Rawatan Luka Kencing Manis – Diary si pemotong kaki

Rawatan luka kencing manis semakin hari mendapat perhatian di dalam masyarakat kita ,perkara ini adalah kerana bertambahnya pesakit pesakit kencing manis . Ketinggian kandungan gula di dalam  makanan didalam diet  kita menyebabkan pertambahan pesakit pesakit kencing manis yang tidak ada langsung tanda tanda pengurangan nya . Di diagnose mempunyai penyakit kencing manis adalah bala pertama dalam penyakit keramat ini . Menghantui masyarakat malaysia sejak turun temurun nampaknya diabetes atau penyakit kencing manis masih di tahap yang tidak terkawal. Cuba kita lihat sebahagian besar dari kita mempunyai ibu bapa yang di sah kan mempunyai diabetes atau sekurang kurangnya kita di kelilingi oleh orang orang yang mempunyai masalah yang berpunca dari kencing manis.

Pengalaman saya selama 12 tahun bertugas di jabatan orthopedik banyak mendedah kan saya kepada penyakit yang susah di rawati ini .Semasa bertugas dahulu hampir setiap hari akan ada pesakit pesakit malang yang perlu di potong kaki kerana jangkitan kuman kencing manis. Berbagai cara menarik atau memaksa pesakit supaya hadir di pintu kecemasan hospital contohnya kaki berair membusuk , demam panas yang menggigil  dan ada kalanya ada pesakit yang menjadi khayal akibat penyebaran kuman di dalam badan yang mana asas nya tak lain dan tak bukan , penyebab nya adalah gula .

Perkataan kencing manis ini dulu dari mana datangnya perkataan ini . Ianya berasal dari pemeriksaan air kencing .Pada zaman dahulu pesakit di confirmkan mengidap diabetes dengan ujian air kencing .sekiranya kandungan gula di ketemui maka pesakit di sahkan kencing manis kerana itu.Tapi sekarang tidak lagi , ujian darah akan mengesan kehadiran gula dengan lebih cepat berbanding dengan air kencing .kalau nak diikutkan sekarang nama penyakit akan menjadi ‘penyakit darah manis’ tapi alhamdulillah tidak begitu , ngeri betul bunyinya.

Secara ringkasnya walau apapun yang kita baca di google atau di mana sahaja ,komplikasi kencing manis adalah banyak tetapi 3 organ utama yang berisiko tinggi untuk menghadapi  kerosakan  apabila kita mengidap penyakit kencing manis , iatu  mata , buah pinggang dan kaki..

Walaupun saya sudah bersara dari hospital kerajaan , rawatan luka kencing manis sentiasa berada di hati , bersama dengan professor saya iaitu prof zulmi wan yang kini bertugas di hospital princecourt kuala lumpur , kami memberikan khidmat percuma mengenai khidmat nasihat penjagaan luka dan rawatan luka kencing manis . Ini adalah sebagai sumbangan kami kepada masyarakat dan kami berharap para pesakit pesakit mendapat banyak manfaat dari usaha kami .Kepada pesakit pesakit yang jauh boleh lah whats up luka anda kepada kami di 01164376339 dan insyallah saya akan memberitahu apa yang anda patut lakukan. Usaha ini adalah kerana hari demi hari kami melihat peningkatan kes kes pemotongan jari dan kaki yang tak henti henti seperti tidak ada cara langsung untuk membendungkan.

Jika anda melihat bilik bilik dressing anda akan perasan ,pesakit yang berbaris amat banyak ,panjang dan setiap hari scenarionya adalah sama .Tidak kah perkara ini dapat di elak . Kalau pesakit dapat memandu sendiri ke bilik dressing tak apa , tapi yang tidak boleh amat menyusahkan anak anak yang bekerja ..Masa yang terbuang , penat , cari parking dan yang paling melemau kan kerenah manusia . Yang lebih menyedihkan lagi bagi pesakit yang terlantar dan tak boleh jalan ?…tak payah cakap lah.

Luka kencing manis  sebenarnya menyerang bukan sahaja physical , malah mental pesakit dan orang orang di sekeliling nya . Ya bukan mudah , tapi apapun kita sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan kerana tindakan dan keputusan yang salah akan membuatkan kita kehilangan jari atau kaki tetapi percayalah walaupun susah luka kencing manis sebenarnya buleh di ubati dan pesakit insyaallah dapat menjalani kehidupan yang lebih baik . Ikuti nota nota saya tentang luka atas pesakit yang sebenar di fb page saya Perkhidmatan Rawatan Luka .saya amat amat berharap anda dapat manfaat dari pengalaman kami yang lama bermain dalam bidang ini .insyaallah.

 sebarang pertanyaan boleh hantar gambar luka secara whats up di 0194718455

https://www.facebook.com/Perkhidmatan-Rawatan-Luka-729835873879535/?ref=bookmarks

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *