar luka anda melalui whats up ke 01164376339

luka kencing manis – Apakah penyebab terjadinya luka kencing manis

Apabila pesakit di uji dengan adanya luka kencing manis  adalah amat penting untuk mereka memahami dengan mendalam faktor faktor yang mempengaruhi penyembuhan luka mereka. Adalah sangat membuang masa jika kita hanya yakin dengan testimoni testimoni yang kita lihat pada poster poster iklan . Pertama kali mari kita fahami bagaimana kita mendapat luka kencing manis. Luka kencing manis adalah gangguan dalam sistem peredaran darah .bayang kan sistem badan kita ini hidup dengan aliran darah kepada semua bahagian tubuh badan .tanpa aliran darah kepada mana mana bahagian di tubuh badan tersebut maka adalah mustahil untuk bahagian itu akan hidup .

Salur darah pesakit kencing manis adalah ibarat paip air lama yang penuh dengan keladak gula yang menyebabkan gangguan pada kelajuan pada peredaran darah malah kadang kadang boleh tersumbat menyebabkan bahagian yang di supply oleh paip itu akan mati atau dalam bahasa perubatan nya di panggil tissue necrosis. Bahagian yang tidak mendapat supply darah ini akan mati dan akan di hinggapi kuman maka terjadi lah jari jemari yang hitam dan tidak lama kemudian menjadi busuk. Bahagian yang membusuk ini pula sangat di sukai oleh berbagai kuman dan akhirnya mereka akan merebak ke kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda melihat hujung jari anda menjadi hitam sebenarnya masalah tidak hanya berada di sana , adalah berkemungkinan besar saluran darah sudah tersumbat pada tempat yang jauh dari sana. Dan sekiranya hujung jari sudah menjadi hitam atau biru , itu bermaksud bahawa jari itu sudah pun mati  dan kemungkinan untuk sembuh semula adalah sangat sangat tipis. Kadang kadang kita melihat iklan iklan yang menulis ‘ kaki hampir di potong kemudian sembuh denganubat X ‘ anda patut melihat di mana tempat jangkitan kuman itu sekiranya tempat jangkitan kuman itu jauh dari jari , memang ada kemungkinan luka itu akan sembuh .tetapi jika gambar tersebut menunjukkan jari jemari kaki sudah hitam atau biru ,kemudian sembuh kembali, wow itu amat amat sangat hebat .

Bagi saya sekira nya jari jari kaki sudah hitam atau biru , itu bermaksud ianya sudah mati dan tidak dapat di selamatkan lagi .Mungkin kita terfikir tak ada ubat kah dalam keadaan seperti ini , ya sebenarnya apa yang patut kita lakukan ialah menyelamatkan jari jari lain atau kaki keseluruhannya. Ini adalah kerana serangan luka kencing manis adalah tidak lah seringkas yang kita fikirkan ,gangguan peredaran darah adalah punca dan kuman yang sentiasa bersedia untuk makan isi kaki anda itulah  punca segala masalah.

Mungkin anda terfikir …kenapa kaki yang menjadi masalah,  bukan tangan….tak pernah tengok pun orang kencing manis kena potong tangan……..Ya jika anda mula berfikir sedemikian bermaksud anda mula faham apa yang di hadapi oleh pesakit pesakit kencing manis iaitu gangguan pada perjalanan darah . Ya kerana jari jari kaki terletak jauh dari jantung maka kawasan ini sangat mudah mengalami kerosakan apabila berlaku gangguan dalam peredaran darah berbanding dengan tangan yang jaraknya lebih berdekatan dengan jantung.. sebenarnya bukan ini sahaja , mata dan buah pinggang sangat terkesan dengan gangguan peredaran darah ini. Sering kali atau mudah sekali kita melihat ramai pesakit kencing mengalami masalah mata kadang kadang hingga menjadi buta (retinopathy) dan kerosakan buah pinggang yang memerlukan kepada dialysis.

Proses ini biasanya mengambil masa yang panjang bukannya setahun dua sebab itu lah walaupun ubat ubatan diberikan segera proses penyembuhan sebenarnya adalah amat perlahan .


Luka kaki kencing manis adakah potong kaki penyelesaiannya

Luka kencing manis adalah satu pengalaman yang sangat menakutkan .Seringkali pesakit kencing manis berprasangka bahawa sekiranya berlaku jangkitan kuman pada kaki maka akan tamatlah riwayat kaki mereka.

Ingin saya kongsikan  bersama  satu kes yang lebih membimbangkan iaitu apabila pesakit kencing manis terlibat dengan kemalangan dan mengalami luka di bahagian kaki.

Pesakit seorang pengusaha kuih muih , mula mendapat rawatan kencing manis sejak 2 tahun yang lepas .Terlibat dengan kemalangan jalanraya dan mendapat rawatan awal di hospital .Pesakit mula mencari alternatif baru apabila luka di kakinya mula berbau dan nampak hitam.Tidak berpuas hati dengan perkembangan luka yang sedia ada , pesakit memohon untuk mendapatkan pandangan kedua dari pihak swasta. Kesilapan  di sini ialah luka yang tidak sepatutnya di tutup , telah pun di tutup di mana saki baki kuman akibat kemalangan tidak dapat keluar dan merebak dari dalam.

Tindakan pertama ialah membuang kulit mati .Pada tahap ini kelihatan benda putih yang di kenali sebagai tendon sudah terdedah .Isi isi mati yang ada di buang sedikit demi sedikit.Pada ketika yang sama pesakit juga di bekalkan dengan antibiotik .Proses membuang isi mati ini di lakukan secara sedar di mana bius di berikan pada tempat yang di perlukan sahaja.Masaalah ketika ini adalah pesakit merasakan amat sensitif kerana bahagian ini sebelumnya berada di bawah kulit.

Pada tahap ini kelihatan luka secara keseluruhannya semakin merah merahan dengan pertumbuhan isi yang baru .Ini adalah petanda baik dalam penjagaan luka ..keadaan ini tidak dapat di capai melainkan  pesakit telah mencapai keadaan ini

1.penjagaan paras gula yang baik.

2.Penggunaaan antibiotik yang betul.

3.Cara pencucian luka yang betul.

I

2 gambar terakhir ini menunjukkan pesakit telah sembuh hampir 90% dan kini menjalani kehidupan seperti biasa.Matlamat ketika ini adalah penjagaan paras gula yang betui untuk tempoh masa yang panjang.

Kesimpulannya dalam kes ini walaupun pada awalnya keadaan pesakit ini kelihatan seperti tiada harapan tapi jelas dengan ilmu yang betul ,maka kaki yang di sayangi masih boleh selamatkan. Apa yang perlu di lakukan adalah mendapat khidmat nasihat dan rawatan yang betul kerana kuman bergerak sangat pantas di dalam tubuh badan manusia .

Rawatan Luka Kencing Manis Secara Sendiri Di Rumah Sebenarnya Lebih Efektif

Bagi pesakit kencing manis , ancaman jangkitan kuman adalah satu lumrah yang mesti di hadapi .Jangkitan kuman biasanya di tangani dengan pemotongan anggota yang berkenaan atau pembuangan isi isi yang di jangkiti kuman . Tetapi masalah ini tidak berakhir di sini sahaja kerana bahagian yang telah di buang akan terdedah.Jadi pada ketika ini pesakit akan melalui satu fasa yang wajib di lalui iatu fasa dressing , fasa ini adalah satu fasa penyembuhan di mana luka yang terdedah mesti di rawat supaya berlakunya penyembuhan . Penyembuhan bermaksud tumbuhnya cukup isi baru yang cukup  untuk menutupi ruang luka yang terdedah dan pesakit boleh meneruskan kehidupan biasa seperti mandi dan sebagainya.

Masalah yang timbul sekarang ialah proses dressing adalah satu proses yang mengambil jangka masa yang panjang bergantung kepada jenis luka , size luka dan bahan yang di gunakan untuk dressing.

Mengeruhkan lagi keadaan tempat untuk pesakit melakukan dressing adalah terhad di mana dressing kini hanya boleh di lakukan di hospital,klinik kesihatan,hospital swasta atau klinik swasta .Isu di sini ada Kesusahan untuk berulang alik ke facility yang menawarkan khidmat dressing ini. Pesakit yang memerlukan dressing secara harian memerlukan keluarga atau anak anak  untuk membawa mereka.Untuk anak anak yang bekerja saya yakin masalah ini sangat dapat di rasakan.

Yang kedua adalah isu masa , Queue yang panjang di klinik klinik dressing menyebabkan pembuangan masa yang amat sangat , pesakit yang datang untuk dressing biasanya menghabiskan masa seharian suntuk dari pagi hingga ke petang untuk tujuan dressing sahaja.Ini tidak termasuk  apabila pesakit juga perlu untuk datang ke klinik untuk proses follow up untuk klinik klinik perubatan yang lain.

Yang ketiga ialah isu kos pengangkutan , sehingga hari ni pesakit masih perlu untuk datang sendiri ke tempat dressing untuk proses dressing .Untuk jangka masa yang panjang atau bagi pesakit yang tinggal berjauhan beban ini buleh di rasa kan.

Isu yang keempat adalah kualiti pencucian atau dressing yang di lakukan .Tujuan dressing adalah untuk mendapatkan penyembuhan bukan sekadar melakukan tanpa matlamat .Kegagalan melakukan dressing yang betul akan meyebabkan  luka lambat sembuh dan jangkitan kuman mula merebak kembali.

Tidak kah ada penyelesaian kepada masalah yang berkaitan ini ? Sebenarnya ianya ada dan tidak susah sebenarnya .Pesakit sebenarnya boleh melakukan dressing secara sendiri di rumah , kalau tidak secara sendiri sekali pun mungkin boleh di lakukan oleh ahli keluarga pada masa yang lebih lapang sekiranya mereka bekerja.

Cuma apa yang di diperlukan di sini ialah ilmu tentang Peralatan yang di perlukan ,teknik dressing yang betul dan cara memantau keadaan luka seperti mengawasi jangkitan kuman semula atau tanda tanda lain yang berkaitan dengan jangkitan kuman. Rawatan luka di rumah adalah satu keadaan yang mana kita sentiasa skeptical dan tidak yakin ianya boleh dilakukan. Disini saya paparkan  contoh proses penyembuhan luka pesakit yang telah menjalani pemotongan ibu jari kaki . Proses  dressing di jalankan oleh ahli keluarga pesakit itu sendiri.Hasil yang di capai amat memuaskan dan sangat cepat . Inilah matlamat saya menulis artikel ini di mana kami ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa ilmu tentang perawatan luka di rumah adalah sangat relevan serta sangat menjimatkan kos malah memberikan ketenangan fikiran kepada semua pihak. Tentang peralatan ,teknik mencuci dan ilmu tentang cara memantau luka , akan saya terangkan dalam artikel saya yang berlainan secara mendalam.

www.klinikputrapenaga.com

Rawatan Luka Kencing Manis – Diary si pemotong kaki

Rawatan luka kencing manis semakin hari mendapat perhatian di dalam masyarakat kita ,perkara ini adalah kerana bertambahnya pesakit pesakit kencing manis . Ketinggian kandungan gula di dalam  makanan didalam diet  kita menyebabkan pertambahan pesakit pesakit kencing manis yang tidak ada langsung tanda tanda pengurangan nya . Di diagnose mempunyai penyakit kencing manis adalah bala pertama dalam penyakit keramat ini . Menghantui masyarakat malaysia sejak turun temurun nampaknya diabetes atau penyakit kencing manis masih di tahap yang tidak terkawal. Cuba kita lihat sebahagian besar dari kita mempunyai ibu bapa yang di sah kan mempunyai diabetes atau sekurang kurangnya kita di kelilingi oleh orang orang yang mempunyai masalah yang berpunca dari kencing manis.
Pengalaman saya selama 12 tahun bertugas di jabatan orthopedik banyak mendedah kan saya kepada penyakit yang susah di rawati ini .Semasa bertugas dahulu hampir setiap hari akan ada pesakit pesakit malang yang perlu di potong kaki kerana jangkitan kuman kencing manis. Berbagai cara menarik atau memaksa pesakit supaya hadir di pintu kecemasan hospital contohnya kaki berair membusuk , demam panas yang menggigil  dan ada kalanya ada pesakit yang menjadi khayal akibat penyebaran kuman di dalam badan yang mana asas nya tak lain dan tak bukan , penyebab nya adalah gula .
Perkataan kencing manis ini dulu dari mana datangnya perkataan ini . Ianya berasal dari pemeriksaan air kencing .Pada zaman dahulu pesakit di confirmkan mengidap diabetes dengan ujian air kencing .sekiranya kandungan gula di ketemui maka pesakit di sahkan kencing manis kerana itu.Tapi sekarang tidak lagi , ujian darah akan mengesan kehadiran gula dengan lebih cepat berbanding dengan air kencing .kalau nak diikutkan sekarang nama penyakit akan menjadi ‘penyakit darah manis’ tapi alhamdulillah tidak begitu , ngeri betul bunyinya.
Secara ringkasnya walau apapun yang kita baca di google atau di mana sahaja ,komplikasi kencing manis adalah banyak tetapi 3 organ utama yang berisiko tinggi untuk menghadapi  kerosakan  apabila kita mengidap penyakit kencing manis , iatu  mata , buah pinggang dan kaki..
Walaupun saya sudah bersara dari hospital kerajaan , rawatan luka kencing manis sentiasa berada di hati , bersama dengan professor saya iaitu prof zulmi wan yang kini bertugas di hospital princecourt kuala lumpur , kami memberikan khidmat percuma mengenai khidmat nasihat penjagaan luka dan rawatan luka kencing manis . Ini adalah sebagai sumbangan kami kepada masyarakat dan kami berharap para pesakit pesakit mendapat banyak manfaat dari usaha kami .Kepada pesakit pesakit yang jauh boleh lah whats up luka anda kepada saya di 01132459459 dan insyallah saya akan memberitahu apa yang anda patut lakukan. Usaha ini adalah kerana hari demi hari kami melihat peningkatan kes kes pemotongan jari dan kaki yang tak henti henti seperti tidak ada cara langsung untuk membendungkan.
Jika anda melihat bilik bilik dressing anda akan perasan ,pesakit yang berbaris amat banyak ,panjang dan setiap hari scenarionya adalah sama .Tidak kah perkara ini dapat di elak . Kalau pesakit dapat memandu sendiri ke bilik dressing tak apa , tapi yang tidak boleh amat menyusahkan anak anak yang bekerja ..Masa yang terbuang , penat , cari parking dan yang paling melemau kan kerenah manusia . Yang lebih menyedihkan lagi bagi pesakit yang terlantar dan tak boleh jalan ?…tak payah cakap lah.
Luka kencing manis  sebenarnya menyerang bukan sahaja physical , malah mental pesakit dan orang orang di sekeliling nya . Ya bukan mudah , tapi apapun kita sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan kerana tindakan dan keputusan yang salah akan membuatkan kita kehilangan jari atau kaki tetapi percayalah walaupun susah luka kencing manis sebenarnya buleh di ubati dan pesakit insyaallah dapat menjalani kehidupan yang lebih baik . Ikuti nota nota saya tentang luka atas pesakit yang sebenar di fb page saya Perkhidmatan Rawatan Luka .saya amat amat berharap anda dapat manfaat dari pengalaman kami yang lama bermain dalam bidang ini .insyaallah.
https://www.facebook.com/Perkhidmatan-Rawatan-Luka-729835873879535/?ref=bookmarks