suntikan umrah

Suntikan umrah Kepada bakal bakal jemaah yang bakal berlepas ke tanah suci sama ada untuk mengerjakan umrah atau haji, bolehlah mendapatkan suntikan immunisasi umrah dan haji dari klinik kami.Terdapat 3 jenis suntikan ,1 adalah wajib 2 lagi adalah suntikan tambahan sekiranya jemaah memerlukan perlindungan tambahan. Suntikan umrah ini juga datang dengan buku bukti pelalian lengkap dengan no vaksin dan tarikh luput pelalian.untuk pertanyaan bolehlah menghubungi kami di 04 575 00 32.

SUNTIKAN WAJIB DAN SUNAT

MENINGOCOCCAL

Suntikan vaksin Meningococcal adalah bersifat WAJIB disuntik untuk elak kuman meningitis (jangkitan otak). Daya tahan vaksin di dalam badan bergantung kepada jenis vaksin dan saranan daripada pihak doktor perubatan.

Ada yang bertahan selama 2 tahun, ada yang sehingga 5 tahun. Macam yang saya ambil, tempoh hayatnya selama 5 tahun dari jenis vaksin Menveo.

Untuk meningococcal ada 2 pilihan vaksin, 3 tahun (nimenric, mencevax) atau 5 tahun (menveo, menactra)

Jadi untuk masa depan kalau nak pergi umrah lagi, hanya perlu dapatkan cop yang baru sahaja dari pihak Klinik. Kan mudah!

Meningitis adalah infeksi yang menyebabkan inflamasi pada selaput yang melindungi otak dan sumsum tulang belakang. Penyakit ini berisiko tinggi terjadi di bahagian tertentu di dunia, terutama negara Arab Saudi sebagai tempat tumpuan menunaikan ibadah umrah dan haji.

Meningitis adalah penyakit yang disebabkan bakteria kelompok A, W, C, dan Y. Maka semua jemaah wajib mendapat satu dos vaksin kuadrivalen polisakarida atau lebih dikenali dengan nama ACYW135.

Pemberian vaksin ini sebaiknya dilakukan 2-3 minggu sebelum keberangkatan dan tidak kurang dari 10 hari sebelumnya. Jika sebelumnya pernah mendapat vaksin yang sama, pastikan bahawa waktu pemberiannya tidak lebih dari tiga tahun sebelumnya.

INFLUENZA – SUNAT MUAKKAD

Hukumnya sunat diambil kerana vaksin Influenza untuk cegah jangkitan selsema burung. Saya ambil vaksin ni sebagai tambahan perlindungan. =D

Vaksin influenza dianjurkan untuk jemaah terutamanya yang ada simpton berikut:

1. Pengidap penyakit kronik seperti gangguan ginjal, sakit jantung, gangguan pernapasan, diabetes, dan gangguan sistem saraf.

2. Yang ada masalah imunodefisiensi. Senang kena jangkitan demam.

3. Pengidap penyakit metabolik.

4. Yang mana mengidap obesiti.

5. Wanita hamil, sebaiknya dapatkan dulu nasihat doktor.

PNEUMOCOCCAL – SUNAT MUAKKAD

Suntikan Pneumococcal pula berfungsi untuk cegah pneumonea, kuman di peparu sebab batuk. Waktu di Mekah nanti jangkitan sangat mudah menular kerana keadaan yang padat dengan manusia dari pelbagai pelusuk dunia.

Kena pula masa dalam flight dalam perjalanan pulang, ramai yang akan batuk-batuk. Jaga-jaga dengan orang sebelah. Antara perlindungan pantas gunakan mask yang sesuai masa dalam flight.

Vaksin pneumonia disarankan bagi calon jemaah haji dengan kondisi tertentu terutamanya bagi orang dewasa berusia 65 tahun ke atas. Juga dinasihatkan kepada anak-anak dan orang dewasa pengidap penyakit kronik, seperti diabetes, asma, gangguan ginjal atau penyakit jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *