3.9K
SAKIT lutut lazimnya dikategorikan sebagai sakit ‘orang tua’ kerana rungutan yang sering didengari adalah daripada kalangan warga emas.
Punca utama terjadi sakit lutut selalunya dikaitkan dengan osteoartritis, tetapi sekiranya golongan muda yang mengalami sakit lutut, mungkin akibat daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), kecederaan sukan atau kemalangan, dan jatuh atau trauma.
Menurut Pakar Fisioterapi, Hospital Pakar Ampang Puteri, Juemiah Ruzaini, sakit lutut tergolong dalam salah satu penyakit kronik yang menyerang apabila seseorang sedang berjalan, berdiri, dan kadangkala semasa rehat.
Katanya, keadaan ini akan menyebabkan lutut pesakit sukar untuk digerakkan serta tidak boleh dilipat sepenuhnya, menyebabkan sekiranya mahu bersolat, ada yang terpaksa duduk di atas kerusi.
“Lutut antara salah satu anggota badan yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat kerana digunakan setiap hari dalam setiap pergerakan.
“Untuk itu lutut perlulah kuat bagi membolehkan pergerakan lancar. Sehubungan itu kita perlulah melakukan senaman setiap hari dalam usaha untuk menguatkan otot-otot serta sendi-sendi lutut.
“Apa yang berlaku hari ini (sakit dan kecederaan lutut) adalah disebabkan kurangnya penjagaan serta senaman,” ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.
Begitu pun tutur Juemiah, bagi mereka yang mengalami sakit lutut, salah satu cara untuk mengurangkan kesakitan adalah dengan melakukan rawatan fisioterapi.
Tambahnya, rawatan fisioterapi bukan sahaja boleh mengurangkan kesakitan tetapi mampu memulihkan sehingga 90 peratus kesakitan lutut.
“Apa yang perlu dilakukan oleh pesakit ialah dengan menjalani rawatan fisioterapi sebanyak tiga kali seminggu, pada waktu pagi dan malam. Jika melakukan senaman, perlu dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu dan purata setiap kali senaman selama 45 minit.
“Yang pasti, baik rawatan fisioterapi mahu pun senaman, kedua-duanya dapat menguatkan kembali otot-otot lutut serta kaki dan perlu dilakukan dengan ulangan sebanyak 30 kali,” katanya.
Ulas Juemiah lagi, bagi memulihkan otot-otot serta sendi-sendit lutut yang sakit, setiap pesakit perlulah melakukan rawatan fisioterapi dan juga senaman secara berterusan selama tiga bulan berturut-turut.
Selepas tempoh tersebut baru boleh dilakukan selang sehari dan beritahu Juemiah, dengan peralatan yang mudah dibeli dan didapati di kedai-kedai sukan hari ini, senaman serta rawatan fisioterapi boleh dilakukan di rumah.
Untuk pengetahuan bersama Juemiah turut memberi nasihat, yang mana katanya, sekiranya ada individu yang terjatuh dan lututnya terkena sesuatu objek keras, jangan disapu dengan minyak panas kerana tindakan tersebut akan menyebabkan lutut menjadi bertambah bengkak.
Sebaliknya kecederaan di lutut harus dirawat dengan meletakkan ais selama 15 minit di atasnya bagi menghentikan pendarahan dalaman dan selepas itu barulah dibalut dan rehatkan kaki.
Kepada mereka yang mengalami osteoartritis pula, tuam dengan tuala panas selama 15 minit bagi melegakan dan melancarkan kembali peredaran darah
Juemiah turut menasihatkan orang ramai agar melakukan regangan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti sukan dan sekiranya mereka melakukan senaman serta rawatan fisioterapi yang menggunakan pemberat, adalah dinasihatkan agar duduk dalam posisi yang betul untuk mengelakkan kesakitan pada badan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/risiko-sakit-lutut-1.73176#ixzz5HnR2gNcg
© Utusan Melayu (M) Bhd
alhamdulillah , ini adalah satu dari beribu ribu artikel mengenai sakit lutut yang menarik perhatian saya .Bagi saya disebabkan masalah sakit lutut ini sangat popular dan terdapat beribu ribu ubat dan kaedah berubat yang pelbagai jenis menunjukkan ianya adalah satu masalah global yang masih belum menemui jalan penyelesaian atau ” gold standard treatment ” .Sering kali saya cuba saya renungkan jika terdapat apa apa ajaran dalam agama kita yang berkait dalam masalah sakit lutut ini. Ya rupa rupanya ada sebenarnya , di dalam agama kita di suruh menggunakan tongkat apabila mencecah umur 40 tahun ,ya ini adalah satu fakta yang menarik kerana agama telah mengajarkan kita satu persediaan untuk menghadapi kesukaran yang bakal tiba . Sakit lutut ini adalah ibarat ubat di rambut , sampai satu ketika memang semua akan terpaksa menghadapinya. Anjuran menggunakan tongkat pada umur 40 tahun sebenarnya amat besar faedahnya , ia mengurangkan tekanan yang di alami pada sendi lutut. Penggunaan tongkat biasanya boleh mengurangkan dari 100% berat pada lutut kepada 80% tekanan. walaupun nisbah ini adalah kecil tetapi dalam jangka masa panjang ia akan memberi rehat kepada permukaan yang sudah terluka. Dari pemerhatian saya , penggunaan tongkat boleh mengelakkan kaki bengkok dan melengkung kerana pesakit tidak lagi berjalan pada sebelah luar lutut yang kelihatan seolah olah penguin berjalan.
Satu lagi yang menarik dalam ajaran agama kita ialah terdapat satu hari yang lebih kurangnya bermaksud begini – berwuduk kemudian berjalan ke masjid setiap langkah akan menghapuskan dosa . Ya inilah kunci rahsia kepada kesihatan lutut sebenarnya berjalan adalah physiotherapi yang amat baik sebenarnya .Ini dapat di perhatikan di mana ibadat tawaf dan saei di lakukan dengan berjalan kaki . Dalam ibadah saei sekali pun kita hanya di suruh berlari lari anak bukannya berlumba lari , itupun hanya untuk seketika waktu sahaja.Berjalan kaki melancarkan pengeluaran cecair sendi kerana ianya adalah satu aktiviti senaman tanpa berat . Lebih dari itu ia adalah satu senaman kardiavascular yang meningkatkan metabolisme badan..secara ringkasnya berat badan akan terkawal. Kita sedia maklum yang berat badan adalah salah satu faktor yang utama yang merosakkan sendi kita .Mengamalkan sikap suka berjalan kaki amatlah di anjurkan sama ada dari segi ilmu kesihatan moden ataupun agama islam itu sendiri.