Mengenai Air Pencuci Luka untuk luka kencing manis

 

Air pencuci luka dan kesannya kepada penyembuhan luka kencing manis.

Dalam merawat luka kencing manis , dressing adalah salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi penyembuhan luka .Terdapat bermacam macam jenis air pencuci luka di dalam pasaran sehinggakan kita tidak tahu mana satu yang patut di beli .

Selalunya jalan yang mudah pesakit mungkin bertanya misi bertugas di bilik dressing kebanyakannya akan cakap beli dermacyn .

Ataupun bertanya pada kawan rakan atau sanak saudara …Yang ini jawapannya banyak dan berbagai …….testimoni sini, testimoni sana.

Sebenarnya air pencuci ni banyak jenis dan luka kencing manis juga berbeza beza .

Bukan semua luka kencing manis adalah sama .Dan bukan semua air pencuci luka sesuai untuk semua jenis luka.

Dan yang pastinya ubat cuci yang di pakai oleh orang lain belum tentu sesuai dengan kita.

Secara amnya terdapat beberapa jenis luka yang biasa kita ketemui dalam merawat kencing manis .

1)luka yang kering

luka yang kering sering kita jumpa pada kaki pesakit yang mengalami jangkitan kuman serta gangguan perjalanan darah pada masa yang sama .

Luka seperti ini pucat warnanya dan kurang kehadiran pertumbuhan isi yang baru . Biasanya di penuhi lapisan isi mati yang berwarna kuning yang di kenali sebagai slough.

2)luka yang lembab

luka yang lembab ini adalah jenis luka yang mengeluarkan cecair . biasanya terjadi pada kaki pesakit yang jenis membengkak , luka jenis ini cepat sembuh tetapi yang penting sebarang sel sel mati atau isi mati mesti di keluarkan .

3) Luka yang menghijau atau luka pseudomonas

Luka jenis ini berwarna seakan akan kehijauan .Yang peliknya luka ini kurang berbaik dan dalam banyak kes boleh berbau wangi kemanisan .Pseudomonas adalah sejenis organisma yang menghinggap pada luka luka pesakit .Kuman pseudomonas ini biasanya terdapat pada alat alat yang tidak di cuci dengan betul .

kuman hijau tidak bagus kerana ianya mengganggu pertumbuhan isi dan ianya mesti di hilangkan untuk mencapai kesembuhan .

Di klinik saya menggunakan kombinasi air pencuci luka moden dan setelah di cuci , permukaan luka di sapu dengan madu asli . Alhamdulillah buat masa ini kami dapat membantu ramai pesakit dengan formula yang sama .

sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai luka kencing manis boleh hubungi kami di 045750032 atau hantar kan gambar luka anda melalui whats up di 01164376339 (whats up saja na).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *