Kesan kencing manis pada kaki

Ini adalah gambarajah menunjukkan rangkaian salur darah yang menyalurkan darah ke kaki .Bagi pesakit kencing manis untuk jangkamasa yang panjang , pesakit berisiko untuk mengalami gangguan pada perjalanan darah kebahagian hujung kaki . Keadaan ini di sebabkan oleh darah yang semakin likat mewujudkan kotoran di dalam salur darah yang mana keadaan ini di namakan artherosclerosis .

Dari segi fizikal tanda awal boleh di lihat pada perubahan warna pada hujung kaki .di mana bahagian hujung kaki kelihatan lebih gelap berbanding dengan bahagian lain. Ada pesakit mengalami keguguran bulu kaki sehingga tiada lagi kelihatan bulu kaki selari dengan gangguan yang semakin teruk . Ada juga pesakit mulai perasaan terdapat tompokan parut yang yang berwarna hitam yang dilihat semakin bertambah semakin hari . Pesakit yang mengalami gangguan perjalanan darah biasanya mempunyai size kaki yang kelihatan lebih mengecut , dan yang lebih ketara anda dapat kurang terdapat salur salur darah yang timbul pada permukaan kaki . Salur salur darah yang timbul ini di namakan VEINS dalam dunia perubatan , tugasnya ialah membawa darah PULANG ke jantung . Yang kita bincangkan tadi adalah gangguan darah pada ARTERY yang mana tugas nya ialah membawa darah dari jantung ke seluruh anggota badan .

Gangguan perjalanan darah dari jantung ke seluruh anggota badan ini pada awalnya tidak kelihatan , tetapi selepas beberapa lama agak jelas kelihatan pada anggota kaki lebih lebih lagi pada ibu jari kaki kerana ianya merupakan bahagian yang paling jauh dari jantung .

Bila kita ringkaskan ianya lebih kurang seperti ini pam yang lemah dgn paip yang kotor menyebabkan gangguan.

Keadaan ini lebih ketara kepada pesakit yang pernah mengalami serangan stroke atau serangan jantung .

Ok persoalannya adakah ianya boleh di elakkan ? Ya boleh sekiranya langkah langkah awal di ambil untuk menjaga perjalanan darah .

Sekiranya telah berlaku dan di biarkan berlaku keadaan ini akan membawa kepada satu masalah dimana jari kaki atau keseluruhan kaki itu sendiri menjadi kering dan mati , keadaan ini di namakan dry gangrene . Dry gangrene ini adalah amat sukar di rawat dan boleh menyebabkan pesakit terpaksa menjalani pembedahan berulang ulang kali (creeping amputation) ..

Buat masa ini siasatan yang baik seperti ct angiography banyak membantu dalam mengesahkan adakah terdapat salur darah yang tersumbat dan bahagian mana yang tersumbat .sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai luka kencing manis boleh hubungi kami di 045750032 atau hantar kan gambar luka anda melalui whats up di 01164376339 (whats up saja ).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *