Pesanan untuk pesakit yang mempunyai luka kencing manis sepanjang krisis covid-19

Pada ketika ini kita di kejutkan dengan wabak covid-19 yang sedikit sebanyak mengubah hala kehidupan kita . Walau apapun begitu bagi pesakit pesakit kencing manis , ada yang sedang bertarung dengan kuman atau pun mereka yang dalam proses pertumbuhan isi .Kawalan pergerakan dan penjarakan sosial  sedikit sebanyak mengganggu pesakit pesakit yang tidak dapat melakukan dressing di rumah .Kesukaran bukan sahaja kepada pesakit , malah pada ahli keluarga yang terpaksa membawa mereka berulang alik ke tempat dressing . Malah kekurangan tempat dressing akan menyebabkan tempat yang sedia ada tertumpu dimana menyebabkan kesesakan yang memburukan keadaan.

Di sini apa yang penting untuk di fikirkan oleh pihak yang merawat ialah supaya menyediakan keadaan luka yang bersih dari isi isi mati supaya proses dressing itu nanti menjadi mudah.

Sekiranya pesakit menjalani proses pembedahan pembuangan isi tidak sihat (wound debridement) atau pembuangan jari ( ray’s amputation ) maka proses ini mesti di lakukan dengan sempurna supaya tidak ada isi isi mati yang tertinggal .Proses ini adalah penting kerana ia mengelakkan pembedahan yang berulang kali lebih lebih lagi di ketika kita sedang memerangi covid 19 ini kerana dewan pembedahan tentu mempunyai lambakan kes.

Secara idealnya pesakit pesakit kencing manis yang mempunyai luka di kaki berupaya mencuci luka dengan teknik yang betul . Tetapi sekiranya pesakit sukar untuk atau tidak mampu untuk melakukan sendiri makan tugas ini perlu di lakukan oleh ahli keluarga . Apa yang penting dalam proses dressing ini adalah menjaga sterility ataupun nyah kuman .Sterility adalah satu konsep di mana proses dressing di lakukan dalam keadaan yang tidak terdapat sebarang kuman .Ini adalah untuk mengelakkan kuman daripada masuk kedalam luka dan meyebabkan jangkitan. Alat alat yang di nyah kuman di katakan sebagai sterile .Terdapat dalam pasaran set pencucian luka yang sterile untuk kemudahan pengguna.

Sarung tangan juga kita perlu dapat kan yang sterile. Adalah penting kita tidak menyentuh barang barang di sekeliling kita tanpa sebab kerana ia meyebabkan peralatan menjadi tidak sterile.

Semasa mencuci luka di rumah  , pertama kita perlu mendapatkan air pencuci luka  terdapat  bermacam macam jenis air pencuci yang terdapat di dalam pasaran tetapi yang agak glamour dan mudah di dapati saya lihat adalah dari jenama dermacyn  .Sebenarnya terdapat banyak jenis air pencuci luka yang kita boleh gunakan tetapi ianya adalah berdasarkan keadaan luka  kita ..ada jenis pencuci luka yang dinamakan modern dressing di mana berbagai jenis bahan kimia di gunakan untuk membantu penyembuhan luka sebagai contohnya Ag atau argentum . Manakala ada jenis dressing yang di cipta untuk melembabkan luka untuk luka yang cepat kering , dressing jenis ini kebanyakannya menggunakan rumpai laut sebagai asasnya. Ataupun ada jenis dressing yang tidak perlu di buka setiap hari yang mana ia menggunakan konsep auto debridement dimana sel sel tisu mati di buang dengan sendirinya  sebagai contoh polymem dressing . Ataupun air yang mempunyai kepekatan oksigen yang tinggi seperti hydrocyn .Semua ini mensasarkan jenis jenis luka yang tertentu  .

Bagi saya yang telah lama merawat luka kencing manis , apa yang saya lihat faktor kos menyebabkan pilihan air pencuci yang baik menjadi terbatas  . Kami di sini menggunakan madu asli sebagai perawat luka kencing manis . Cabarannya di sini adalah untuk mendapatkan madu yang asli yang di proses dalam keadaan yang bersih walaupun untuk mencapai tahap pemprosesan yang sterile atau nyah kuman adalah mustahil sama sekali . Saya sendiri menjelajah tanah air untuk mencari madu yang sesuai untuk perawatan luka tetapi malang nya saya dapati proses penyimpanan madu tidak sampai ke tahap yang di perlukan dalam perubatan.Proses penyediaan mesti menitik beratkan faktor sterility atau nyah kuman walaupun madu itu asli sekalipun, Ini adalah kerana luka adalah bahagian badan yang sentiasa terdedah dimana ianya mudah di masuki kuman..Pada ketika ini kami banyak menggunakan madu asli untuk perawatan luka , alhamdulillah saya berjaya menemui madu asli yang di percayai , madu tersebut telah pun saya guna ke atas luka pesakit dan hasilnya sangat memuaskan . Madu asli mempunyai kandungan hydrogen peroxide yang membantu pengosigenan luka dan pembuangan nanah dan isi mati. Struktur madu secara molekunya adalah sangat kecil berbanding dengan sel sel tisu bacteria menyebabkan bacteria tidak dapat hidup dengan kehadiran madu .Keadaan ini di namakan hyperosmolarity di mana sel tissue bakteria di hancurkan secara osmosis .

Bagi pesakit yang sudah di discharge ke rumah , adalah amat penting untuk memahami keadaan ini iaitu luka di kaki bukan sembuh sebab menggunakan air cuci yang terbaik tetapi luka yang sembuh adalah kerana badan pesakit sudah berjaya mengharungi beberapa kedaan .

1 ) iaitu perut tidak lagi kosong dan berangin kerana keadaan ini amat penting dalam proses penyerapan ubat di dalam perut.

2 ) Kesembuhan memerlukan makanan yang berkhasiat tinggi ,kerana badan memerlukan segala khasiat makanan yang ada untuk melawan kuman dan untuk pertumbuhan isi baru . Pemakanan yang mempunyai khasiat protein yang tinggi adalah sangat penting untuk pertumbuhan isi . Bahan makanan yang mempunyai kandungan sum sum tulang seperti sup daging dan sup ayam adalah sangat baik untuk pertumbuhan isi .

Pesakit kencing manis biasanya mempunyai komplikasi kencing manis yang lain seperti penyakit buah pinggang  dan gangguan perjalanan darah . Pesakit kencing manis yang mempunyai komplikasi buah pinggang biasanya mempunyai paras darah merah atau haemoglobin yang rendah .Bagi mereka ini ubat ubat sokongan seperti  recormon di gunakan untuk meninggikan paras haemoglobin .

Untuk mengakhiri artikle ini , saya harap siapa saja yang membaca artikle ini agar memahami bahawa penyembuhan luka kencing manis tidak tertumpu kepada kaki sahaja . Bukan dengan menggunakan air cuci yang mahal yang meyembuhkan kaki .Apa yang penting adalah kesihatan keseluruhan perlu di titik beratkan terutama sekali pada bab pemakanan . Tidak di nafikan bahawa kaedah cuci yang betul mesti di praktikkan tetapi kesihatan keseluruhan itu yang lebih penting di titik berat kan.
Untuk pertanyaan boleh hantar gambar luka anda secara whats up di 01164376339 (whats up saja na).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *