Luka kencing manis adalah satu pengalaman yang sangat menakutkan .Seringkali pesakit kencing manis berprasangka bahawa sekiranya berlaku jangkitan kuman pada kaki maka akan tamatlah riwayat kaki mereka.
Ingin saya kongsikan bersama satu kes yang lebih membimbangkan iaitu apabila pesakit kencing manis terlibat dengan kemalangan dan mengalami luka di bahagian kaki.
Pesakit seorang pengusaha kuih muih , mula mendapat rawatan kencing manis sejak 2 tahun yang lepas .Terlibat dengan kemalangan jalanraya dan mendapat rawatan awal di hospital .Pesakit mula mencari alternatif baru apabila luka di kakinya mula berbau dan nampak hitam.Tidak berpuas hati dengan perkembangan luka yang sedia ada , pesakit memohon untuk mendapatkan pandangan kedua dari pihak swasta. Kesilapan di sini ialah luka yang tidak sepatutnya di tutup , telah pun di tutup di mana saki baki kuman akibat kemalangan tidak dapat keluar dan merebak dari dalam.
Tindakan pertama ialah membuang kulit mati .Pada tahap ini kelihatan benda putih yang di kenali sebagai tendon sudah terdedah .Isi isi mati yang ada di buang sedikit demi sedikit.Pada ketika yang sama pesakit juga di bekalkan dengan antibiotik .Proses membuang isi mati ini di lakukan secara sedar di mana bius di berikan pada tempat yang di perlukan sahaja.Masaalah ketika ini adalah pesakit merasakan amat sensitif kerana bahagian ini sebelumnya berada di bawah kulit.
Pada tahap ini kelihatan luka secara keseluruhannya semakin merah merahan dengan pertumbuhan isi yang baru .Ini adalah petanda baik dalam penjagaan luka ..keadaan ini tidak dapat di capai melainkan pesakit telah mencapai keadaan ini
1.penjagaan paras gula yang baik.
2.Penggunaaan antibiotik yang betul.
3.Cara pencucian luka yang betul.
I
2 gambar terakhir ini menunjukkan pesakit telah sembuh hampir 90% dan kini menjalani kehidupan seperti biasa.Matlamat ketika ini adalah penjagaan paras gula yang betui untuk tempoh masa yang panjang.
Kesimpulannya dalam kes ini walaupun pada awalnya keadaan pesakit ini kelihatan seperti tiada harapan tapi jelas dengan ilmu yang betul ,maka kaki yang di sayangi masih boleh selamatkan. Apa yang perlu di lakukan adalah mendapat khidmat nasihat dan rawatan yang betul kerana kuman bergerak sangat pantas di dalam tubuh badan manusia .
Sebarang pertanyaan boleh hantarkan gambar luka ke 01164376339