Selamatkan kaki sebelum terlambat

Apabila seseorang pesakit mendapat tahu bahawa dia mengidap penyakit kencing manis , maka selalunya beliau akan berhati hati dengan pemakanan serta amat taat dalam menggunakan ubat ubatan kencing manis.Tetapi kadang kadang mereka terlepas pandang tentang perubahan kencil pada kaki mereka yang mana ia boleh membawa kesan yang besar dalam kehidupan mereka. Perubahan kecil yang dimaksudkan adalah rasa menyucuk di bahagian tapak kaki seperti jarum atau rasa kebas di bahagian tapak kaki di mana pesakit biasanya hanya membiarkan keadaan tersebut sedangkan ia sebenarnya menunjukkan kesan kencing manis sudah merebak ke bahagian kaki . Pemeriksaan kaki secara teratur adalah penting kerana beberapa komplikasi kencing manis boleh berlaku pada anda contohnya nanah , ulcer (lubang pada tapak ) seterusnya gangrene iaitu terdapat bahagian kaki yang mati . Secara keseluruhanya pesakit kencing manis adalah terdedah kepada serangan stroke ,obesity ,darah tinggi ,komplikasi mata serta buah pinggang .Semua ini insy dapat di elakkan dengan mendapatkan rawatan berkala dari doktor yang berkaitan.

   Komplikasi paling serious adalah gangrene yang membawa kepada pemotongan kaki . Sekiranya walaupun terselamat dari pemotongan , adalah di anggarkan bahawa 50% dari jumlah pesakit mengalami  gangguan saraf pada kaki (peripheral neuropathy ) ,25% gangguan mengalami gangguan pada perjalanan darah pada kaki serta 15% mengalami perubahan pada bentuk kaki seperti ulcer dan perubahan rupa bentuk kaki . Apa yang membimbangkan kesan ini mula kelihatan pada group umur 35 -45 tahun.Buat masa ini cara untuk mengelakkan pemotongan adalah ;

1) Pengawalan gula yang betul 

2)Penggunaan kasut yang betul

3)Memantau kesan kencing manis pada kaki iaitu kebas dan gangguan  peredaran darah .sekurang  – kurangnya pemantauan di lakukan sebulan sekali.

Pada hari ini kes berkaitan komplikasi kaki kencing manis adalah pada tangga ketiga yang menyebabkan pesakit perlu di masukkan ke hospital. Kenaikan jumlah pesakit kencing manis di sebelah pendalaman dan sekitar persisiran bandar

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *