Hari ini saya kongsikan satu penyakit yang sering juga menyerang pesakit pesakit kencing manis.Tapi kali ini yang kena serangan itu adalalah emak saya sendiri .Ia bermula dengan gatai pada kaki yg keterlaluan sehingga mak terpaksa menggunakan kuku untuk menggaru .keadaan ini berterusan sehingga 3-4 hari sehinggalah emak tiba tiba demam menggigil …pada masa yg sama kaki kelihatan bengkak ,panas dan merah menyala seperti chili.Bukan itu saja malah mak terasa lemah lesu , tidak lalu makan serta perut yang berangjn.Demam panas ini pula di sertai keadaan yg seperti meracau setiap malam .keadaan mak yg sangat lesu memang sangat mudah mengalami halusinasi.Sebagai anak apabila melihat keadaan ini sudah tentu mahu membawa org tua ke hospital malangnya mak saya tidak mahu.Kerana hilang selera makan mak mula muntah kerana kerana merasakan perut mula berangin.sukar bukan.?
Penyakit cellulitis ini paling baik adalah di rawat di hosp secara drip antibiotik.biasanya jika pilihan antibiotik itu betul , keadaan kaki yg merah dan panas itu akan kurang. Ini biasanya mengambil masa 4-5 hari untuk pemberian antibiotik melalui drip.
Tetapi sekiranya ibu bapa anda seperti saya juga iaitu sangat takut untuk pergi ke hospital , cara penyembuhan adalah menggunakan ubat makan dan suntikan antibiotik kedalam isi.Penyakit ini jarang sembuh sendiri , biasanya memerlukan bantuan antibiotiks. Cellulitis adalah penyakit yg berulang ulang yg boleh berlaku banyak kali.Ianya adalah jangkitan kuman pada lapisan lemak kulit yang dinamakan cellulite.
Walaupun ianya adalah jangkitan kuman tetapi sebenarnya ia berpunca dari gangguan perjalanan darah.Perjalanan darah dari jantung dan ke semua bahagian badan bergantung pada kekuatan jantung dan keadaan salur darah itu sendiri. Jantung berubah dari kuat kepada lemah dengan perubahan umur ,manakala salur darah pula semakin hari makin sempit disebabkan berbagai sebab seperti gula,cholestrol dan sebagainya.Dua faktor ini menyebabkan darah yg mengalir ke kaki sangat sukar balik ke jantung dengan cepat dan berhimpun di kaki menyebabkan kaki menjadi bengkak medak.Bengkak medak adalah satu keadaan dimana apabila di tekan pada kaki bengkak menjadi tenggelam dan tidak timbul yg nama dalam perubatan di namakan pitting oedema.
Pitting oedema ini adalah tanda lambatnya pengaliran darah dari kaki balik ke jantung.keadaan ini menyebabkan tisu tisu kulit merekah dan di masuki kuman.Lebih mempercepatkan lagi jangkitan kuman , adalah apabila pesakit menggaru kulit dengan kuku .Benar kerana sebelum berlakunya cellulitis biasanya pesakit merasakan sangat gatal.
ALHAMDULILLAH akhirnya kaki emak saya sembuh setelah 4 hari tidak bangun dari tempat tidur dan tempoh jangkitan mencecah 2 minggu.Untuk kes emak saya apa yang penting ialah kami pastikan mak mula makan supaya perut tidak berangin , keadaan ini amat penting untuk penyerapan antibiotik.Perut yg kosong mengganggu proses ini dan melambatkan penyembuhan.
Sekiranyanya anda mengalami pengalaman yang sama boleh hantarkan gambar kepada kami 01164376339 untuk pastikan adakah ianya cellulutis. Celulitis ini walaupun nampak ringan ianya sangat memberi kesan kepada badan jika tidak terkawal.