Ada kah minyak zaitun membantu dalam penyembuhan Luka

Hari ini saya ingin sedikit mengenai kegunaan minyak zaitun dalam pesakit pesakit yang mengalami luka kencing manis . Luka kencing manis adalah satu masalah kesihatan yang amat sukar untuk sembuh .

Kadang kadang saya mula terfikir adakah minyak zaitun yang di nyatakan dalam al quran mungkin boleh membantu pesakit pesakit saya dalam mencapai kesembuhan.

Saya sentiasa berfikikiran setiap penyelesaian itu mesti ada jawapan nya dalam ugama . Sering saya membaca dalam kitab kitab kitab lama sekiranya masalah luka kencing manis ini pernah wujud pada zaman sahabat sahabat nabi dahulu , ternyata tidak ada langsung sebarang kisah yang tercatat mengenai sahabat sahabat rasulullah yang mengalami luka kencing manis.Untuk penyakit penyakit lain ada kita boleh terjumpa kisah kisah penyakit contohnya nabi ayub mengalami sakit yang lama . atau pun penyakit sawan seperti ada yang di alami oleh seorang wanita pada zaman nabi . ataupun penyakit cholera yang berlaku pada zaman saidina umar…..

Tapi yang luka kencing manis ni tak jumpa jugak…

Saya mula terfikir adakah sebab pemakanan yang baik menyebabkan mereka tidak terdedah kepada masalah ini.. adakah tak ada langsung penyakit kencing manis pada zaman nabi . Sedangkan banyak makan orang arab memang manis manis ..

Di sini saya mula terfikir , mungkin minyak zaitun lah rahsianya , kerana minyak zaitun adalah makanan asas mereka . Maka saya pun mula menggunakan minyak zaitun pada pesakit pesakit saya . Saya menyuruh mereka makan dan pada masa yang sama saya gunakan untuk luka mereka juga..

Jenis minyak zaitun jugak saya tak tetap kan untuk jenama yang tertentu .Pesakit saya bebas membeli

apa apa brand yg mereka suka. Dan yang penting sekali , bukan membeli dari saya kalau beli dari saya tak betul la tu , tak aci la..Pesakit saya ada yang beli yang murah . ada yang beli yang mahal . Mereka beli yang mahal sebab berpendapat yang mahal tu original..  Betul ka macam tu..

Yang murah tu dalam harga dalam 20 – 50 ringgit dan yang mahal tu boleh jadi beratus ratus ringgit ..Nak tahu original atau tidak tu pun susah jugak , kena orang expert baru tahu..

Tapi yang penting tu adalah kesan pada penyembuhan luka ..yang tu yang saya nak tahu sangat .

Pesakit saya ada yang komplain kata rasa tak sedap , rasa payau kalau minum terus..di sini saya cadang kan supaya mereka campur dalam minuman masa minuman , tak kisah lah minuman apa contohnya teh , milo  , kopi pun boleh ..campurkan dalam 2-3 sudu besar dan minum…dan cuba istiqamah selama sebulan . Yang penting mesti di amalkan setiap hari sekurang kurangnya sekali sehari..

Bagi saya pula sebagai dr yang merawat pula nak tengok apa…? . Ya . saya nak tengok adakah minyak zaitun boleh melancarkan semula perjalanan darah.

Kalau mengikut kajian dari kes study di barat ..minyak zaitun mampu merendahkan kandungan cholestrol dalam darah . Ini bermakna minyak zaitun mampu mencuci salur darah kita . Dalam kes pesakit kencing manis pula , perjalanan darah terganggu di sebabkan kekotoran di dalam salur darah ..ini menyebabkan luka tidak dapat sembuh kerana darah tidak sampai atau kurang supply ke tempat luka ..  Jadi harapan saya minyak zaitun dapat membantu pesakit pesakit saya ..

Dalam article kali ni saya hanya memberikan contoh apa yang berlaku pada luka dalam masa seminggu setelah mula mengamalkan minyak zaitun .

Suka saya ingatkan sekali lagi bahawa saya bukanlah penjual minyak zaitun tetapi hanya berkongsi pengalaman penggunaan minyak zaitun pada pesakit .Semoga kita semua dapat manfaat dari sunnah yang besar ini.

Nampak dak mula berlaku pendarahan dalam masa seminggu sahaja pesakit mula mengamalkan makan minyak zaitun . Kes ini masih dalam rawatan cuma saya sangat teruja untuk berkongsi pengalaman dalam menggunakan minyak zaitun .Saya berharap agar pesakit pesakit boleh mendapat manfaat dari pengalaman ini . Kalau ada apa apa pertanyaan mengenai masalah luka boleh w up dan tanya saya insy dengan pengalaman yg ada boleh sama sama kita bantu membantu.

Insyaallah.

boleh hantar gambar luka anda kepada kami sekiranya ada pertanyaan 0194718455( w up sahaja).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *