Kalau kena jangkitan kuman jangan biar terlalu lama


Hari ini saya terdetik untuk menulis mengenai keadaan bila di jangkiti kuman kencing manis pada kaki .Terlebih dahulu apakah tanda tanda yang di katakan sedang dijangkiti kuman ?
Antara tanda tanda yang nyata adalah pesakit biasanya mengalami demam panas biasanya sehingga menggigil  atau
terasa bahagian kaki seperti panas berbanding dengan bahagian lain  atau
atau kelihatan bahagian kaki yang mula kemerah merahan berbanding dengan bahagian kaki yang lain atau
terdapatnya nanah atau bau busuk yang sangat ketara ..
Semua keadaan ini menunjukkan anda berada dalam fasa serangan .
Jangan lupa untuk memeriksa paras gula anda sama ada secara sendiri atau di farmasi pada ketika ini kerana selalunya paras gula adalah tinggi semasa jangkitan .
Apa perlu buat dalam keadaan ini ?
sebaiknya mendapatkan rawatan segera  bukannya mencuba cuba untuk merawat sendiri kerana kegagalan mengambil tindakan yang betul akan menyebabkan anda kehilangan bahagian kaki .
Serangan kencing manis pada kaki biasanya kalau di bahagian jari boleh menyebabkan pemotongan jari , manakala bila mula menghinggapi kaki boleh menyebabkan pemotongan pada aras bawah lutut , atau atas lutut atau pangkal paha .
Pada kebanyakan kes luka kencing manis yang saya lihat di klinik kebanyakannya bermula sedikit sahaja tetapi kemudiannya merebak sehingga tahap yang tidak terkawal di sebabkan oleh penangguhan tindakan oleh pesakit atau keluarga yang menjaga pesakit .
Ianya amat menyedihkan kerana luka kencing manis adalah satu keadaan yang dapat di elakkan sekira kita bertindak cepat.
sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai luka kencing manis boleh hubungi kami di 045750032 atau hantar kan gambar luka anda melalui whats up di 01164376339 (whats up saja na , )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *