Tips Penjagaan Luka

Penjagaan luka sebenar nya tidak susah dan mematuhi prinsip tertentu .Sekiranya kita mematuhi prinsip prisip tersebut , insyaallah luka kita akan cepat sembuh ..

1.KENAL PASTI KECEDERAAN

Sentiasa berfikiran rasional apabila di duga dalam keadaan ini.Jauhi sikap ‘takut hospital  atau ‘takut kena potong kaki dalam keadaan ini .Ini adalah contoh luka kemalangan di mana kecederaan boleh merangkumi kulit, isi ,tendon atau tulang.Yang paling di takuti ialah kecederaan pada saluran darah di mana ia boleh menyebab kan terganggunya peredaran darah pada tempat tempat tertentu. Tendon adalah bahangian isi yang berwarna putih berkilat yang bertanggung jawab mengawal pergerakan .Di tempat kemalangan adalah penting untuk mengawal kehilangan darah dengan mengikat (compression) bahagian luka dengan kain atau apa apa sahaja yang ada di tempat kemalangan.

Sekiranya luka yang di alami adalah besar sebaiknya pesakit terus di bawa ke hospital yang berdekatan kerana luka yang besar akan menyebabkan kehilangan darah yang berterusan ,lebih lebih lagi sekiranya terdapat kecederaan pada saluran darah .Kehilangan darah yang berterusan  akan menyebabkan satu keadaan yang di namakan hypovolemic shock di mana pesakit akan mengalami jatuh nya tekanan darah secara tiba tiba yang mana ianya boleh membawa kepada komplikasi yang serious seperti kematian.

Ancaman berikutnya adalah jangkitan kuman .Luka adalah syurga untuk kuman .Luka mesti di bersihkan dengan pencuci kuman seperti hydrogen peroxide dan povidone.Tetapi di dalam keadaan kecemasan bolehlah menggunakan apa apa yang ada di sekeliling kita seperti air mineral .Untuk luka yang besar , jangan buang masa mencuci luka di tepi jalan, hanya bungkus dan terus bawa pesakit ke hospital.

Untuk menangani jangkitan kuman beberapa perkara di bawah ini mesti di lakukan:

1)PENCUCIAN – luka mesti di basuh , bahagian isi yang telah rosak mesti di buang, sekiranya luka besar selalunya di lakukan di dewan bedah sekiranya kecil boleh lah di lakukan di klinik.

2)Suntikan immunisasi tetanus toxoid –  Suntikan adalah perlu sekiranya luka adalah dalam walaupun size nya tidak besar .Luka yang dalam bermaksud luka yang menembusi bahagian kulit,isi dan kadang kadang hingga ke tulang.  Suntikan ini melindungi kita dari kuman Clostridia Tetanus  yang membawakan penyakit yang di kenali dengan penyakit kancing gigi.Juga suntikan ini melindungi kita dari keluarga kuman Clostridia yang lain seperti Clostridia Perfringens yang lebih ganas.

3)ANTIBIOTIKS – Jangan lupa untuk mengambil antibiotik kerana ianya perlu tapi di bawah nasihat DR ,jangan beli sendiri.

Ini adalah 3 prinsip yang mesti kita ikut untuk mengawal jangkitan kuman apabila terjadinya luka di badan kita.

 sebarang pertanyaan boleh hantar gambar luka secara whats up di 01164376339

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *