Rawatan Kencing manis (Diabetes)

Dalam merawat luka kencing manis adalah penting untuk mengawal paras gula di dalam darah . Sekiranya paras yang optimum tidak tercapai adalah sukar untuk pesakit mencapai kesembuhan pada lukanya .

Penyakit kencing manis atau diabetes adalah penyakit kronik yang sukar sembuh akibat dari kelemahan sistem pankreas kita , tetapi luka kencing manis mesti sembuh kalau tidak luka yang terdedah ini akan di jangkiti kuman dan merebak.

Paras gula yang optimum bermaksud kandungan gula di dalam darah tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Terlalu rendah bermaksud bacaan kurang daripada 5mmol ..satu keadaan yang di panggil hypo atau hypoglycaemia . Terlalu tinggi bermaksud melebihi 10mmol hingga menjadi belasan atau puluhan mmol atau terlalu tinggi hingga tidak dapat di baca oleh alat .

Untuk pesakit yang telah di sahkan mengidap kencing manis , memadailah sekiranya bacaan gula boleh di kawal sekitar 5- 10 mmol.

Paras gula yang tidak stabil boleh menyebabkan kesan yang segera ataupun kesan masa panjang .

Kesan segera bila kepekatan darah terlalu tinggi di dalam dalam darah boleh menyebabkan pesakit terpaksa di heret ke hospital  sebagai contoh  Diabetic ketoacidosis satu keadaan yang sangat merbahaya sehingga pesakit boleh tidak sedarkan diri malah fungsi normal badan tidak lagi terkawal .

Kesan jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan pada mata , buah pinggang dan kaki atau bahagian organ yang lain . Bagi kami yang merawat luka kencing manis ..sekiranya paras optimum gula tidak tercapai pesakit mungkin akan mendapat serangan semula pada kaki.

Pengawalan paras gula dalam darah adalah dengan menggunakan ubat ubatan moden dan ubat tradisional .

Ubat ubatan moden atau ubat hospital adalah seperti metformin ,glicazide ,jardiance ,glucovance, insulin dan banyak lagi..

Ubat tradisional pulak kenapa ?  Kerana bukan semua ubat moden yang berkesan kepada pesakit ..,Ada pesakit pesakit yang telah mengambil ubat moden tetapi masih lagi tidak dapat mengawal paras gula .Lebih lebih lagi ubat ubat moden ini mempunyai kesan kesan sampingan .

Dalam rawatan kami sebagai contohnya penggunaan madu adalah sumber utama perubatan untuk perawatan luka dan kawalan gula dalam darah .Penggunaan madu di sini adalah sebagai tambahan kepada ubat ubatan yang sedia ada pada pesakit melainkan ubat ubat yang amalkan oleh pesakit tidak berkesan disini senarai ubatan baru akan di cadangkan .

Kombinasi ubatan moden dan tradisional ini adalah ikhtiar kita juga kerana keadaan kesihatan pesakit adalah tidak sama . Dan usaha kita mesti memohon juga kepada Allah agar usaha kita untuk mengawal paras gula ini berjaya  .Dan kenyakinan kita bukanlah pada ubat tetapi kita mesti ikhtiar apa yang ada di sekeliling kita .

Saya lihat dalam pasaran terdapat beribu ribu jenis ubat kencing manis .Hendak lah kita faham bahawa ubat yang berkesan untuk orang lain belum tentu berkesan kepada kita . Dan jangan pandang rendah kepada ubat ubat tradisional kerana banyak jugak pesakit terkawal paras gulanya , sehingga ada yang boleh meninggalkan ubat ubatan moden ..Sekali lagi saya ulangi ,bukan satu ubat sama untuk semua orang . Dan ubat ubatan tradisional yang diperolehi secara semula jadi seperti madu adalah rendah kandungan bahan pengawet nya .Bahan pengawet ini sangat lah tidak baik untuk kesihatan badan.

Terlalu bergantung kepada ubat ubatan moden juga tidak bagus , lihat pada penyakit covid sekarang walaupun doktor sendiri ada yang meninggal , tapi ikhtiar itu tetap ikthtiar dan kita mesti cari jalan penyelesaian . Tawakkal sahaja tanpa berusaha pun tak boleh jugak.

Akhir sekali rawatan kencing manis sentiasa menjadi cabaran kepada pesakit pesakit kencing manis juga kepada pengamal pengamal perubatan .Harapan kami sekiranya terjumpa apa apa penawar kencing manis ini dapatlah kita berkongsi bersama sama supaya dapat memberi manfaat kepada semua .

Sekira anda risau paras gula anda masih tidak terkawal setelah mencuba berbagai kaedah , boleh lah w up kepada kami di no 0194718455 untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma mengenai rawatan kencing manis. Sedikit ilmu dan pengalaman yang ada insy .kita kongsikan bersama. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *