Fasa fasa yang pesakit bakal lalui dengan setiap serangan kencing manis

Kali ini ingin saya coretkan sedikit nota dari pemerhatian saya merawat luka kencing manis setelah sekian lama berada dalam bidang ini . Saya berharap semoga ia memberi manfaat kepada kita semua dalam usaha menghentikan serangan kencing manis ini semoga satu hari nanti tiada lagi pesakit yang perlu memotong kaki atau jari mereka.insy.

Saya mula berkenalan dengan luka kencing manis sejak tahun 2001 bermula di m.s ramaiah hospital bangalore india kemudian bertugas di jabatan orthopedik  di beberapa hosp kerajaan seperti hosp sg petani, kulim ,kota bahru  dan juga di hospital university usm kubang kerian .

Sepanjang bertugas dahulu saya berpendapat bahawa kuman adalah penyebab utama yang menyebabkan pesakit kehilangan kaki . Biasanya pesakit akan datang ke wad dengan kaki yang biru atau berbau busuk di sertai dengan badan yang demam atau lemah . Kami pula sebagai pihak doktor yang merawat akan mencadangkan pemotongan di buat agar kuman tidak merebak dan menyebabkan kerosakan yang lebih serious . Segala macam procedure cakap saja apa yang available menjadi routine harian kami ..aka , bka, transmetatarsal, syme , rays ,disarticulation  menjadi makanan harian kami di jabatan orthopedik . Pesakit yang menjalani pemotongan biasanya di simpan seketika di wad kemudian akan di discharge dari wad dan meneruskan dressing di klinik klinik kesihatan . Dari sini pesakit akan mempunyai follow up untuk berjumpa dr semula dalam jangkamasa yang di tetapkan . Pesakit yang telah menjalani pembedahan ini sekarang akan terbahagi kepada dua yang sembuh dan yang tak sembuh .

Yang sembuh akan meneruskan kehidupan biasa sambil menuggu isi tumbuh sepenuhnya hingga menutupi luka atau menjalani physiotherapy atau menunggu prosthesis untuk memperolehi kaki tiruan yang baru .  Yang tidak sembuh pula terpaksa menjalani pembedahan yang mungkin berulang kali hinggalah fasa serangan ini dapat di hentikan dalam badan pesakit .

Untuk yang sembuh hati hati dengan serangan semula , dari pengalaman saya rata rata pesakit kami mengalami serangan yang berulang ulang kali sekurang kurangnya 3 atau 4 kali serangan jangkitan dalam tempoh usia 50 ke 80 tahun .Pesakit biasanya leka dengan kesembuhan dari serangan pertama tanpa menyedari bahawa serangan berikutnya adalah lebih memudharatkan.

Faktor serangan yang berulang kali ini adalah sangat penting untuk kita fahami kerana keseluruhan masalah ini tidak dapat kita atasi tanpa memahami penyakit kencing manis ini .Sekali lagi saya berpendapat bahawa pemotongan adalah sesuatu yang boleh di elakkan sekiranya tindakan awal di ambil.

Ada beberapa fasa yang akan di lalui pesakit sejak di sahkan mempunyai penyakit kencing manis Fasa fasa ini adalah dari pemerhatian saya setelah sekian lama merawat luka kencing manis.

1)Fasa tanpa symptoms

2)Fasa Serangan

3)Fasa Penyembuhan Serangan

4)Fasa tanpa symptoms lepas serangan.

Semua fasa fasa ini adalah berkaitan dengan kaki dan tujuan memahami adalah untuk mengelakkan pemotongan kaki sahaja. Saya tidak membincangkan kesan jangka panjang kencing manis pada bahagian badan yang lain . Tetapi secara umumnya kesan kencing manis yang nyata dapat di lihat pada 3 organ utama iaitu mata , buah pinggang dan kaki ..tidak termasuk organ organ yang lain lagi.

1)Fasa tanpa symptomps

Ini adalah fasa yang pertama setelah anda di sahkan mengidap kencing manis ia adalah satu fasa yang panjang dimana pesakit tidak mengalami apa apa kesukaran yang berpunca dari kenaikan paras gula dalam badan . Pada ketika ini ada pesakit yang mula memakan ubat , malah ada pesakit yang hanya control dengan diet dan ada juga pesakit masih berjuang untuk mendapatkan paras gula yang terkawal .Di fasa ini ada ketikanya paras gula tinggi dan kadang kalanya rendah . Disebabkan tiada symptomps kenaikan paras gula dalam darah walaupun tidak berterusan tetapi sebenarnya pada jangka masa yang panjang mula memberi kesan pada saluran darah di kaki . Apa yang gula lakukan pada saluran darah ?terlebih dahulu cuba kita perhatikan dimana kita menyucuk jarum untuk memeriksa paras gula, bukan kah pada bahagian yang paling hujung sekali ? Paras gula yang meningkat memberi kesan pada kepekatan darah di dalam salur darah dimana menyebabkab pembentukan darah beku yang mengganggu perjalanan darah . Gangguan perjalanan darah tidak dapat di lihat pada tempoh yang pendek malah mengambil masa yang sangat panjang untuk menampakkan kesan pada kaki pesakit . Tempoh yang di maksudkan adalah sangat panjang mengambil masa bertahun atau berpuluhan tahun . Dipendekkan cerita penyakit kencing manis secara umumnya mengganggu perjalan darah  . Dan ancaman yang kita hadapi semuanya berpunca dari kekurangan ini . Sering kali kita berfikiran bahawa kuman adalah penyebab utama yang membawa kepada pemotongan , tapi sebenarnya adalah tidak . Kuman adalah makhluk yang masuk ke tubuh pesakit kencing manis disebabkan tubuh pesakit yang lemah memperbaiki diri ketika berlakunya kecederaan walaupun kecederaan itu kecil , menyebabkan kuman berpeluang memasuki badan . Sekiranya perjalanan darah adalah lancar maka badan akan berjaya membina tembok untuk membatasi kuman . Fasa ini adalah honeymoon period di mana pesakit selalunya tidak risau tentang kaki mereka walaupun di sah kan mengidap kencing manis .Kepekatan gula yang terkumpul di dalam salur darah hari demi hari , tahun demi tahun akan memberi kesan terutamanya kepada salur salur darah yang sangat kecil dan jauh dari engine kita iaitu jantung . Disini selalu kita dapat lihat kebanyakan pesakit kencing manis mempunyai komplikasi mata , kerosakan buah pinggang dan pemotongan kaki ..semuanya adalah berasal dari punca yang sama itu gangguan perjalanan darah . Kadang kadang pesakit terasakan kebas atau denyutan denyutan yang menyucuk di tapak kaki  malah menjadi lebih ketara ketika sejuk . Ini adalah kerana suhu sejuk menyebabkan salur darah mengecut yang mana melambatkan lagi perjalanan darah .Sering kali kita terdengar pesakit akan cenderung untuk mengambil vitamin vitamin saraf ini adalah kerana mereka mula merasakan perubahan pada kaki mereka lebih lebih lagi pada bahagian tapak . Ubat saraf membantu mengekalkan fungsi saraf tetapi punca fungsi saraf terganggu adalah di sebabkan juga oleh gangguan perjalanan darah ,Sekiranya kita peka , antara perubahan perubahan pada kaki pada fasa pertama ini adalah seperti perubahan pada kuku dimana kuku yang mula menjadi tidak elok dan keras . Jangkitan kulat di celah celah jari kaki pula menjadi lebih kerap dan ketara . Kulit kaki menjadi lebih kering dan nampak berkilat malah bulu bulu roma di kaki mula menjadi berkurangan . Di fasa ini juga akan mula kelihatan tompokan tompokan parut pada kaki selepas di garu atau selepas luka luka kecil .Pada sebelum ini parut parut hitam ini tidak berlaku kerana proses repair badan adalah baik tetapi sekarang ianya mula bertambah kerana gangguan saluran darah ini .Tompokan tompokan parut pada kaki ini mula bertambah sedikit demi sedikit sehinggalah bilangan nya menjadi banyak dan ketara , tetapi biasanya tidak menimbulkan apa apa kerisauan kepada pesakit ..

Proses gangguan perjalanan darah berterusan lagi selepas tanda parut ini , kali ini satu kesan yang lebih ketara iaitu perubahan pada warna kaki dimana kaki nampak lebih gelap berbanding dengan anggota anggota badan yang lain. Sekiranya anda peka pada permukaan kaki terdapat nadi yang dapat kita sentuh dan rasakan yang di namakan dorsalis pedis artery yang berdenyut pada permukaan kaki ..nadi ini dapat di rasakan jari no 1 dan 2 . Tetapi bagi pesakit yang mengalami gangguan perjalanan darah adalah nadi ini tidak dapat di rasakan lagi . Dan yang terakhir pesakit akan mula merasakan kehadiran kulit keras atau kematu pada permukaan tapak kaki yang lama kelamaan nya mula berlubang . Isi keras ini dalam bahasa inggerisnya di sebut corn adalah salah satu tanda yang kuat menunjukkan anda mempunyai gangguan saluran darah dan tangga yang selanjutnya adalah lebih menggerunkan . Kehadiran kematu atau corn ini memberikan tanda bahawa complikasi kencing manis sudah mula memberi ancaman kepada kaki anda .Kulit kematu ini adalah di sebabkan oleh sel sel mati yang di sebabkan geseran kulit pada permukaan lantai .Secara normalnya kulit kaki akan memperbaharui sel sel kulit yang telah mati tetapi bagi pesakit pesakit diabetes yang chronic , perkara itu tidak lagi berlaku . Diabetic corn ini kemudian akan membentuk lubang pada permukaan tapak kaki …Lubang ini akan menjadi laluan untuk kuman masuk ke dalam badan .

Apa yang patut kita lakukan semasa fasa pertama ini ?  Ya tindakan mesti di ambil sebaik sahaja anda di sah mengidap kencing manis. Kita tidak boleh menunggu jika ada serangan baru kita akan mengambil tindakan , langkah pencegahan mesti di ambil kerana proses penyembuhan adalah sangat lambat sekiranya berlaku serangan.  Kunci utama tindakan pada fasa ini ialah memulihkan perjalanan darah dan mengelakkan pemotongan . Ubat ubatan yang di guna kan adalah untuk mengawal kelancaran darah  tetapi mestilah di gunakan hanya dengan nasihat doktor kerana ubat ubatan ini boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal .Contoh pendarahan yang boleh di lihat seperti pendarahan gusi ataupun pendarahan bawah kulit yang menyebabkan kulit kebiru biruan yang di kenali sebagai bruises . Pendarahan mesti di pantau dan di beri tumpuan kerana ia boleh menyebabkan banyak kerosakan pada anggota badan. Ujian saringan darah patut di lakukan supaya kita boleh mengetahui kandungan darah kita . Kebanyakan pesakit mempunyai paras gula yang tinggi di dalam darah atau kandungan cholestrol atau kandungan uric acid yang tinggi atau paras platelet yang tinggi yang menyebabkan darah menjadi likat seterus nya menganggu kelancaran darah secara keseluruhan nya . Pada fasa ini pesakit masih boleh bekerja seperti biasa mandi seperti biasa malah meneruskan tugas tugas harian seperti biasa , tetapi langkah langkah penjagaan kaki mesti di titik beratkan . Mandi walaupun nampak seperti satu amalan biasa atau sangat biasa dalam kehidupan seseorang tetapi bagi seorang pesakit diabetes sekiranya penyakit yang di hidapinya naik taraf , berkemungkin besar aktiviti ini tidak dapat lagi di lakukan kerana kaki pesakit sudah mula berbalut dengan bandage , buleh mandi tetapi terpaksa tutup dengan menggunakan beg plastik , sudah tentu tidak sama seperti dulu lagi.Penggunaan stokin dan tapak kasut yang lembut banyak membantu struktur anatomi kaki dan mengurangkan tekanan pada bahagian tapak , tetapi hendak saya ingatkan peluh yang berlebihan boleh membawa kepada pertumbuhan kulat lebih lebih lagi di celah celah kaki , amat biasa berlaku pada pesakit pesakit kencing manis. Di klinik banyak saya mencadangkan pesakit pesakit saya agar memakai kasut seperti medifeet yang mana ianya sangat bagus untuk pesakit. Kasut jenis ini berkemampuan menjaga struktur kaki di mana ia mampu mengurangkan geseran antara kulit dan permukaan lantai .

Walaupun fasa ini selalunya pesakit masih lagi symptomps free , tetapi ada pesakit mula merasakan kelainan pada mata ,buah pinggang dan kaki …., kesan pada mata pesakit kadang kadang merasakan cahaya terang atau silau mula mengganggu pemandangan atau pemandangan yg sedikit kabur untuk jarak jauh dan dekat yang biasanya tidak hilang walaupun pesakit pergi mendapatkan cermin mata baru dari kedai kedai cermin mata  , ini adalah kerana ia adalah tanda gangguan salur darah pada organ mata yang mula menunjukkan kesan pada badan ..dari segi perubatan keadaan ini di namakan diabetic retinopathy di mana pemantauan oleh pakar mata adalah perlu . Untuk buah pinggang tanda kerosakan sangat sukar di kesan melainkan apabila kerosakan telah melepasi tahap 50% kerosakan , kerosakan buah pinggang oleh penyakit kencing manis hanya dapat di kesan pada pesakit pesakit yang mempunyai follow up yang regular dengan pengambilan darah setiap 6 bulan , selain dari cara ini , pengesanan pada peringkat awal adalah sukar atau hampir tidak boleh . Tujuan pengesanan peringkat awal adalah untuk melambatkan kerosakan yang berterusan pada buah pinggang . Buah pinggang adalah satu organ yang susah untuk dipulihkan sekiranya rosak .Usaha untuk menyelamatkan buah pinggang adalah dengan melambatkan sahaja kerosakan tetapi untuk pemulihan penuh adalah sukar . Pengambilan darah yang berkala adalah penting sekurang kurang nya 6 bulan sekali perlu di laku kan . Pemantauan di tekankan pada paras urea dalam darah , kebolehan buah pinggang menapis dalam sejam dan paras creatinine ..biasanya dari keputusan darah ini pesakit akan di maklumkan dengan tahap …tahap 1 hinggalah ke tahap 5 .Secara mudah , boleh lah di fikir kan begini semakin buah pinggang kita rosak maka semakin tinggilah paras creatinine kita. Paras creatinine yang normal biasanya kurang dari 80 tetapi makin meningkat dengan tahap kerosakan buah pinggang ..tahap creatinine yang tinggi 400 -700 di sertai dengan berbagai symptomps yang membimbangkan dan berisiko tinggi untuk menjalani haemodialysis. Paras tekanan darah yang mula tinggi , muka yang pucat dan semakin hitam, kaki yang bengkak tenggelam sertai gatal gatal badan sehingga ke ubun ubun rambut adalah tanda tanda yang menunjukkan kepada kerosakan kepada buah pinggang . Pengesanan kerosakan pada peringkat awal memerlukan pengawalan gula yang baik dan pengurangan beban kepada buah pinggang seperti mengelakkan ubat ubatan tahan sakit dan mengelakkan makanan makanan yang mempunyai kandungan potassium yang tinggi seperti pisang , tomato ,durian dan banyak lagi dimana senarai bahan bahan makanan berpotassium tinggi boleh di lihat di dalam goggle . Potassium yang tinggi mempunyai kesan yang terus yg boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Fasa Serangan .

Fasa serangan adalah satu fasa di mana badan pesakit akan mula menanggung kesan daripada penyakit kencing manis yang di hadapi .Terdapat 2 keadaan yang ketara yang dapat di lihat di mana pesakit boleh di kumpulkan kepada 2 kumpulan . Kumpulan pertama adalah pesakit kencing manis yang mengalami masalah gangguan perjalanan darah yang di nama kan peripheral vascular deficiency di mana ia menyebabkan kaki kelihatan kecut dan keihatan hitam sedikit . Kaki pesakit  kelihatan kurus dan kecil dan mereka berisiko atau berhadapan dengan satu keadaan yang di namakan dry gangrene . Dry gangrene adalah masalah salur darah yang tersumbat yang menyebabkan kematian jari kaki satu persatu kadang kalau juga melibatkan ke seleruhan kaki . Pendek cerita darah yang tersubat ini menyebabkan anggota menjadi kering dan kecut seperti mummy zaman firaun . Adakah kuman terlibat di sini , pada peringkat awalnya tidak tapi selepas beberapa lama terjadi gangguan perjalanan darah kuman akan hinggap juga di bahagian tisu mati dan akan mula merebak dari sana . Dry gangrene adalah satu proses kematian satu bahagian dari tubuh badan di sebabkan oleh gangguan perjalanan darah . Biasanya pesakit pesakit yang mengalami gangguan perjalanan darah mula merasakan beberapa kelainan pada kaki sebelum terjadinya dry ganggrene . Gangguan tersebut adalah di sebabkan oleh perubahan kelajuan perjalanan darah dari Normal kepada Perlahan seterusnya tahap block yang sepenuh nya . Antara symptomps yang di cerita oleh pesakit pesakit kami antaranya rasa tapak kaki yang menyucuk nyucuk seperti jarum serta ada kalanya kebas dan keadaan ini bertambah buruk apa bila kaki terdedah kepada persekitaran yang sejuk . Suku yang sejuk akan menyebabkan pengecutan salur darah secara keseluruhannya dimana ia akan mempengaruhi kelajuan salur darah secara kesekuruhannya. Di negara barat mekanisma yang sama berlaku dengan latar belakang yang sama iaitu keadaan yang di namakan Frosbt Bite . Frostbite ini banyak berlaku pada peluncur peluncur salji atau pendaki pendaki gunung yang terdedah kepada suhu persekitaran yang sangat sejuk . Ianya sukar untuk di pulihkan malah hampir tidak dapat di pulihkan kerana bahagian jari yang tidak menerima darah dengan sempurna akan mengalami kerosakan yang kekal .Dry gangrene yang di alami oleh pesakit boleh berlaku pada mana mana jari kaki pesakit sehingga berminggu minggu tanpa memberikan masalah kepada pesakit cuma warna yang hitam pekat dan kering itu sedikit sebanyak menakutkan pesakit bila di lihat .Ada sesetengah doktor menasihatkan pesakit bahawa jari yang kering ini akan gugur sendiri tapi dari pengalaman saya tidaklah sebegitu mudah kerana jari kaki di pegang oleh berbagai ligament ligament kecil yang mengikat tulang jari .dan tidaklah ianya akan gugur sebegitu mudah . Jari yang kering ini sekiranya di biarkan sangat lama boleh di jangkiti kuman dan jangkitan akan mula merebak di sana . Cara melihat sama ada jari kering ini sudah terkena jangkitan kuman adalah melihat warna kulit di sekitarnya , warna kulit di sekitarnya yang merah , panas ,terasa denyutan denyutan kecil, atau terasa demam atau menggigil adalah tanda tanda dry gangrene ini sudah berubah kepada wet gangrene dan tindakan segera perlu di ambil untuk menyelamatkan kaki . Walaupun dry gangrene ini sering di lihat pada jari jari kaki , tetapi ianya boleh berlaku pada keseluruhan kaki . Kes yang teruk mempunyai penyumbatan pada tahap yang lebih tinggi iaitu pada salur darah seperti femoral artery , manakala penyumbatan yang pada tahap rendah berlaku pada tahap salur darah seperti popliteal artery . Sebenar nya kita boleh pastikan pada tahap mana salur darah itu tersumbat , dan prosedur ini di namakan CT angiography . Ianya boleh di lakukan di hospitan swasta atau hosp kerajaan . Sekiranya confirm terdapat penyumbatan salur darah oleh ct angio , amat penting tindakan di ambil untuk memastikan kelancaran salur darah supaya tidak berlaku proses pemotongan yang berulang ulang kali yang di panggil creeping amputation . Tersumbatnya salur darah juga punca luka pesakit sangat lambat untuk sembuh .

Ok tamat sudah jenis serangan pertama yg di namakan dry gangrene , manakala sekarang kita akan berbincang mengenai serangan basah yang di namakan wet gangrene . Wet gangrene adalah proses jangkitan kuman dari paras kulit , isi hinggalah ke tulang .Berbagai cara yang membolehkan kuman masuk kedalam badan di antaranya melalui ulcer yang yang terdapat di permukaan kaki pesakit ,Ulcer di tapak kaki boleh menyebabkan masuk kedalam kaki dan menyebabkan jangkitan, Jangkitan biasanya tidak di sedari oleh pesakit kerana pesakit kencing manis biasanya kebas hingga ke atas pergelangan kaki . Penggunaan kasut yang mempunyai bahagian bahagian yang keras buleh juga menyebabkan kulit bergesel serta meyebabkan permukaan kulit terluka dan menyebabkan jangkitan . Terdapat juga pesakit pesakit yang mendapat mendapat rawatan berkala dari klinik kesihatan biasanya mengabaikan pengambilan furesemide atau ubat kencing kerana pesakit merasakan terganggu kerana terpaksa berulang alik ke tandas untuk membuang air kecil.Perkara seperti ini hendaklah di beritahu kepada doktor yang merawat supaya rawatan menjadi teratur dengan dos yang betul supaya tidak mengganggu urusan harian anda. Ada satu keadaan di mana pesakit pesakit yang meninggalkan ubat kencing ini mengalami bengkak jadi jenis tenggelam atau di kenali sebagai pedal oedema .Bengkak seperti ini menyebabkan kulit merekah dan menyebabkan kuman masuk melalui kulit menyebabkan suatu keadaan yang di namakan cellulitis di mana kali menjadi merah menyala seperti cili dan panas . Masalah ini biasanya boleh di kawal dengan antibiotik.

wet gangrene adalah satu situasi pesakit berada dalam keadaan dalam serangan di mana siri serangan bukan hanya kepada kaki tetapi kepada beberapa sistem badan yang lain . Kebiasaannya pesakit pesakit tidak mahu atau takut untuk mendapatkan rawatan awal menyebabkan rawatan terhadap kaki sahaja tidak memberi kan apa apa kesan . Badan kita adalah satu sistem yang berkait di antara satu sama lain , sekiranya bahagian tubuh yang lain yang terlibat tidak di betulkan , maka kaki tidak akan sembuh. Bersambung…..

Untuk pertanyaan hantarkan gambar luka anda di 01164376339 (whats up saja na)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *