Kanak – kanak adalah umpama permata di dalam institusi kekeluargaan.Kebahagian atau kegembembiraan sesuatu keluarga biasanya di pengaruhi oleh keihatan kanak kanak itu dalam keluarga.Wang yang banyak ,pangkat atau status yang tinggi tidak akan bermakna sekiranya ada kanak – kanak yang tidak sihat atau kekurangan dalam keluarga.
Kepada ibu bapa sentiasalah anggap anak-anak sebagai anugerah dari Allah bukannya beban yang mengongkong hidup.Mereka adalah amanah dari tuhan yang perlu kita pelihara dengan sebaik baiknya.
Di dalam sesebuah keluarga adakalanya kita di uji dengan adanya kanak kanak yang tidak sihat ,secara lumrahnya ini lah corak kehidupan yang mesti kita lalui. Kanak kanak yang tidak sihat ini selalunya berpunca dari 2 perkara , satu jangkitan kuman dan virus kerana mereka sememangnya golongan yang lemah kita sebagai ibu bapa mesti berfikir seketika apakah sistem pertahanan yang kita bekalkan kepada mereka untuk kehidupan harian?.
1.) ya sememangnya factor pertama ialah PEMAKANAN yang sihat. Ya pemakanan yang sihat ini adalah berdasarkan pendedahan yang kita berikan terhadap anak anak kita .Kita semua tahu apa makanan yang sihat untuk kanak kanak tetapi kita sendiri dedahkan mereka kepada makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan,makanan bergas ,fast food,mee segera yang menjadi ganti kepada makanan yang sepatutnya mereka makan. Penggunaan bahan perasa di dalam makanan seperti MSG atau di kenali sebagai ajinomoto adalah satu suatu kaedah short cut yang di cipta untuk menipu otak di mana kandungan bahan perisa ini akan menterjemahkan sesuatu makanan ini sebagai sedap walaupun sebenar ia tidak sedap dan tidak bermanfaat kepada kesihatan.
2.SUPPLEMENT atau vitamin tambahan , ini amat di titik beratkan di negara negara barat tetapi amat di ringankan di negara kita.Supplement adalah amat penting kerana mustahil pemakanan yang kita bekalkan kepada anak anak adalah cukup dari segi nutrisi nya.Tidak perlu mencari supplement yang mahal mahal kerana supplement yang terbaik hanya lah MADU. Madu adalah supplement terbaik untuk kanak , berbagai fikiran negatif di terapkan ke atas madu contoh nya panas ,tak original ,baby tak buleh dan banyak lagi yang saya pun tak ingat . Madu adalah ajaran AL-Quran yang pasti dan benar , betulkan aqidah kita jangan merendahkan ajaran Al quran.Sering kali kita berkata , kat mana nak cari yang original kalau yang tak ori tak buleh la tetapi percaya lah sebenarnya kanak kanak tak perlu madu yang original sahaja untuk sihat , madu madu yang buleh di dapati di supermaket supermarket atau kedai runcit sudah cukup baik sebagai supplement .
3. AIR , Adalah faktor penting dalam kesihatan kanak kanak , maksud saya didik anak anak kita supaya meminum air kosong dengan banyak , jangan risau pasai pasal kencing malam ,sikap kita mengawal pengambilan air kosong membawa kepada sikap tidak suka kepada suka minum air sehingga mereka dewasa.Ini boleh di lihat dengan jelas bila kita pergi ke restoran restoran kita hanya order air satu orang satu gelas sahaja air untuk anak anak kita, itu pun air yang berperisa. Biasakan memesan air kosong tambahan bila makan di luar atau selalu membawa air mineral ke mana sahaja.Air adalah media untuk badan , 80% kandungan badan adalah air .Dan air ini bergetar dengan satu frequency(gelombang).
EMOSI. kesihatan anak anak di pengaruhi oleh emosi ,emosi yang baik diperolehi dari pendedahan yang baik oleh orang orang yang memelihara mereka .Jangan melakukan perkara perkara yang menggangu emosi kanak kanak secara tidak langsung contohnya bergaduh suami isteri atau memaki hamun pengguna jalan raya di dalam kereta di hadapan kanak kanak kerana keadaan yang tegang akan membawa frequency/gelombang yang tidak sihat seterusnya mempengaruhi kesihatan fizikal mereka seperti menjadi orang yang panas baran ,tidak mahu mendengar cakap dan sebagainya.aik
Harap tips yang berguna ini dapat kita kongsi bersama untuk faedah semua.Suka sekali lagi untuk saya ingati…anak anak adalah AMANAH yang perlu di jaga sebaik mungkin secara rohani dan jasmani.