Rawatan luka kencing manis – Perjuangan sepasang suami isteri mengubah nasib

Bila kita ternampak atau terdengar perkataan luka kencing manis, kita hanya nampak permasalahan nya adalah pada penyakit tersebut , dan pada pemikiran kita sekiranya kita dapat mencari perawat yang terbaik maka akan selesailah masalah kita , tapi sebenarnya tidak luka kencing manis membawa nilai emosi yang lebih daripada itu .Sebenarnya ujian luka kencing manis tidaklah hanya pada pesakit malah pada masa yang sama menguji ahli ahli keluarga di sekeliling kita.

Disini saya bawakan kisah pesakit saya yang menghadapi pengalaman yang rumit ini iaitu luka kencing manis . Saya mula mengenali pasangan ini apabila abg wadi membawa isterinya kak norlela ke klinik dengan luka yang berbalut di sebabkan baru menjalani pembedahan jari kaki kirinya. Ya ternyata apabila saya membuka balutan luka , saya melihat kesan pembedahan (wound debridement ) antara jari kaki kiri  kedua dan ketiga si belah kiri ,pada masa yang sama kelihatan tulang yang terdedah dan bahagian isi putih yang di panggil tendon amat jelas kelihatan. ‘ Dr , depa mintak nak operate lagi kiv nak buang jari 2 dan 3 kata kak norlela dengan sedih. Kak norlela adalah seorang pesakit obese yang pernah di masukkan ke icu sebelum ini kerana masalah pernafasan .Walaupun mempunyai berbagai penyakit kalau di perhatikan dari segi umur , pesakit berada pada hujung umur 30 an yang mana ianya salah satu faktor yang membantu penyembuhan luka . Umur adalah faktor penting di dalam penyembuhan luka , tetapi malangnya luka kencing manis selalunya menyerang pesakit pesakit yang berumur 50an ke atas dimana pada ketika ini kadar penyembuhan agak lambat sedikit .bukan tidak boleh baik cuma ia mengambil masa sedikit.

Apabila saya membelek belek kaki kak norlela , kelihatan luka yang membelah di antara dua jari . Ya sini ada  satu faktor penting yang patut kita fahami , bahawasanya jari jemari kaki adalah berkongsi salur darah , salur darah akan bergerak di antara dua jari seperti sungai yang melalui lembah antara dua gunung. ini bermakna setiap kali berlaku serangan maka bermaksud dua jari dan bukan satu jari yang berada dalam bahaya. Di sini pertimbangan kita mesti tepat sama ada hendak melakukan pembedahan atau tidak kerana kita hanya mungkin akan buat 2 saja kesilapan .Kesilapan pertama ialah terlalu lama berfikir sehingga kuman kuman mula merebak , kesilapan kedua ialah kita setuju untuk membuang jari padahal ianya sebenarnya tidak perlu di buang.

Bagaimana nak membuat keputusan yang sukar ini ? rahsianya adalah dengan melihat warna kulit , warna kulit yang merah di sekeliling luka dan semakin besar ruang kemerahannya menunjukkan kuman yang sedang merebak di bawah permukaan kulit dan keadaan ini sealunya di iringi dengan pesakit mempunyai demam panas hingga menggigil, rasa berdenyut dan permukaan itu sendiri doleh di rasakan panas sekiranya di sentuh. Keadaan yang seperti ini bukan saja memerlukan pembedahan , malah pesakit mesti di mulakan dengan antibiotik secara suntikan( intravenous ).Jangan buang masa  sekiranya anda mengalami keadaan seperti ini kerana badan yang menggigil menunjukkan kuman mula berjalan di dalam semua peredaran darah dimana menyebabkan satu keadaan yang di panggil sepsis yang boleh meragut nyawa.

Tetapi apabila saya melihat luka kaki kak norlela , saya dapati di sekeliling luka itu tidak merah dan tidak panas dan apabila di picit kedua dua jari yang terlibat , dalam masa 2 saat saja atau kurang jari itu menjadi merah kembali. Untuk kefahaman orang awan , jari kita apabila di tekan secara tiba tiba akan bertukar menjadi warna putih dan masa yang di ambil untuk menjadi merah kembali itulah yang amat penting untuk mengangak sama ada peredaran darah masih baguis atau tidak. Di dalam perubatan ianya di panggil CRT atau capillary return time yang mana sepatutnya mesti kurang dari 2 saat.CRT yang lebih dari 2 saat ? tanda tanda awai lah tu…

Luka seperti yang di alami oleh kak norlela ini sebenarnya adalah jenis luka yang sangat berpotensi untuk pulih semula .Dalam keadaan ini seperti biasa fokus kita adalah supaya pesakit mendapat pemakanan yang betul, ubat yang betul seperti ubat kencing manis dan antibiotik dan cara pencucian yang betul.3 prinsip ini sentiasa saya tekankan kerana ianya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri merawat luka kencing manis.

Seperti pesakit pesakit lain kak norlela kelihatan sugul dan sedih dengan keadaan yang menimpanya , tak lalu makan , pantang gula lebih secara tiba tiba , di mana pesakit akan melalui satu keadaan di dalam serangan luka kencing manis yang di namakan depression state. Depression state ini adalah satu keadaan yang sukar untuk pesakit keluar dari keadaan ini , walau Dr sekalipun tidak dapat meyakinkan pesakit kerana kesembuhan sebenarnya berada jauh di hadapan mungkin berbulan atau bertahun , apa yang boleh membantu pesakit ialah dengan melihat atau berbicara dengan pesakit yang pernah melalui keadaan ini dan pernah sembuh .Alhamdulillah saya mempunyai barisan alumni luka kencing manis yang sudah sembuh yang sentiasa sedia membantu pesakit pesakit yang menghadapi masalah yang sama. Hari ini kak norlela adalah salah seorang alumni yang bersedia membantu mana mana pesakit yang memerlukan nasihat .

Ha baru balik kepada tajuk kita , apa yang menarik perhatian saya adalah suami kak norlela ,abg wadi ..ini jarang saya perhatikan . Abg wadi sebagai suami kak norlela buleh saya katakan adalah seorang suami yang hebat kerana jarang saya melihat suami yang tekun untuk belajar untuk merawat isteri walaupun dalam keadaan yang demikian .Biasanya apabila kami melakukan dressing , abg wadi akan masuk sekali belajar bagaimana cara pencucian luka yang betul .Adakalanya saya menyuruh abg wadi membeli alat alat untuk di gunakan di rumah , setiap kali walau susah bagaimana pun dia akan mendapatkan nya. Ini lah hikmah yang mungkin kita tidak sedari di atas ujian yang allah turunkan keatas kita walaupun atas perkara yang kita pandang remeh seperti luka kencing manis. Pada raut wajah abg wadi tak pernah walausekalipun kesal atau merungut apa yang berlaku.Kesukaran pesakit kencing manis sebenarnya bukan sedikit tetapi banyak seperti kesukaran untuk berjalan , mandi , buang air besar ,memakai pakaian dan sebagainya , secara hukum akalnya sekiranya Allah tidak menjadikan seseorang untuk menolong kita , sebenarnya keadaan amatlah rumit seperti dalam doa yang selalu kita dengar ‘Ya Allah janganlah menguji kami dengan perkara perkara yang kami tidak mampu . Sekiranya kesetiaan menjadi ukuran dalam keadaan sebegini bukan semua pasangan dapat menghadapi keadaan seperti ini . Setengah pasangan kadang kadang hanya menyalahkan satu sama lain . Ayat ayat seperti ‘ Tu la tak control makan , lani kan payah atau  ayat seperti ‘ dah tau family kencing manis awat tak jaga gula selalu kita dengar bermain main di lidah masyarakat .Abg wadi seorang pekerja kilang sahaja di pulau pinang dan saya lihat bukan sedikit perbelanjaaan yang telah di gunakan untuk menyembuhkan isterinya, untung sungguh kak norlela mendapat kurniaan suami seperti ini dari Allah bagi saya sangat sangatlah rare.Kadang kadang tanpa kita sedari semua ini rencana Allah yang yang menguji kesetiaan suami isteri.

Rawatan bersama saya mengambil masa yang agak panjang , seringkali kami menunjukkan kepada abg wadi cara pencucian yang betul dan kepentingan steriliti ( bebas kuman ) dalam penjagaan luka.Apabila meningkat keyakinan mulalah kami berselang selang cuci di rumah di mana kami akan melihat semula pada sela 2 ke 3 hari . Kadang kala pada peringkat awal ini eloklah luka di pantau dengan lebih kerap kerana saki baki tisu mati akan merebakkan kuman dan menghalang pertumbuhan isi baru. Pertumbuhan isi baru amat amat berkait rapat dengan tissu tissu yang mati kerana selagi adanya tissu tissu yang mati , maka tidak akan ada pertumbuhan isi baru . Di sini terdapat satu kesilapan untuk pesakit pesakit baru , biasanya mereka akan menumpukan perhatian pada pertumbuhan isi di mana mereka sanggup mencari cream penumbuh isi yang mahal mahal untuk tujuan ini.Tetapi apa yang lebih penting di sini adalah bahagian luka yang terdedah bebas dari isi isi mati dahulu  kerana jika kita meletakkan gel terlalu banyak dalam keadaan terdapat banyak isi mati di dalam luka kita , itu akan menyebabkan kelembapan yang lebih dan menyebabkan kuman lebih selesa dan beranak pinak. Isi isi mati ini wajib di kutip semasa mencuci luka kerana ia akan menjadi tempat pembiakan kuman , anggapkan mencuci luka sama seperti menjaga batas kebun sayur di mana bahan yang merosakkan tanaman sentiasa di pantau dan di buang.

Pencucian luka di rumah sebenarnya tidak susah sekiranya kita pandai menilai keadaan luka semasa membuka balutan pada keesokannya .Pencucian yang bagus biasanya kita akan mendapati kesan nanah yang sedikit pada gauze pembalut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *