Kadang kadang kita mungkin memandang rendah terhadap institusi kerajaan yang meliputi hospital hospital kerajaan , klinik kesihatan atau klinik satu malaysia .Berita berita yang menjadi paparan akhbar tentang kecuaian hospital atau apa apa kekurangan hospital kerajaan kadang kadang atau seolah olah memupuk satu sikap seperti tidak menghargai apa yang sebenarnya sudah ada di sekeliling kita. Tidak di nafikan kadang kadang kita di hidangkan dengan kisah kisah kecuaian atau kekurangan yang berkaitan dengan hospital hospital kerajaan tetapi hendaklah kita fahami bahawa sebenarnya kita mempunyai institusi kesihatan yang sangat baik berbanding dengan negara negara lain. Ianya ibarat ibu bapa yang penuh kekurangan tetapi senantiasa sedia membantu apabila anak anak dalam kesusahan.
Taraf hidup rakyat yang kebanyakannya makan gaji agak terlalu angkuh untuk menyatakan bahawa kita langsung tidak memerlukan hospital kerajaan.Memang buat ketika ini wujud pusat pusat perubatan swasta ,tetapi ianya bukanlah satu pilihan yang asing tetapi hanyalah pelengkap kepada institusi kesihatan yang sedia ada.Kos perubatan di sektor swasta yang tinggi tidak boleh di persalahkan kerana sasaran market mereka bukanlah untuk semua lapisan masyarakat.Di sini perkhidmatan adalah berdasarkan insuran perubatan atau di sasarkan kepada golongan yang mempunyai kewangan yang kukuh. Dan mesti dingatkan bahawa rawatan di hospital swasta selalunya berdasarkan insurance coverage di mana kadang kadang pesakit akan balik ke hospital kerajaan juga bila tahap kewangan tidak mengizinkan.
Klinik klinik kesihatan yang merawat pesakit secara pesakit luar untuk penyakit penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya adalah sangat relevant kepada masyarakat dimana ubat ubatan yang di perlukan adalah untuk seumur hidup, cuba bayangkan sekiranya anda perlu membayar sendiri kos perubatan untuk ubat ubat ini seumur hidup sedikit sebanyak mesti akan terasa bebannya.
Klinik klinik swasta yang wujud juga masih bukan alternatif malah sebagai pelengkap kepada institusi kesihatan yang sedia ada sebagai contoh sekiranya berlaku kemalangan teruk ,kemana kah pesakit itu akan di bawa ? semestinya ke hospital yang terdekat. Ini adalah kerana facility yang terdapat di sektor swasta , masih tidak dapat menandingi kemudahan yang terdapat di hospital hospital kerajaan kerana kos infrastrukturnya adalah sangat tinggi.
Akhir sekali sebagai penutup suka saya nyatakan di sini haruslah kita bersyukur dengan tahap pekhidmatan yang sudah kita kecapi hingga hari ni ,walaupun banyak kekurangan pada kaca mata kita tapi percayalah kita tidak tahu mungkin satu hari kita masih memerlukan institusi kesihatan kerajaan. jangan lah sebarang fahaman politik yang berbeda ,sisitem yang sedia ada ini di kecam dan di pandang tidak bernilai,
Antara hospital hospital yang saya pernah bertugas sepanjang pengalaman saya selama 12 tahun dengan kerajaan.