Air pencuci luka kencing manis ,harapan dan realiti

Air pencuci luka adalah bahan pasaran yang selalu kita lihat di internet dan media sosial .Berbagai testimoni di berikan untuk memberi gambaran kebaikan produk .

Tetapi sebenarnya untuk luka kencing manis tidaklah semudah itu .Jika kita lihat testimoni orang sembuh dengan air pencuci luka tertentu tidak semestinya kita akan sembuh dengan menggunakan pencuci yang sama.

kenapa begitu ?

Kerana serangan luka kencing manis mempunyai beberapa fasa .

1.fasa jangkitan.

2.fasa penyembuhan

Fasa serangan adalah fasa yang paling penting untuk kita ambil tindakan kerana fasa ini jika tidak di kawal akan menyebabkan kuman merebak .

Kawalan kuman memerlukan kepada penggunaan antibiotik dan pembuangan isi yang mati . Tidak kurang penting kawalan gula juga sangat penting ketika ini kerana paras gula yang tinggi membantu proses kuman merebak. Kawalan gula biasa nya menggunakan ubat ubatan makan atau menggunakan suntikan .

Adakah cukup dengan makan ubat dan memakai ubat pencuci luka ?

Jawapan nya terlebih dahulu pesakit mesti mengetahui beliau di fasa yang mana .

Fasa serangan memerlukan perhatian yang lebih dan jarang masalah ini boleh di selesaikan seorang diri .Ibu bapa yang tinggal berjauhan dari anak anak yang bekerja lagi menyukarkan keadaan ini .Lebih malang sekali bagi nereka yang menyembunyikan keadaan atau membiarkan saja keadaan ini. Di zaman teknologi sekarang dimana telefon boleh menghantar gambar , banyak membantu mengurangkan kerosakan yang lebih parah .tidak di nafikan ada pesakit yang sudah uzur atau tidak biasa dengan gajet gajet .

Fasa jangkitan biasanya di sertai bengkak , kulit kemerahan serta rasa yang panas pada kaki yang terlibat .Pesakit biasanya boleh demam sehingga menggigil . Kadang kadang boleh di sertai muntah muntah serta boleh meracau .

Keadaan seperti ini menunjukkan pesakit dalam fasa jangkitan dan tindakan mesti diambil untuk mengawal jangkitan tanpa bertangguh lagi kerana masa itu emas dan kesan kerosakan itu bergantung pada masa yang kita biarkan kuman itu bertapak di dalam badan kita.Hati hati bila mempunyai ibu bapa yang berumur lebih 60tahun jika mereka demam tanpa selsema atau batuk ,pastikan kita memeriksa kaki mereka . Sekiranya jelas terdapat luka pada ketika ini , mesti tumpukan kepada kawalan kuman .Paling kuman mendapatkan nasihat daripada Dr di klinik swasta atau kerajaan .Banyak pesakit pesakit yang berumur memberitahu saya bahawa takut untuk pergi ke hospital kerana takut di potong kakinya tetapi percayalah lagi di biar lama lama mungkin ini yang menjadi realiti.boleh pergi ke mana mana klinik swasta dan mendapatkan nasihat , kalau tidak yakin dengan satu klinik swasta boleh pergi lebih dari satu .Di nasihatkan pada masa ini jangan membeli sendiri ubat ubatan makan kerana masa adalah penting pada fasa ini.

Fasa jangkitan biasanya memerlukan dr untuk memgeluarkan isi yang rosak daripada badan , kadang kadang melakukan pemotongan jari . Dan selepas ini pesakit mempunyai luka yang terbuka dan pada masa inilah baru sampai masa untuk memikirkan tentang air pencuci .Isi yang rosak perlu di buang sepenuhnya untuk mengelakkan kuman berkumpul dan merebak sekali .Sukar untuk mendapat pertumbuhan isi baru sekiranya masih terdapat isi yang mati , jadi pembuangan mestilah habih sehingga mencapai tempat yang berdarah. Air pencuci pula terdapat berbagai bagai jenis seperti air pencuci untuk pembunuhan kuman , air pencuci untuk menaikkan isi , air pencuci untu luka basah dan air pencuci untuk luka kering . Kalau di pasaran boleh di bahagikan lagi kepada air cuci berasakan kimia atau semula jadi . Apapun pemilihan adalah berdasarkan kepada keadaan kaki kita , buka berdasarkan kepada testimoni orang lain. Penggunaan air pencuci yang sesuai membantu pertumbuhan isi yang cantik serta merah menyala.Biasanya jangan menggunakan air cuci yang sama melebihi 3 hari sekiranya ianya tidak memberi kan sebarang perubahan yang baik .

Semasa proses dressing mestilah peka dengan serangan semula seperti munculnya kulit yang kemerah merahan atau rasa pasa sekeliling luka.Air pencuci luka yang serasi boleh di teruskan sehingga luka sembuh .

pertanyaan boleh hubungi 011 6437 6339

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *