Pesakit kencing manis enggan kaki di potong …tetapi jika terpaksa di potong , apa yang perlu di lakukan selepas itu

Ini adalah belenggu yang paling besar yg menghantui pesakit kencing manis apabila mendapat serangan jangkitan kuman.

Pemotongan bermaksud pembuangan jari ,pemotongan kaki bawah lutut atau pemotongan atas lutut.

Secara realiti dan logiknya tidak ada mana mana insan yang mahukan anggota badannya dipotong.Tetapi keadaan yang memaksa dan ancaman yg lebih berat seperti kehilangan nyawa atau kerosakan yg lebih berat memaksa kita untuk membuat keputusan yg berat ini.

Jangkitan kuman biasanya bermula pada skala kecil biasanya dihujung jari atau tapak kaki.Boleh dikatakan pada hujung anggota badan.Ini adalah kerana penyakit kencing manis memberikan kesan kepada saluran darah .Jadi salur darah yg kecil dan jauh dari jantung mula menunjukkan kesan apabila penyakit ini dihidapi pada masa puluhan tahun .Ini dapat kita lihat golongan yang biasanya dipotong kaki adalah dari golongan yg berusia 60 keatas.Faktor usia menjadikan jantung lebih lemah untuk menolak badan keseluruh badan dan untuk menarik semula pengaliran darah ke jantung.Dua prinsip utama pengaliran darah yg baik ialah mempunyai jantung yg kuat serta mempunyai salur darah yg bersih serta luas.Salur darah juga pada masa yg panjang boleh menjadi sempit di sebabkan unsur unsur di dalamnya lebih lebih pagi kepekatan gula yg menambahkan kepekatan darah.

Ini adalah analogy mudah supaya kita mudah memahami sedikit sebanyak mengenai pengaliran darah di dalam badan kerana memahaminya amatlah penting untuk kita mengelakkan jangkitan, mengawal kuman dan mencapai kesembuhan.

Jika kita lihat pada pesakit yg telah menjalani pemotongan , biasanya terdapat jurang masa diantara masa jangkitan mula disedari dan masa kuman mula merebak dgn cepat .Kuman bertindak berkadaran dengan kepekatan ,lagi tinggi kepekatan kuman ,lagi tinggi kerosakan dilakukan .sebagai contoh pesakit pada mulanya mengalami jangkitan di sekitar tempat kecederaan sahaja . Ia mula memakan tisu tisu jiran sedikit demi sedikit tetapi kadar merebaknya masih rendah , tetapi apabila ia mula menjumpai salur darah ,ianya boleh mengikuti salur darah dan boleh pergi merata rata didalam badan .

Bila berlaku demikian , pesakit yg pada mulanya perlu memotong satu jari berubah kepada perlu memotong kaki yg biasanya bawah lutut.Semasa saya bertugas dulu pesakit biasanya memohon masa untuk berfikir dahulu .tetapi apabila setuju untuk membuang jari ,kuman pula sudah merebak yg memerlukan potong kaki.

Bunyinya macam tawar menawar jual beli tetapi sebenar jika pesakit berfikir terlalu lama ,kuman akan merebak cepat melalui salur darah dan pesakit akan memasuki satu fasa yg dinamakan fasa sepsis.

Fasa sepsis inilah yg amat di takuti kerana pesakit akan mempunyai komplikasi komplikasi yg lain yg lebih memburukkan keadaan.Peasakit boleh mengalami halusinasi malah boleh sehingga tidak sedarkan diri .Keadaan ini jika berlaku amatlah sukar kerana persetujuaan pemotongan ketika itu mesti dibuat oleh waris terdekat .Cuba kita fikirkan sejenak ,sehingga hari ini hampir setiap hari masih terdapat pesakit yg menunggu giliran untuk pemotongan yg memberi maksud kuman yg memakan ini bukan kuman yg lemah dan patut di pandang remeh.

Apakah tujuan pemotongan dlm kawalan kuman?

Pemotongan menurunkan kepekatan kuman dan mesti dipisahkan daripada tubuh badan.Bahagian organ yg dijangkiti kuman biasanya tidak dapat di selamatkan kerana salur darah yg diperlukan untuk melawan kuman juga dimakan dan dimusnahkan oleh kuman.Di sini kita fahami kenapa kawalan kuman melalui drip adalah lebih balik kerana antibiotik boleh dimasukkan terus kedalam salur darah untuk melawan kuman.

Apabila berlaku juga pemotongan yang biasanya pemotongan jari kaki atau pemotongan bawah lutut , semuanya masih belum berakhir .Terdapat kes yang mana pesakit berfikir terlalu lama untuk memberikan persetujuan menyebabkan pemotongan tidak habis dan menyebabkan peninggalan saki baki kuman di dalam badan .Ini memberikan kemungkinan yang pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan berulang kali .Pembedahan yang baik bermaksud semua isi mati dan tidak elok di buang keseluruhannya sehingga tinggal tisu tisu yang elok . Tisu yang elok kita kenali dengan warna yang merah menyala dan mudah berdarah .Keadaan ini lebih mudah di kenali semasa melakukan pembedahan di dewan bedah oleh Dr. Tetapi untuk pesakit , apabila melihat luka mereka berwarna merah menyala itu sudah memberi petanda yang baik bahawa semua tisu yang mati sudah di buang .Pemotongan tidak bermakna pesakit terus keluar dari fasa jangkitan yang merbahaya ini malah rawatan antibiotik mesti di teruskan supaya saki baki kuman boleh di hapuskan secara sepenuhnya di dalam badan.

Ini memerlukan pemberian antibiotik secara drip diteruskan untuk beberapa hari dan kemudia apabila keadaan pesakit bertambah baik pesakit boleh pulang dengan antibiotik secara makan.

Bahagian kaki yang dipotong boleh di biarkankan untuk pihak hospital menguruskan bahkan tidak kurang ahli keluarga yang meminta untuk membawa pulang bahagian yang dipotong untuk di kebumikan di tanah perkuburan .

Selepas pembedahan , kawasan luka biasanya di lihat semula oleh Dr dalam masa 1 hingga 3 hari.Biasanya cucian luka ketika ini di lakukan oleh staff nurse di wad sahaja .Apabila sudah discharge cucian boleh di lakukan oleh pesakit di klinik kesihatan atau klinik satu malaysia yang berdekatan secara percuma cuma pihak keluarga terpaksa membawa pesakit kesana untuk dressing .Kepada yang berkemampuan , bolehlah memanggil perkhidmatan dressing di rumah yang kini upahnya rata rata sekitar rm50 ke rm 100 .Kepada waris yang membawa pulang pesakit , adalah di ingatkan agar menyimpan surat discharge dan peka kepada tarikh rawatan yang diberikan , biasanya tarikh rawatan ulangan ini di tulis dalam surat discharge .Pastikan semua ubat ubatan di ambil dari farmasi dan cara pengambilan ubat di fahami dengan jelas .Pada ketika discharge ini matlamat kita adalah untuk mencapai kesembuhan secepat yang mungkin .

Daripada kes kes discharge selepas pemotongan biasanya terdapat kes jangkitan semula pada tempat pembedahan tetapi jika jangkitan itu sikit sahaja , tisu tisu mati boleh dibuang di bilik dressing sahaja tanpa memasuki dewan bedah .

Kekurangan pergerakan semsa di wad menyebabkan pergerakan sendi dan otot sangat berkurangan , ini menyebabkan otot otot menjadi kecut dan sendi menjadi jem dan sukar untuk bergerak .Untuk mengatasi masalah ini , physio theraphy perlu di lakukan dari masa ke semasa .Sama seperti dressing , physiotheraphy boleh di lakukan di hospital atau pun kepada yang berkemampuan , bolehlah lah melakukan physiotheraphy di rumah ..biasanya dlm sekitar rm70 ke rm 100 satu sessi.physio ini mengelakkan otot otot mengecut , mengembalikan pergerakan sendi dan yang paling penting sekali mengembalikan peredaran darah pada kaki .Peredaran darah yang baik adalah perlu supaya dapat mencapai kesembuhan yang cepat. Kesembuhan luka yang cepat bermaksud kawasan luka di tumbuhi isi dan tiada lagi kawasan luka yang terbuka .Masa kesembuhan tidak sama dan selalunya berada sekitar 6minggu ke 4 bulan .Banyak faktor yang mempengaruhi proses ini seperti ubat ubatan yang betul , kawalan gula yang baik serta pemakanan yang baik dan akhir sekali teknik dressing yang betul.Pemantauan luka juga tidak kurang pentingnya kerana jangkitan semula boleh berlaku bila bila masa .

Pesakit yang sembuh sepenuhnya boleh di cadangkan untuk membuat anggota kaki palsu oleh pihak dr terutamanya bagi mereka yang dipotong kaki di bawah lutut .Untuk pemotongan jari kaki , biasanya anggota palsu tidak di perlukan .Pesakit kini sudah mencapai taraf OKU dan permohonan kad OKU boleh di mohon di pejabat kebajikan masyarakat .Proses ini memerlukan rekod perawatan yang di keluarkan oleh pihak pejabat rekod hospital.Sebab itu surat discharge , kad temujanji perlu di simpan dengan baik supaya ada pada masa yang di perlukan.

Itu adalah sedikit sebanyak gambaran proses yang di lalui pesakit sekiranya berlaku pemotongan jari atau kaki .Saya berharap sharing ini bermanfaat kepada yang memerlukan ..sekiranya terdapat pertanyaan bolehnya w up ke 011 6437 6339.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *