Kadang kadang saya terfikir adakah wujud ubat kencing manis secara semula jadi . Semula jadi bermaksud ubat kencing manis ini datang dari sumber semula jadi tanpa di olah atau di tambah untuk menjadi ubat .Perkara ini sangat menghantui fikiran saya kerana pesakit pesakit yang mendapatkan rawatan adalah mereka yang sudahpun mengamalkan ubat ubatan moden. Ada pesakit pesakit saya masih terpaksa potong kaki atau jari walaupun hari hari memakan berbagai jenis ubat sehingga ada yang terpaksa cucuk insulin tapi masih kena potong kaki . Keadaan ini memaksa kita untuk memikirkan beberapa persoalan untuk kita renungkan bersama.
1.Adakah ubat ubatan moden seperti ubat hospital berkesan kepada semua pesakit ?
2.Adakah terdapat faktor faktor yang menyebabkan ubat ubat ini tidak berkesan ?
3.Atau adakah pemilihan ubat untuk pesakit kurang tepat dengan follow up yang agak panjang di antara tarikh temujanji .
4.Atau adakah pesakit mendapat rawatan dari pengamal perubatan yang kurang pengalaman atau terlalu muda yang baru lulus sarjana perubatan ?
5.Takpa kita tinggalkan perubatan moden . Bagaimana masyarakat dahulu menghadapi masalah kencing manis ? Kita bayangkan masyarakat melayu lama adakah mereka sedar wujudnya penyakit kencing manis dan kesannya pada badan ? Itu di Malaysia , bagaimana pula di negara negara lain .
6.Adakah wujud secara ubat kencing manis secara semulajadi untuk manusia menghadapi masalah ini ? Adakah dari pokok tertentu ,dari binatang tertentu atau element alam tertentu .
7.Adakah kita patut mencari ubat kencing manis secara semula jadi ini atau kita hanya berserah pada ubat ubatan yang tersedia di keliling kita sahaja .
Ya persoalan ini nampak seperti remeh tapi ianya besar apabila kita atau keluarga kita di uji dengan masalah yang berkaitan kencing manis ini .
Keadaan seperti ini memerlukan kita untuk mencari rahsia alam maya ini . Pihak barat sering mewar war kalau nak yakin suatu perkara mesti ada paper research atau kertas penyelidikan . Tapi bagi saya kalau lah penawar itu di jumpai oleh orang asli di pos gua musang sebagai contoh , takkan lah diorang ni tahu nak buat research paper dan diorang pun tak teringin pun nak buat research paper .
Kuncinya bahan itu mesti wujud secara semula jadi dan tidak di campur aduk dengan bahan bahan asing .Saya tertarik dengan satu coretan akhbar tentang satu nenek di terengganu yang hidup menjangkau usia lebih seratus tahun dan masih sihat .Apabila bergambar nampak lebih muda dari anaknya dan apabila di tanya apakah rahsia awet mudanya , dan nenek ini memberitahu dia banyak mengambil makanan dari sumber semulajadi dan dia banyak mengelakkan makanan yang mempunyai bahan pengawet .Menarik kan?
Jadi mana nak cari ubat kencing manis secara semula jadi ini ? Ini memerlukan saya untuk melakukan research dan mengembara. Dasarnya bahan itu datang secara semula jadi dan ada bukti pesakit yang sembuh dengan mengambil bahan itu . Apa yang saya perlu buat ialah mencari peniaga atau sesiapalah yang menjual bahan asli sebagai contoh madu asli , manisan pokok tar asli mungkin wujud banyak lagi di luar sana dan tanya mereka adakah terdapat pelanggan mereka yang repeat order dan kita akan cari pelanggan mereka dan kita temuramah kalau diaorang sudi bekerja sama , dan pada masa yang sama kita akan videokan sumber dan cara pemprosesan . Nanti saya buat channel you tube untuk ni .Rasa rasa nak letak nama ni ‘Kembara Penawar Semulajadi . Harap harap lah dapat membantu kepada yang memerlukan.
Untuk pembuktian secara moden kita perlu lihat latar belakang penyakit pesakit dan kita lihat apa yang mendorong pesakit itu mengambil bahan itu . Dan untuk temuramah itu kita tengok berapa ramai pesakit yang beritahu kesan yg mereka perolehi. Kalau pesakit benarkan ambil darah itu lagilah bagus sebab kita boleh hantar makmal dan kaji keputusan darah .Tahap kesihatan boleh kita ukur dengan jumlah kemasukan wad atau pembedahan selepas mengambil bahan itu.Sebagai contoh pesakit tu memberitahu sebelum ni tiap tiap bulan masuk wad tapi selepas ambil bahan ini dah tak masuk wad dah setahun. Dan akhir sekali adakah bahan ini di ambil secara eksklusif tanpa ubat ubatan moden atau sebagai makanan tambahan atau supplement .
Akhir sekali semoga usaha mencari ubat kencing manis semula jadi ini berjaya dan bermanfaat untuk semua insy . .insyaallah.