Sakit Lutut – synvisc theraphy kebaikan dan keburukan

Sakit lutut ? Adakah suntikan lutut membantu ? Mari kita fahami tentang synvisc theraphy.

Proses  menyuntik synvisc ke dalam lulut kepada bahagian sendi yang mengalami osteoarthritis  ( sakit lutut ) di namakan synvisc theraphy.  Synvisc adalah sejenis bahan kimia yang mempunyai sifat yang elastic serta mempunyai kebolehan untuk melincirkan sendi serta melindungi sendi dari terus dalam kerosakan. Therapy synvisc ini di tuju kepada para pesakit sendi khususnys  pesakit sendi lulut yang telah melalui rawatan tanpa pembedahan seperti ubat ubatan dan physiotherapy tetapi masih juga tidak pulih.

Apa itu synvisc ?

Dari segi terjemahan , synvisc bukanlah ubat yang mengubati sakit lutut tetapi ia adalah sejenis bahan kimia yang bertindak sebagai alat shock absorber di antara ruang lutut. Ianya di hasilkan dari hyaluronan yang biasanya memenuhi ruang sendi secara semula jadi. Bagi pesakit pesakit sendi lutut hyaluronan ini semakin kurang menyebabkan sendi lutut menjadi tidak lancar dan sakit. 

Synvisc theraphy mendapat pengiktirafan US FDA untuk suntikan ke dalam sendi lutut sahaja kerana keberkesanan theraphy ini tidak dapat di buktikan secara klinikal pada sendi sendi yang lain .

Theraphy ini di bahagikan kepada 3 sessi di mana setiap sessi memerlukan satu suntikan lutut yang kemudiannya di selangi selama seminggu.

kesan sampingan :

Banyak ujikaji telah di jalankan kepada jumlah pesakit yang besar menunjukkan synvisc theraphy adalah selamat kepada pesakit pesakit lutut .Sehingga kini berjuta juta pesakit lutut di seluruh dunia  mendapat faedah dari kaedah theraphy ini.

Secara am nya synvisc tidak menpunyai kesan sampingan yang merbahaya tetapi di sebabkan ianya di suntik terus kedalam lutut , pesakit kadang kadang merasakan tidak selesa atau sakit sedikit di sekitar tempat suntikan tetapi walaubagaimanapun untuk kebas di gunakan untuk mengatasi masalah ini.

Selepas suntikan sehingga lah 48 jam yang pertama pesakit tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak seperti berlari , angkat berat ,atau apa apa yang memberi lebih tekanan kepada bahagian sendi lutut.

Akhir sekali suka saya nak menegaskan bahawa synvisc theraphy bukan lah rawatan kekal yang menyembuhkan sakit lutut atau arthritis tetapi ia adalah satu kaedah untuk mengurangkan beban kesakitan kepada pesakit pesakit lutut. Kesan yang baik dari theraphy ini ialah kurangnya sakit sendi lutut sekurang kurang nya 6 bulan.Jika di sertai dengan ubat ubatan tambahan malah ianya memberikan kesan yang lebih bagi contohnya supplement untuk lutut yang biasa terdapat di farmasi.

 Sekiranya pesakit mempunyai masalah sakit lutut yang berterusan , telah mencuba berbagai bagai kaedah untuk mengurangkan rasa sakit tapi masih juga tidak berkesan maka bolehlah mencuba kaedah perubatan ini dari Dr yang berpengalaman dalam bidan suntikan synvisc ini.

Kebanyakan pesakit sendi lutut bertahan dengan membeli ubat urat atau ubat tahan sakit sehingga lama kelamaan mereka mula mendapat radang gastrik , ini di tunjukkan dengan rasa pedih ulu hati dan rasa tidak selesa pada perut . Walapun begitu , pesakit masih meneruskan mengamalkan ubat tahan sakit kerana tidak ada pilihan yang lain .Pilihan yang biasa di sarankan ialah pembedahan lutut ( total knee replacement ) yang mana ianya bukan satu opsyen untuk semua pesakit memandangkan pembedahan memerlukan pesakit yang agak kuat untuk melalui proses pembedahan. Kos yang mahal serta tempoh rehabilitasi yang agak panjang menjadikan pembedahan lutut kurang popular di kalangan masyarakat.

 

sumber;

www.klinikputrapenaga.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *