Kurang ilmu dan pendedahan tentang penyakit punca tidak terkawalnya penyakit

rawatan luka kencing manis
Dalam sepanjang pengalaman saya di dalam bidang perubatan lebih lebih lagi dalam perawatan luka kencing manis apa yang saya dapati masyarakat melayu yang paling banyak menanggung komplikasi kesan penyakit kencing manis . Saya dapati dalam masyarakat kita ilmu tentang sesuatu penyakit sangat kurang apatah lagi mengambil tahu tentang kompliksai yang bakal di lalui. Contohnya dalam perawatan luka, ilmu asas bagaimana cara menjaga luka yang betul ,pemakanan yang betul untuk penjagaan gula dan pengetahuan bagaimana bakteria dapat di hapuskan adalah sangat sedikit . Benarlah dalam agama , kita di ajar sesungguhnya demi masa , manusia itu di dalam kerugian kerana sikap melengah lengahkan rawatan meletakkan kaki kita sebagai gadaian. Kita banyak menerima nasihat dari kawan kawan yang bukan ahli dalam perubatan sebagai contoh jiran yang sembuh dengan sesuatu ubat yang di beli kemudian kita sanggup pula membazirkan masa sambil berharap mendapat penyembuhan yang sama kononnya. Adalah perlu kita fahami bahawa UBAT YANG SAMA BELUM TENTU MENYEMBUHKAN SEMUA ORANG . Saya berasa sedih kerana hanya dari testimoni yang memang sebahagian dari rencana perniagaan kita sanggup mempertaruhkan kesihatan kita. Dari segi luka kencing manis sepatutnya langkah pencegahan patut diambil semenjak kita di sahkan mengidap penyakit kencing manis , malang nya kita mengamalkan konsep bila dah kena baru nak fikir. Untuk makluman 3 organ berada dalam ancaman bila kita mengidap kencing manis iaitu mata , buah pinggang dan kaki . Adakah wujud langkah langkah untuk mengelakkan komplikasi kencing manis? YA ADA ,Cuma kita yang tak pernah ambil tahu atau cuba ambil tahu . 3 komplikasi yang saya maksudkan adalah gangguan penglihatan , kerosakan buah pinggang hingga membawa kepada dialysis dan pemotongan kaki. Semua ini dapat di elak sekiranya kita ambil berat seketika tentang hal kisah penyakit ini . Komplikasi datang dari lebihan gula di dalam darah ....Adakah kita tahu cara pemakanan yang mengurangkan paras gula di dalam darah . Pengawalan paras gula berdasar kan 1. apa yang kita makan .2 .kuantiti apa yang kita makan ... Pembelian alat pemeriksaan gula adalah wajib supaya senang untuk memantau paras gula di rumah ..bukan setiap kali nak check baru nak pergi farmasi. Satu lagi untuk pesakit pesakit kencing manis ,,,adalah wajib untuk membuat satu jadual iaitu jadual makan pagi/tengahari/petang dan malam . Dalam jadual ini pilih makanan dan kuanti yang anda hendak makan dan periksa paras gula selepas pemakanan tersebut katakan lebih kurang 2 jam selepas makan contohnya . sekiranya paras gula adalah tidak terlalu tinggi maka maksudnya diet tadi sudah betul , dan jangan tukar lagi diet tersebut.... Dapatkan paras gula di bawah 8mmol atau pun sekurang kurangnya di bawah 10mmol  , Paras gula yang tinggi 15mmol keatas adalah sangat terdedah kepada jangkitan kuman. Paras gula yang tinggi dalam salur darah untuk beberapa lama akan menyebabkan gangguan dan kerosakan kepada salur darah  yang akhirnya mengganggu  perjalanan darah . ini akan mendedahkan kita kepada berbagai bagai penyakit yang di sebabkan gangguan peredaran darah. contohnya stroke , luka yang lambat sembuh dan sebagai nya .
  1. Ilmu pertama yang kita patut tahu adalah bagaimana hendak menjaga paras gula.
  2. Ilmu kedua yang wajib kita tahu ialah cara penjaggan luka yang betul ..Penjagaan luka yang betul ialah mengelakkan kuman memasuki ruang luka yang terdedah . Penggunaan alat alat yang tidak bersih mudah menyebabkan luka di masuki kuman seterusnya menyebabkan jangkitan kuman ke tempat lain.
  3. Ilmu ketiga yang patut kita tahu ialah  bagaimana proses penyembuhan berlaku..Proses penyembuhan tidak bergantung kepada ubat semata mata . Dalam serangan kencing manis pesakit sebenarnya dalam keadaan lemah (immunocompromised) , apa yang penting di sini adalah supaya kita dapat membina ketahanan badan yang kuat .Kelemahanan pada rintangan badan ini menyebabkan kuman boleh merebak dengan cepat .  Kadang kadang faktor remeh temeh boleh menjadi punca yang mengganggu proses penyembuhan. Dalam keadaan stress atau tekanan ini biasanya pesakit tidak berselera untuk makan seterusnya menyebabkan perut kosong dan masuk angin .Adalah perlu kita ingat bahawa kestabilan sistem pencernaan adalah sangat penting dalam keadaan ini.Biasanya pesakit akan berpantang dengan cara yang extrim bila terdapat jangkitan kuman pada badan demi untuk menurunkan paras gula . Tindakan tiba tiba begini sebenarnya tidak membantu apa apa dalam proses penyembuhan , yang lebih afdal ialah lakukan sikit demi sedikit .
  4. Yang terakhir ialah teruskan belajar dan mengambil tahu tentang perkembangan penyakit anda .Sekiranya anda berjaya mengharungi ujian yang dihadapi , niatkan untuk mengajar kepada orang lain. Insyaallah banyak akan membantu pesakit pesakit yang lain . Setiap ujian serangan komplikasi kencing manis biasanya akan menyerang dari dua sudut , iaitu sudut fizikal dan sudut rohani , Sudut fizikal adalah apa yang kita boleh nampak dan rasa sebagai contoh bagi penyakit kencing manis ..ancaman fizikal adalah kerosakan mata  (diabetic retinopathy), kerosakan buang pinggang (renal failure), stroke , jangkitan kuman pada kaki.. ini boleh di hadapi dengan kaedah perubatan moden . Apa yang sukar adalah untuk menerima apa yang berlaku adalah dari ketententuan Allah dan kesembuhan juga akan datang dari NYA. Tidak kurang pesakit mengeluh seakan akan tidak berpuas hati pada takdir , sikap ini tidaklah membantu malah akan membawa kita kepada hilang arah. Kekuatan rohani dan pengharapan yang sepenuhnya berharap agar Allah membantu dari proses penyembuhan adalah PERLU.  Tidak kurang saya lihat pesakit meletakkan keyakinan pada ubat , yang menyebabkan mereka berpindah randah dari satu tempat rawatan ke satu tempat rawatan yang akhir nya menemui kekecewaan. Mungin kita berfikir rawatan yang mahal mungkin memberikan kesan yang terbaik , tetapi fahamilah  duit tidak dapat menyelamatkan kaki anda dari di potong .Tetapi yang menyelamatkan kita adalah ALLAH yang membuka jalan dan membantu kita dalam jalan ikhtiar kita . Jangan pula bersikap putus asa dan tidak berusaha kerana agama tidak mengajar sedemikian malah percayalah tiada siapa yang sanggup menanggung kesan komplikasi kencing manis yang amat perit rasanya. Dalam berikhtiar ,ingatlah ayat Al -Quran ini ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubahnya .
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *