suntikan lutut untuk mengurangkan sakit lutut

Sakit lutut merupakan masalah yg biasa di dengari di malaysia terutamanya di kalangan wanita yg berumur lebih dari 60 tahun.

Kesakitan yg berterusan membawa pesakit ke klinik klinik yg mendakwa boleh memberi rawatan yang boleh mengurangkan atau menghilangkan terus rasa sakit.

Suntikan lutut akan hadir di pemikiran pesakit apabila ubat makan dan ubat makan tidak lagi berkesan .

Kebanyakan dari kita berfikiran bahawa suntikan lutut boleh memberikan kesan yg baik serta sanggup berbelanja besar bagi menjalani prosedur ini.

Sebenarnya prosedur ini yg dikenali kebanyakan kita sebagai tambah minyak grease mempunyai beberapa faktor yg mempengaruhi kesan kepada penyembuhan sakit lutut ini…jangan ingat cucuk saja terus lega , ia dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Faktor pertama ialah keadaan keadaan kaki pesakit semasa menjalani prosedur ini .Untuk makluman semua sakit lutut merupakan satu proses yg panjang yg berlaku pada diri pesakit .Proses yg panjang ini boleh mengubah struktur kaki pesakit .kaki boleh boleh membentuk kearah dalam atau kearah luar dgn lutut sebagai titik perubahan.

Kaki yg bengkok kedalam di namakan genu varus atau bowing .manakala kaki yg bengkok ke luar di namakan genu valgus.  Genu valgus ni memberikan kaki pesakit seolah oleh membengkok ke luar.

Apapun yg membuat perubahan struktur lutut ini adalah kesakitan yg berulang ulang dlm satu jangkamasa yg panjang .

Bow leg atau bengkok kedalam adalah sangat popular di kalangan pesakit lutut. Keadaan ini menyebabkan pesakit berjalan dengan memberatkan badan kearah luar memberikan gambaran seolah olah seekor penguin berjalan.

Ini berlaku kerana kesakitan mula berlaku pada sebelah dalam lutut kerana apabila kita berdiri ,paksi berat badan lebih tertumpu di sebelah dlm lutut.

Untuk memudahkan memahami kedaan ini bayangkan apabila kita rukuk ibu jari kita akan berada pada paksi ini.

Perubahan struktur yg mengubah keadaan lutut ini menyukarkan proses suntikan ketika doktor melakukan suntikan kedalam ruang lutut menyebabkan cecair suntikan tidak diletakan pada tempat yg sepatutnya.

Keadaan ini berkaitan dgn pengalaman dr itu juga.semakin banyak suntikan yg dr itu lakukan,maka lebih baik walaupun lutut itu berada dlm keadaan ini.banyak pesakit yg sudah di cucuk tapi masih mempunyai tahap kesakitan yang sama .salah satu punca ialah suntikan gagal di masukkan kedalam kantung sendi lutut .ada juga keadaan yang mana masa prosedur cucuk pun sudah sakit ..ini adalah kerana jarum suntikan terkena tulang atau tissue lembut yang terdapat di dalam sendi.melepaskan cecair suntikan di dalam ligament adalah kesilapan yang sering atau biasa dilakukan.

sebarang pertanyaan tentang suntikan lutut boleh lah w up ke 01164376339

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *