Pengalaman saya dalam menghadapi anak anak yang demam panas.
Selalunya penulisan saya adalah berdasarkan fakta fakta perubatan atau buku buku atau artikle artikle yang berkaitan , tetapi dalam menghadapi anak yang sedang demam panas bagi saya , pengalaman sendiri adalah lebih berharga .
Saya mempunyai 3 orang anak yang mana 2 daripadanya pernah tarik atau terkena sawan semasa demam panas . Kalau nak di ikutkan sepatutnya anak anak sayalah yang sepatutnya tidak terkena sawan sebab kami suami isteri seorang doktor malah kami juga mempunyai klinik sendiri dimana ubat ubatan boleh di perolehi pada bila bila masa. Tetapi ketentuan Allah adalah berbeza dan tak dapat kita jangkakan , Allah memberi sakit kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan memberikan penyembuhan kepada sesiapa yang di kehendakiNya.
Atas pengalaman ini Alhamdulillah saya dapat menangani atau menghindari sawan demam panas apabila berlakunya demam pada anak anak saya .
Ketahui lah bahawa 2 jalan yang membawa kanak kanak kepada demam panas di mana demam yang panas membawa kepada risiko kepada tarik atau sawan .
Yang pertama adalah apabila kanak kanak terkena Tonsilitis .Tonsilitis adalah satu keadaan dimana kanak kanak akan mengalami bengkak pada bahagian tekak atau tonsils.Demam tonsil berlaku pada kanak kanak yang suka makanan manis dan kurang meminum air .Ini menyebabkan tonsils menjadi bengkak dan akan mula demam. Berbeza dengan viral fever yang biasanya datang dengan satu pakej seperti demam, batuk dan selsema sertai menjangkiti satu keluarga .Tetapi demam tonsil hanya di hadapi oleh kanak kanak itu seorang dan tidak berjangkit.
Yang kedua adalah batuk berkahak yang berterusan .Batuk berkahak yang berterusan biasanya membawa keadaan yang dipanggil paru paru berair kerana kahak yang terjadi ini sudah mula mendiami paru paru .Keadaan ini membawa kepada demam panas yang boleh membawa kepada sawan .Kanak kanak yang menghadapi masalah ini biasanya bermula dengan selsema kemudian demam …kemudian pulih dari demam tetapi masih batuk kahak …kemudian demam semula selepas mengalami batuk kahak selepas beberapa hari , demam kali kedua inilah yang biasanya disebabkan oleh pneumonia atau paru paru berair yang mana boleh menyebabkan demam panas dan tarik.
4 Kaedah yang saya gunakan dan saya harap dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang menghadapi masalah yang sama , apa pun matlamatnya adalah supaya anak anak kita tidak TARIK semasa demam panas.
1. Ubat Demam
Ubat demam yang boleh di dapati di malaysia biasanya dari jenis paracetamol dan ibufen.Biasakan memulai dengan paracetamol kerana ibufen adalah lebih kuat berbanding dengan paracetamol. kedua dua ubat ini kegunaan nya adalah untuk menurunkan suhu badan dan juga bertindak sebagai ubat tahan sakit kepada kanak kanak.Paracetamol lebih digunakan secara meluas di dalam perubatan moden .juga hati hati dengan alahan kerana terdapat kanak kanak yang allergic dengan ubat ubat ini ,dari pengalaman saya kadang kadang ada juga kanak kanak yang allergik dengan ibufen yang mana kanak kanak boleh mengalami gatai gatai badan, bengkak bengkak pada bibir atau kelopak mata atau yang lebih serious lagi kesukaran untuk bernafas. Sekira nya berlaku allergy ubat ubat ini mesti di hentikan dengan serta merta , nama ubat mesti di simpan dan di beritahu kepada mana mana dr apabila mendapat rawatan dari mana mana klinik.Biasanya sekira nya kanak kanak itu allergik kepada satu ubat ,ia boleh jugak allergik kepada banyak ubat jadi kita mesti berhati hati.
Penggunaan dose ubat demam adalah berdasarkan kepada berat badan kanak kanak.Gunakan dose yang betul untuk berat badan yang tertentu .Gunakan ubat yang original yang biasanya datang dengan kotak dan surat penggunaan di dalamnya ,biasanya ubat yang original ini tidaklah terlalu mahal malah apa salahnya membelanjakan yang terbaik untuk yang tersayang.Saya tidak menyukai ubat yang tidak di seal kerana ini menunjukkan ubat itu pernah terdedah serta mengurangkan efikasi ubat.
2. Jelum
Menjelum atau bahasa english nya tepid sponging adalah menggunakan air untuk menurunkan suhu badan atau mengeluarkan kepanasan dari badan kanak kanak . Apa yang di perlukan di sini adalah air yang meruap akan membawa suhu keluar dari badan kanak kanak .Secara prinsipnya adalah menyapu air pada kepala dan tubuh badan kanak kanak dan membiarkannya meruap dan merendahkan suhu badan .bagaimana air boleh meruap ? Ya , suhu panas pada badan kanak kanak tadi akan mengeringkan air yang di sapu pada badannya. Meletakkan tuala di kepala dan meninggalkannya di sana menghalang proses peruapan ini seterusnya mengelakkan suhu keluar dari badan , elakkan dari perkara ini berlaku .Proses peruapan ini boleh di cepatkan lagi sekiranya kita dapat mewujudkan peredaran udara di dalam bilik , ini boleh di lakukan dengan menggunakan aircond bilik tetapi pada suhu yang tidak sejuk contohnya pada suhu 25 ‘c ke atas hanya untuk mewujudkan peredaran udara di sekeliling kanak kanak .peredaran udara ini mempercepatkan pengeluaran suhu dari badan.
Gunakan air biasa untuk menjelum dan air paip dirumah kita sudah memadai ,Elakkan menggunakan ais kerana ais akan menyebab kan kejatuhan suhu yang mendadak dan menyebabkan adaptasi badan kepada suhu sejuk ini.Adaptasi ini akan menyebabkan kanak kanak menggigil , selari dengan itu tindak balas badan akan berlaku di mana suhu mana akan bertambah sebagai menghadapi keadaan ini.
Sekira nya mempunyai daun sireh boleh ramaskan di dalam air tadi dan boleh gunakan semasa proses menjelum tadi .Daun sireh mempunyai getah cecair yang dapat membantu proses peruapan .tak percaya ?boleh cuba sendiri .
Sekiranya anda mempunyai besen yang lebar boleh lah menyediakan takungan air.Suruh anak anda bermain main air ini sambil merendamkan kaki di dalam air .Anak anak akan gembira pada masa yang sama akan membantu menurunkan suhu badan mereka.
3.Cool Fever
Penggunaan cool fever bagi saya adalah boleh dan sedikit sebanyak membantu menurunkan suhu .Ianya boleh di letak di bahagian dahi ataupun di bahagian tengkuk. Kalau di katakan cool fever menyebabkan suhu tertumpu di bahagian kepala dari pengalaman saya tidaklah pulak .
4. Supp atau ubat punggung
Bagi saya penggunaan ubat punggung ni biarlah pada opsyen yang terakhir .Paling elok mulakan dengan memberi ubat demam ,jelum dan cool fever .Sekiranya semua kaedah kaedah tadi tidak berhasil barulah kita pakai supp. Penggunaan ubat demam biasanya dalam kiraan 6 jam sekali , jadi yang elok kerap kita lakukan adalam menjelum .Tetapi saranan saya semua rumah yang mempunyai kanak kanak patut menyimpan ubat punggung , bukan apa ini sajalah jalan terakhir untuk mengelakkan sawan sekiranya kaedah kaedah lain gagal.Ubat punggung datang dari berbagai jenis , ada yang di buat dari paracetamol atau ada yang di buat dari diclofenac sodium , apapun tujuannya adalah untuk menurunkan suhu , ubat punggung juga datang dengan berlainan dose seperti untuk paracetamol dalam dose 125 dan 250 .dose yang rendah untuk kanak kanak yang kecil . Mungkin anda terfikir tak adakah ubat punggung untuk digunakan semasa sawan … ya ada iaitu supp valium tetapi ianya terdapat di faciliti perubatan yang besar sahaja seperti di Kecemasan hospital kerajaan dan swasta.ianya adalah ubat terkawal tidak dapat di beli di farmasi farmasi.
Ya demikianlah sahaja perkongsian saya dalam menghadapi demam panas , sekiranya ada memberi manfaat , boleh lah berkongsi maklumat ini dengan kawan kawan.