Salam Sejahtera,
Mari Berkongsi Ilmu.
Kita tidak semestinya menjadi doktor untuk mengenal ubat ubatan yang kita berikan kepada anak anak kita.Pengetahuan tentang ubat ubatan yang selalu kita berikan adalah sangat penting sebagai contohnya seperti ubat demam,selsema dan batuk yang selalu di gunakan sepanjang tumbesaran kanak kanak. Berhati hati dan jelas tentang dos ubat ubatan kerana rawatan kanak kanak sangat bergantung kepada berat badan .Kekurangan dos ubat akan menjadikan mereka tidak sembuh manakala lebihan dos boleh menyebabkan kerosakan pada tubuh badan terutamanya pada buah pinggang. Walaupun anak anda boleh memakan ubat biji , tidak semestinya itu yang terbaik untuk mereka kerana ubat biji biasanya mengandungi kepekatan ubat yang tinggi.
Keserasian ubat adalah penting , tubuh badan tidak memerlukan perturan ubat yang kerap , sekiranya anak anda sudah biasa sembuh dengan sesuatu ubat dan tidak mengalami apa apa kesan tambahan di harap dapat meneruskan ubat yang sama sahaja apabila sakit kembali.Tidak di sarankan untuk cuba mendapatkan ubat yang kuat lagi untuk cepat sembuh sebagai contoh supaya dapat pergi sekolah cepat , untuk pergi berjalan atau sebagainya.
Ya satu lagi , dalam keadaan yang tidak sihat biasanya kanak kanak akan kurang makan ini akan menyebabkan ketidak selesaan pada perut seterusnya menyebabkan gangguan pada proses penyerapan ubat di perut . Adalah amat penting untuk meneruskan pemakanan walaupun tidak berselera untuk mengelakkan perut masuk angin.