Apakah itu sakit Lutut Atau Osteoarthritis ?

Apa itu osteoarthritis atau sakit lutut ?

Osteoarthritis adalah penyakit sendi yang datang bersama umur yang meningkat .Osteoarthrtis boleh berlaku di beberapa bahagian tulang seperti tulang belakang ,bahu dan tangan tetapi yang kerap kita lihat adalah di bahagian lutut .

Osteoarthritis lutut satu keadaan yang sering menyakitkan, melibatkan kehilangan tulang rawan yang biasanya meliputi bahagian hujung tulang dalam sendi lutut. Biasanya terdapat kira-kira 5 mm tulang rawan yang menutup hujung kedua-dua tulang dalam sendi lutut. 

Sekiranya anda mempunyai osteoarthritis lutut, tulang rawan yang biasanya meliputi hujung tulang-tulang ini sudah rosak dan menyebabkan permukaan tulang bergesel dan menyebabkan kesakitan . 

Sebaik sahaja terdapat kerosakan tulang rawan pada sendi lutut, ia tidak boleh digantikan dengan rawan baru dan badan kita juga tidak dapat membina tulang rawan yang baru secara semula jadi.

Ini membawa kepada gejala rasa sakit, kehilangan pergerakan, bengkak dan darjah pergerakan sendi yang terbatas . Kesakitan adalah amat ketara lebih lebih lagi apabila pesakit dalam keadaan berdiri kerana ketika ini tulang tulang lutut bergesel dengan kuatnya.


Berbagai punca penyebab kepada terjadinya osteoarthritis kepada kita tetapi yang paling selalunya adalah di sebabkan berlanjutnya umur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *