Perut Kembung salah satu kemungkinannya anda mungkin ada batu hempedu

Assalammualaikum
Batu hempedu adalah satu phenomena biasa dalam masyarakat kita .Hari ini saya ingin berkongsikan pengalaman saya sendiri mengenai perut kembung .Sering kali dalam pemikiran kita ,perut kembung adalah berkaitan dengan gastrik tetapi elok juga sekiranya kita berfikir juga dari mana puncanya symptomps gastrik itu .Ini adalah satu pengalaman yang saya suka untuk kongsikan kerana ianya mungkin akan memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca artikle ini.
Symptoms ayah saya bermula dengan perut kembung yang luar biasa ,dalam 2 bulan ini sudah ada 2 ke 3 kali serangan perut kembung ,Ayah saya merasakan seperti belon yang di pam , kesukaran untuk bernafas ,tak bole sendawa dan tak boleh kentut.Dalam keadaan begini beberapa kemungkinan timbul ,satu kemungkin kerana ubat ubatan yang ayah saya ambil secara berpanjangan seperti ubat cair darah dan ubat kencing manis seperti metformin, kemungkinan yang lain saya berfikir mungkin ayah saya tersilap makan masam atau pedas ,sebab ayah saya kadang kadang suka juga memakan kerabu mempelam ,kerana rumah kami di perlis banyak pokok mempelam.
Setiap serangan memberi kesakitan dan rasa yang cekang pada perut secara tiba tiba dan memberi kesakitan pada perut selama 2 ke 3 jam . Tapi untuk episode yang terakhir baru baru ini sakit itu datang menyerang secara tiba tiba tanpa ada sejarah memakan makan makanan pedas atau makan yang masam .kali ini sakit ini berlanjutan selama lebih  24 jam dan mula mengganggu tidur .Saya ada memberi sedikit ubat ubat gastritis yang mana ianya hanya setakat mengawal keadaan sahaja .Dari sini saya berfikir sampai masanya untuk mencari punca kepada permasaalahan ini.
Langkah pertama adalah untuk mendapat nasihat dr apa yang perlu di buat sekarang ( tak payah la , sebab saya pun Dr) ,Ya kita mesti mendapatkan ultra sound beresolusi tinggi kerana hanya mesin ultrasound jenis ini yang dapat menangkap imej yang kecil di dalam perut seperti batu.Procedure ini di nama kan ultrasound KUB di mana kita melihat secara ultrasound organ organ di dalam perut termasuk buah pinggang.

Ya sekarang sudah confirm ini lah punca yang menyebabkan ayah saya sakit perut dan kembung perut berulang ulang kali tempoh hari .Apakah punca batu hempedu ini dan bagaimana kita menangani masaalah ini akan saya tulih lain kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *