Ubah cara hidup , penawar sakit lutut yang sebenar

Setelah sekian lama saya merawat pesakit yang sakit lutut , saya dapati pesakit pesakit lutut ini terbahagi kepada beberapa kumpulan . Kumpulan yang pertama ialah kumpulan elite yang berfikiran bahawa sakit lutut ini sembuh hanya dengan ubat canggih dan sembuh hanya dengan Dr yang mempunyai tulisan panjang di pintu . Golongan ini mudah terpedaya dan rawatan rawatan yang ber kos tinggi yang belum tentu berjaya atau tidak rawatan itu . untuk golongan pertama ini ingin saya ingatkan bahawa sakit lutut ini atau lebih dikenali sebagai OA (OSTEO ARTHRITIS ) ini adalah satu proses penuaan semula jadi .Cuba perhatikan antara lelaki dan wanita , di dapati lebih ramai wanita mengalami sakit lulut . Kenapa kah sedemikian rupa ? Kerana sakit lutut adalah satu contoh keadaan yang berkait dengan perubahan umur bukan lah sejenis penyakit , ianya sebahagian dari aging process . Wanita mengalami perubahan hormon yang besar apabila mencapai usia menopause  dimana pada ketika ini terdapat perubahan pada tulang di  mana tulang menjadi lebih lembut di mana keadaan ini di namakan osteoporesis . Tulang yang mula lembut ini amat bengkok menyebabkan pesakit berjalan seolah olah seperti seekor penguin. Sebenarnya bukan sahaja kelembutan tulang menjadi masalah malah ketidak stabilan kandungan air di dalam sendi menyebabkan cecair sendi juga menjadi kurang dan kering .Dua kesan pertambahan usia ini iaitu tulang yang lemah dan cecair sendi yang kurang ini menyebabkan rasa sakit pada lutut .

Dalam masyarakat kita khususnya ibu ibu kita , kebanyakannya mencapai usia menopause pada  sekitar umur 50 ke 53tahun  , dan pada masa ini lah biasanya kita berada di ambang persaraan dan di masa ini lah time nya nak pergi berjalan jalan . Apa yang perlu kita fikirkan ialah sekiranya masih belum sakit lutut , bagaimanakah untuk mengelak dan sekiranya sudah mula sakit bagai mana untuk mencapai kesembuhan .Apakah yang perlu kita laku kan ?

Langkah yang pertama yang perlu kita fikirkan ialah bahawa sakit lutut ini atau osteoarthritis adalah satu perubahan semulajadi yang perlu dilalui oleh semua orang. Cuma ada setengah setengah pesakit berjaya melalui fasa hidup in dengan sakit yang minima malah ada yang menderita secukupnya dengan masalah sakit lutut ini sehingga membawa komplikasi komplikasi ke bahagian tubuh yang lain.

Terdapat beberapa komplikasi bermula dari kesan psikologi yang kemudian memberi kesan yang sebenar kepada kesihatan pesakit .Ini adalah kerana kadar kebolehan menanggung sakit pesakit terhadap sakit lutut adalah tidak sama .Pesakit yang mempunyai daya tahan sakit yang rendah bercenderungan untuk mengambil ubat secara berlebihan dan berlanjutan . Mereka ini berpotensi mendapat gangguan pada sistem penghadaman biasanya mereka mengalami keadaan seperti perut kembung atau pedih ulu hati . Kumpulan pesakit yang bergantung pada ubat tahan sakit ini biasanya akan membeli ubat terus dari farmasi atau berpindah dari satu klinik ke satu klinik untuk mendapatkan ubat yang lebih kuat .Tanpa mereka sedari , mereka sedang mengundang satu keadaan yang di namakan gastric ulcer .  Gastric ulcer boleh menyebabkan luka luka kecil di dalam perut dan boleh meyebabkan pendarahan kecil tanpa di sedari oleh pesakit . Pesakit yang mengalami masalah ini biasanya kelihatan pucat dan berkemungkinan juga mempunyai najis yang berwarna hitam pekat yang di namakan malaenic stools pada istilah perubatan . Ulcer perut yang tidak di rawat boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius yang di namakan perforated gastric ulcer dimana ia telah menyebabkan sistem penghadaman mempunyai luka yang besar serta boleh menyebabkan kematian.

Selain perut , mengamalkan ubat urat atau tahan sakit yang berterusan akan memberi kesan yang terus kepada buah pinggang . Buah pinggang manusia sekiranya rosak akan menyebabkan pesakit terpaksa melalui proses dialysis sedangkan sakit lutut tadi masih kekal dan tidak hilang .

Dari pengalaman saya sendiri merawat sakit lutut apa yang saya pelajari yang penting sekali apabila kita mula merasai sakit lutut semula jadi (osteoarthritis ) ini adalah sangat perlu untuk seseorang itu mengubah cara hidup beliau . Tidak ada rawatan yang boleh mengembalikan keadaan lutut seperti usia muda. Kerana kesakitan pada lutut ini adalah berkaitan dengan faktor usia dan perubahan hormon lebih lebih lagi pada golongan wanita .

Kepada kumpulan yang lebih muda punca kesakitan biasanya di sebabkan kemalangan, kecederaan ligament  atau penyakit penyakit yang tertentu . Kesakitan lutut pada mereka adalah tidak sama seperti sakit lutut osteo athritis dan cara rawatan juga amat berbeda . Satu faktor yang memberi perbezaan ketara pada sakit lutut osteoarthritis adalah pembengkokan kaki yang biasanya tidak berlaku pada punca kesakitan lutut yang lain .

Bercakap mengenai menukar cara hidup yang pertama sekali adalah kesedaran keatas perubahan berat badan . Jarang saya melihat pesakit pesakit sakit lutut yang kurus mempunyai sakit lutut biasanya mereka yang sakit lutut ini adalah sama ada berbadan gempal atau obese . Kenaikan berat badan adalah satu keadaan yang kita benarkan berlaku pada diri kita bukannya satu keadaan di luar kawalan kita . Salah satu keadaan yang membawa kepada kenaikan berat badan adalah di sebabkan berlebihan makan lebih lebih lagi pada waktu malam di mana makanan yang di ambil di gunakan oleh badan menyebabkan ianya di simpan didalam badan dalam bentuk lemak . Sekiranya memilih untuk menikmati makanan yang lebih berat , saya mencadangkan agar makanan berat ini di ambik pada waktu pagi atau tengahari sahaja dan waktu malam mestilah di kurang kan sehingga menjadi satu amalan.

Kenapa berat badan mempengaruhi kadar sakit lutut ? Ini adalah kerana apabila manusia berdiri tengak , paksi berat badan yang di tanggung oleh tulang adalah berat kepada bahagian tengah dalam . Sebagai contoh ,sekiranya kita bahagikan lutut kepada bahagian luar dan dalam , pesakit akan menunjukkan kesakitan ini lebih kepada bahagian dalam berbanding bahagian . Keadaan ini menyebabkan pesakit menyengetkan badan kearah tepi agar dapat terus berjalan . Ini akan menyebabkan kesan pembengkokan pada kaki yang di kenali sebagai Bowing .

Apabila pesakit dalam keadaan bowing ini bermakna pesakit telah menanggung sakit lutut pada jarak masa yang panjang biasanya melebihi 3 ke 5 tahun .Keadaan ini adalah amat menyakitkan dan sukar di rawat . Tulang yang membengkok adalah di sebabkan tulang yang sedang lembut di sebabkan pada perubahan hormon . Adalah amat penting dalam keadaan ini agar pesakit jangan meninggalkan tongkat walaupun di rumah sekalipun . Saya melihat banyak pesakit rasa malu untuk memakai tongkat sedangkan yang demikian itu adakah yang terbaik untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk .tongkat mengurangkan tekanan pada tulang serta geseran pada permukaan sendi . Kesakitan yang terjadi pada lutut adalah di sebabkan geseran pada permukaan sendi yang kekurangan cecair pelincir serta berat yang terpaksa di ampu pada tulang . Jadi untuk merawat sakit lulut , langkah pertama yang perlu di ambil adalah mengurangkan berat yang perlu di tanggung oleh tulang .Langkah ini adalah sangat penting untuk di lakukan sekiranya gagal berbuat demikian adalah amat sukar untuk mencapai kesembuhan . Melainkan pada mereka yang bersedia untuk menjalani proses pembedahan untuk menukar permukaan baru pada lutut (Total knee replacement ) maka langkah ini adalah tidak perlu.

Faktor kedua yang mempengaruhi kesembuhan pada lutut adalah permukaan sendi yang licin . Biasanya dengan proses perubahan umur sendi lutut menjadi kering dengan bendalir pelincir . Biasanya pesakit akan membeli supplement dari farmasi dengan bahan asas yang di namakan glucoseamine sebagai ubatan tambahan untuk menambah bendalir sendi . Bagi saya ianya boleh di gunakan tetapi keberkesanan adalah tidak sama pada setiap pesakit dan  mengambil masa yang amat panjang untuk menunjukkan sebarang kesan.

Suntikan lutut adalah satu kaedah yang agak berkesan untuk mengurangkan rasa sakit sekiranya langkah yang sepatutnya di ambil di jaga. Pertama sekali kita mesti faham bahawa suntikan lutut berfungsi menggantikan bendalir pelincir yang sudah habis , jadi suntikan adalah untuk mengurankan geseran pada permukaan sendi lutut seterusnya mengurangkan rasa sakit pada lutut . Suntikan lutut bukan penawar terus kepada sakit lutut ianya adalah sebagai satu langkah mengurangkan sakit seterusnya mengurangkan pergantungan yang berpanjangan pada ubat urat/tahan sakit yang boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang berat . Kegagalan pada suntikan lutut biasanya di sebabkan oleh beberapa perkara .

Yang pertama adalah pesakit berfikiran mahu berjalan seperti biasa seperti dahulu tanpa menggunakan tongkat selepas mengambil suntikan .Ini adalah mustahil kerana tanpa menangani dua prinsip yang saya bincangkan tadi , adalah amat sukar untuk menghilangkan rasa sakit.

Kedua suntikan tidak memasuki ruang kantung sendi lutut , kesilapan ini biasanya berlaku pada Dr yang melakukan suntikan .Sekiranya suntikan gagal memasuki ruang ini , tidak sebarang kesan yang akan dapat di lihat melainkan hanya sakit yang di sebabkan suntikan pada lutut .

Ketiga jumlah bendalir yang disuntik adalah tidak cukup berbanding dengan saiz lutut . Size lutut yang berbeza memerlukan jumlah bendalir yang berbeza dengan kepekatan yang berbeza .Ada sesetengah jenama  suntikan lutut memerlukan suntikan berulang ulang sehingga 4 kali dengan jarak rehat selama seminggu antara suntikan . Isu berbangkit di sini biasanya isu kos , menyebabkan pesakit biasanya mengambil hanya satu suntikan sahaja .

Dari segi gaya hidup kurangkan aktiviti yang menyebabkan kita berdiri terlalu lama atau berjalan terlalu jauh . Untuk anak anak yang membiarkan ibu bapa menguruskan urusan harian rumah harus memberi pertimbangan atas masalah ini kerana adalah tidak bersesuaian untuk mereka berbuat demikian pada usia yang lanjut . Lebih mengeruhkan lagi keadaan sekiranya mereka juga terpaksa menguruskan pesakit yang terlantar sakit , ini semua menambahkan lagi penderitaan pada sakit lutut mereka .

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *