Rawatan Luka Kencing Manis

Rawatan luka kencing manis

Rawatan luka kencing manis ada satu keadaan yang sukar tapi tidak mustahil untuk sembuh. Selalunya pesakit akan sentiasa di hantui perasaan takut untuk pergi ke hospital kerana di takuti pihak hospital akan memohon untuk memotong kaki mereka.

tapi percaya lah  memang ada keadaan yang memerlukan pemotongan kerana jika tidak di buang bahagian yang terkena jangkitan kuman akan merebak tetapi tidak semua keaadaan memerlukan kepada pemotongan kaki atau jari.

Dari pengalaman saya bertugas di jabatan orthopedik di hospital kerajaan selama 12 tahun saya mendapati kebanyakan pesakit gagal mendapatkan khidmat nasihat dari pihak yang tepat dan selalunya melewatkan proses rawatan.

melewatkan proses rawatan akan menyababkan kuman merebak ke bahagian lain.Suka untuk saya kongsikan di sini bahawa sekiranya nya kita mengalami jangkitan kuman, akan ada semua tanda tanda ini atau sekurang kurang nya salah satu daripadanya.

1.sakit yang berdenyut pada bahagian yang terlibat

2.terasa panas pada bahagian kaki tersebut.

3.dan ada pertukaran warna pada kulit selalunya berwarna merah ke merahan

ini tanda tanda awal jangkitan kuman di mana masa emas ini selalu di sia siakan  oleh pesakit dengan berfikir panjang dan kadang kadang mencuba rawatan ubat ubatan alternatif.

sebenarnya inilah fasa yang paling merbahaya dan memerlukan tindakan.

apa yang perlu di lakukan ketika ini adalah mula memakan antibiotik secepat yang mungkin

antibiotik boleh di ambil secara makan , cucuk di dalam isi (intramuscular) atau secara cucuk kedalam saluran darah.

Untuk menangani kesakitan pula , ubat ubat tahan sakit secara makan atau secara cucuk intramucular boleh digunakan.

sekiranya terdapat tanda tanda tempat takungan nanah , ianya perlu di keluarkan dengan segera kerana takungan nanah ini akan memakan  isi isi yang berdekatan.

gagal untuk berbuat demikian ,akan menyebab kan kuman akan merebak ke bahagian yang berdekatan kerana nanah yang bertakung sangat berbisa kepada tubuh badan.

secara ringkas 3 langkah ini MESTI di lakukan

1.start antibiotik

2.pain killer untuk menahan sakit atau ubat ubatan untuk demam

3.mengeluarkan nanah.

 

 

2016-10-19-17-23-3220160807_223642

yg ni kes kencing manis yg mana tulang terkena jangkitan kuman dan telah pun di buang di hospital,

Rawatan adalah dengan kaedah daily dressing dan mengambil masa 6 minggu untuk sembuh.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *