TIPS PEMANTAUAN KAKI SELEPAS MENGHADAPI SERANGAN KUMAN ATAU PERUBAHAN PADA KAKI PESAKIT KENCING MANIS

Salam , hari ini saya terdetik untuk menulis sedikit tentang bagaimana kita memantau keadaan kaki pesakit kencing manis selepas serangan.Saya berharap sedikit sebanyak pengalaman saya dalam bidang ini dapat memberi manfaat kepada semua insyaallah.

Ok .biasanya pesakit akan mendapatkan rawatan kaki hanya apabila terdapat serangan kuman pada kaki.

.Jarang pesakit secara bersahaja akan pergi ke klinik atau mana mana fasility jika tidak berlaku apa apa. Untuk kita fahami bersama , serangan kuman atau sebarang kesan buruk yang berlaku pada kaki adalah di sebabkan satu proses yang panjang yang berlaku di sebabkan oleh gangguan saraf atau gangguan pada perjalanan darah pada kaki pesakit..

Apabila terdapat serangan kuman seperti kaki membengkak atau jari membengak atau menjadi hitam atau di sertai dengan rasa sakit yg lebih atau demam pesakit akan menjadi panik dan mula dan segera untuk mendapatkan rawatan .

Untuk Dr yang melihat pesakit pula , sekiranya kesan jangkitan adalah sedikit , pesakit mungkin boleh di rawat dengan antibiotik , tetapi jika keadaan lebih serius dan ada kemungkinan merebak , biasanya pesakit akan di rujuk kepada hospital untuk antibiotik atau pembedahan ..

Pembedahan yang melibatkan kaki pesakit kencing manis biasanya seperti pembuangan isi mati tanpa pemotongan , pemotongan jari atau pemotongan kaki .

Selepas pembedahan biasanya pesakit akan menjalani proses dressing sehingga sembuh ..

ini scenario yang biasa kita lihat..

Untuk makluman kita bersama dari pengalaman saya walaupun pesakit sudah menjalani pembedahan atau pemotongan , masalah ini tidak berhenti di sini sahaja..,Terdapat pesakit yang lukanya tidak sembuh selepas operate atau lambat sembuh sehingga memerlukan pembedahan lagi ..atau terdapat juga pesakit yang mengalami serangan semula selepas beberapa lama..

Kenapa ini berlaku ? ini adalah kerana perubahan pada kaki berlaku akibat kesan yang sudah berlaku untuk masa yang panjang . Ini adalah di sebabkan kesan penyakit atau gula yang menyebabkan kesan buruk pada kaki .Apa yang saya nak sampaikan ialah walaupun luka sudah sembuh , pesakit masih memerlukan pemantauan untuk mengelakkan kemungkinan yang buruk seperti pemotongan pada masa hadapan..

Gangguan perjalanan darah merupakan asas kepada permasalahan ini .Kenaikan paras gula memberi kesan kepada struktur di dalam pembuluh darah .Semasa pesakit masih di peringkat umur yang muda masalah tidaklah begitu ketara atau memberi kesan , tetapi untuk jangka panjang kesannya sangatlah merumitkan terutama sekali dalam proses penyembuhan.

Kenapa pada umur muda masalah ini tidak ketara ? Ini adalah kerana untuk perjalanan darah yang lancar di dalam badan , ia memerlukan jantung yang sihat yang bertindak sebagai pam dan salur darah yang bersih , kalau kita ringkaskan kan lagi untuk pemahaman ringkas ibarat sekiranya kita memerlukan pengaliran darah yang baik dan lancar, kita memerlukan satu sistem yg mempunyai pam yang kuat serta paip pengairan yang bersih .

Dalam perjalanan kehidupan seseorang, pemakanan akan menyebabkan pengumpulan bahan bahan yang tidak di kehendaki di dalam saluran darah , antara bahan bahan ini yang selalu kita dengari adalah seperti gula dan cholestrol , sebenarnya banyak lagi bahan bahan yang boleh terkumpul di dalam salur darah ini yang kemudiannya boleh membawa kepada masalah kesihatan di kemudian hari .Pada usia yang muda pengumpulan bahan bahan ini biasanya di peringkat yang sedikit dan tidak terlalu menggangu , di tambah pula dengan keadaan jantung yang kuat semasa muda , bolehlah dikatakan pegaliran ini masih lancar ..tetapi dengan pertambahan usia keadaan jantung yang mula lemah serta salur darah yang mula terkumpul dengan bahan bahan tak perlu ; akan mula memberikan kesan dan masalah., Ada artikle saya sebelum ini menitik berat kan supaya kita semua supaya mengamalkan brisk walk atau berjalan selama setengah jam paling kurang setiap pagi untuk mengekalkan kesihatan jantung yang sihat…

Dari segi theory penyakit kencing manis akan menyebabkan gangguan pada saraf dan salur darah ..tetapi bila di teliti dari research , kerosakan saraf ini juga berpunca dari gangguan salur darah kepada urat saraf ,pendek cerita gangguan perjalanan darah inilah yang menjadi punca kepada semua permasalahan.

Kedudukan kaki yang jauh dari jantung didapati memberi kesan yang mendalam apabila terdapat gangguan perjalanan darah .Ini dapat kita lihat dimana kebanyakan kes kes pemotongan adalah lebih kepada anggota kaki berbanding kepada kepada anggota tangan..Secara umumnya kita berfikiran bahawa kumanlah yang menjadi punca kepada pemotongan , memang betul tapi bukan kuman semata mata tetapi ia juga berpunca kuman ini menyerang kepada bahagian anggota yang lemah yang telah terganggu pengaliran darah nya..sistem pengaliran daran yang baik membantu badan menjadi benteng kepada kuman , tetapi apabila ianya sudah menjadi lemah , pasti ianya sudah mudah untuk di tembusi ..Ini di buktikan dimana luka yang kecil dikaki pesakit kencing manis sudah cukup untuk membawa kepada keadaan yang menakutkan.

Jadi dua agen utama yang boleh mengancam kaki pesakit kencing manis adalah gangguan perjalanan darah dan kuman.. sekiranya ada ruang bacalah mengenai wet gangrene yang puncanya lebih kepada kuman dan dry gangrene yang mana puncanya lebih kepada gangguan darah yang tidak sampai ke jari.

Pemahaman ini penting kerana banyak keadaan pesakit berfikiran selepas pemotongan , masalah sudah selesai dan tiada apa perlu di fikirkan , sedangkan secara realitinya tidak begitu . Banyak keadaan pesakit terpaksa mengulangi pembedahan yang berulang kali di sebabkan luka tidak sembuh ..Dan luka tidak sembuh ini adalah satu masalah yang sangat rumit sekiranya masalah ini tidak di tangani dari awal..

Satu perkara yang selalu pesakit patut berwaspada sekiranya anda pernah mengalami serangan adalah perlu untuk berwaspada dari berlaku serangan yang berikutnya. Adalah penting sekiranya berlaku kecederaan atau luka kecil ,keadaan ini mesti di awasi dengan rapi .Pemakanan ubat ubatan yang betul dan kawalan gula dengan konsisten amat penting .Amalkan berjalan kaki di waktu pagi supaya dapat mengekalkan kesihatan jantung yang baik.

Di sini saya tidak menerangkan tanda tanda awal pada kaki akibat kencing manis tetapi ada saya telah tulis pada artikle yang lain. Sehingga hari ini secara amnya masih terdapat kes kes pemotongan setiap hari dimana mana hospital .Saya berharap penulisan seperti ini dapat memberi awareness kepada pesakit pesakit kencing manis.Saya rasa sebagai pengamal perubatan sekiranya kita gagal mendidik masyarakat , kes kes pemotongan kaki atau jari ini pasti tidak akan berkurang…Tetapi sekiranya ada terdapat apa apa pertanyaan mengenai luka , bolehlah hantarkan gambar luka kepada saya secara whats up di 01164376339 ,insyallah ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *