Hati hati semasa memijak

Luka kencing manis di bahagian tapak

Luka di bahagian kaki amatlah biasa bagi pesakit2 kencing manis kerana gangguan saraf .Gangguan saraf ini menyebabkan pesakit merasakan kebas sehingga tidak merasakan apa yang di pijak walaupun ke atas benda benda yang keras atau tajam.

Apabila berlaku demikian kuman boleh masuk ke dalam isi dan menyebabkan jangkitan .

Jangkitan di bahagian tapak mampu membawa kerosakan hingga membawa kepada pemotongan kaki .

Dari pengalaman saya , ada kes yang pesakit benar benar tidak sedar berlaku sesuatu di sana , satu keadaan lagi pesakit sedar tetapi hanya membiarkan dan berharap ianya tidak berlaku apa apa yg mudarat. Tidak kurang yang menyembunyikan dari pengetahuan anak anak kerana takut di bawa ke hospital.

Selalunya keadaan mula menjadi kecoh bila pesakit mula demam kadang kadang sehingga menggigil di ikuti kaki yang panas dan merah.

Panas dan merah ini menunjukkan jangkitan baru bermula dan tindakan yang pantas perlu di ambil segera .Segera bermaksud rawatan antibiotik dan ubat ubatan yang sepatutnya.

Kalau di tanya ubat makan saja cukup ka Dr?

Jawapannya merawat untuk mengawal jangkitan ..sekiranya jangkitan tidak dapat di kawal melalui ubat makan , rawatan perlu di tukar kepada pemberian antibiotik melalui drip.

Ubat makan biasanya berkesan sekiranya jangkitan masih di peringkat awal tetapi bila berlarutan biasanya sudah tidak efektif.

Bahagian kecederaan yang di biarkankan lama ini biasanya akan menjadi hitam dan mengeluarkan bau yang busuk . Lebih lebih lagi di bahagian tapak apabila terus di pijak di atasnya akan mempercepatkan lagi kematian isi .

Keadaan boleh menjadi lebih serius bila di biarkan basah seperti bila mandi kerana air basuhan mempunyai mempunyai kotoran yang boleh memasuki luka.

Kematian isi ini menjadi tempat berkumpulnya kuman dan menyebabkan kepekatan kuman bertambah tinggi di dalam badan , serta menyebabkan kuman mudah merebak.

Di sini saya ingin menekan kan bahawa amatlah penting untuk menjaga keselamatan tapak kaki apabila ada mengidap kencing manis lebih lebih lagi jika sudah mempunyai rasa kebas kebas pada tapak kaki .

Boleh memakai kasut yang boleh memelihara keselamatan tapak ..satu untuk di luar rumah dan satu untuk di dalam rumah .

Sekiranya ternampak sesuatu yang mencurigakan boleh khabarkan segera kepada ahli keluarga untuk tindakan lanjut.

LANGKAH PERTAMA dalam jangkitan kuman ialah mengawal jangkitan dari pergi jauh dan merebak.

Kepekatan gula yang tinggi jugak membantu mempercepatkan proses merebak ini .Oleh itu kawalan gula adalah penting pada ketika ini .

Pertanyaan.boleh hubungi 011 6437 6339 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *